Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka

Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka MULUT SIHAT PILIHAN SAYA SENYUMAN MILIK SEMUA

🦷 PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) MASUK KAMPUNG SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) D...
05/09/2026

🦷 PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) MASUK KAMPUNG SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN TABOH NANING 🦷

πŸ“… Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Dewan Terbuka, Kampung Orang Asli Bukit Payung

Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Masuk Kampung merupakan salah satu inisiatif bagi mendekatkan perkhidmatan kesihatan serta menyampaikan mesej kesihatan kepada masyarakat di peringkat akar umbi, termasuk aspek kesihatan pergigian.

Seramai 12 orang anggota dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Alor Gajah (PKPDAG) telah terlibat dalam menjayakan program ini. Sepanjang program berlangsung, seramai 50 orang pengunjung telah mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat dan menimba ilmu berkaitan kesihatan pergigian melalui ruang pameran yang disediakan.

Para pengunjung turut berpeluang menyertai permainan edukatif berkaitan kesihatan pergigian, yang diadakan sebagai salah satu pendekatan interaktif untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan mulut.

Selain itu, seramai 34 orang pengunjung telah menjalani pemeriksaan pergigian, manakala 21 orang telah menerima rawatan pergigian pada hari program berlangsung.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

🦷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷 Pameran kesihatan pergigian dan kanser mulut
🦷 Permainan edukatif berkaitan kesihatan pergigian

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas atas kerjasama, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan dalam menjayakan Program Jelajah ANMS Masuk Kampung bersama komuniti Orang Asli Kampung Bukit Payung. πŸ‘πŸ»βœ¨

Turut hadir bagi memeriahkan program adalah Dr. Tuan Yuswana binti Tuan Soh, Pegawai Pergigian Daerah Alor Gajah, PJP Norhana binti Ramli dan PJP Tuan Isyariyante binti Tuan Ismail. Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbiran PKPD AG.

Semoga program ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti serta meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan amalan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Payung. 🦷✨

PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 BERSAMA KOMUNITI TABOH NANINGπŸ—“ 29 Ogos 2026 (Sabtu)⏰️ 9.00 pagi – 6.00 petangπŸ“ Dewa...
01/09/2026

PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 BERSAMA KOMUNITI TABOH NANING

πŸ—“ 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰️ 9.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Dewan Terbuka Taman Sri Naning, Alor Gajah, Melaka

Program MADANI KITA (PMK) Tahun 2026 bersama Komuniti Taboh Naning telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka merangkap Wakil Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara serta YB Datuk Hj. Zulkiflee bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan merangkap ADUN Taboh Naning.

🦷 Melalui Klinik Pergigian Bergerak, pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan pergigian, rawatan penskaleran dan tampalan pergigian ringkas telah disediakan.

Seramai 91 orang pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian sepanjang program berlangsung.

Sekalung penghargaan kepada semua pihak dan petugas yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha mendekatkan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat dapat diteruskan demi kesejahteraan komuniti. 🦷✨





ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π ❗️❗️❗️NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN UMBAI UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKIAN LANTAI VINYL DI RUANG MENU...
28/08/2026

ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π ❗️❗️❗️

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN UMBAI UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKIAN LANTAI VINYL DI RUANG MENUNGGU SERTA LAIN LAIN KERJA BERKAITAN

♦️3 September 2026 ( Rabu) sehingga *6 November 2026 (Jumaat)

Dijangka buka semula pada 9 November 2026 (Isnin).

Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik pergigian berdekatan.

1. Klinik Pergigian Ayer Molek: 06-2680233
2. klinik Pergigian Ujong Pasir: 06-2828813

dan klinik pergigian di seluruh negeri Melaka.

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa*

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Melaka Sihat
Kerajaan Negeri Melaka

🦷✨ PAMERAN & PEMERIKSAAN PERGIGIAN DI SRITI HARUN AR-RASYID βœ¨πŸ¦·πŸ“… Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 pe...
28/08/2026

🦷✨ PAMERAN & PEMERIKSAAN PERGIGIAN DI SRITI HARUN AR-RASYID ✨🦷

πŸ“… Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
πŸ“ Tempat: SRITI Harun Ar-Rasyid

Klinik Pergigian Masjid Tanah berbesar hati menerima jemputan daripada pihak SRITI Harun Ar-Rasyid bagi menjayakan Program Pameran dan Pemeriksaan Pergigian sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan penjagaan serta kesihatan pergigian sejak usia muda. πŸ¦·πŸ’™

Seramai 7 orang anggota Klinik Pergigian Masjid Tanah telah terlibat dalam menjayakan program ini. Sepanjang program berlangsung, seramai 112 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menerima pemeriksaan pergigian.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk:

🦷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷 Pameran kesihatan pergigian dan kanser mulut
🦾 Ceramah kesihatan pergigian

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SRITI Harun Ar-Rasyid atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dan membantu melancarkan aktiviti Kesihatan Pergigian sepanjang program berlangsung.

Tahniah dan syabas juga kepada semua petugas Klinik Pergigian Masjid Tanah yang telah memberikan khidmat terbaik dalam menjayakan program ini. πŸ‘πŸ»βœ¨

Semoga usaha sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Semoga program ini mampu menyemai kesedaran dalam kalangan murid untuk mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dan menjadikan senyuman sihat sebagai sebahagian daripada gaya hidup. 😁🦷

πŸ’™ Gigi Sihat, Senyum Ceria, Hidup Lebih Bermakna! πŸ’™

🦷✨ JOM RAMAI-RAMAI KE PROGRAM MADANI KITA! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒŸ Memaknai Harapan Rakyat πŸŒŸπŸ“’ Klinik Pergigian Bergerak akan memberikan *PER...
27/08/2026

🦷✨ JOM RAMAI-RAMAI KE PROGRAM MADANI KITA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

🌟 Memaknai Harapan Rakyat 🌟

πŸ“’ Klinik Pergigian Bergerak akan memberikan *PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN & RAWATAN PERGIGIAN PERCUMA!* πŸŽ‰

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Dewan Terbuka Taman Sri Naning, Alor Gajah, Melaka

🦷 Perkhidmatan yang disediakan:
βœ… Pemeriksaan pergigian
βœ… Rawatan penskaleran
βœ… Tampalan pergigian ringkas

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ TERBUKA KEPADA SEMUA!

πŸ“£ Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian secara PERCUMA.

πŸ“£ **Jom periksa gigi! **






Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Melaka Sihat
YB NGWE HEE SEM
Kerajaan Negeri Melaka
Perpaduan Melaka

ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π ❗️❗️❗️NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN MERLIMAU UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKIAN LANTAI VINYL DI RUANG M...
27/08/2026

ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π ❗️❗️❗️

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN MERLIMAU UNTUK KERJA-KERJA PEMBAIKIAN LANTAI VINYL DI RUANG MENUNGGU SERTA LAIN LAIN KERJA BERKAITAN

♦️2 September 2026 ( Rabu) sehingga *2 Oktober 2026 (Jumaat)

Dijangka buka semula pada 5 Oktober 2026 (Isnin).

Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik pergigian berdekatan.

1. Klinik Pergigian Sungai Rambai: 06-2659526
2. klinik Pergigian Jasin: 06-5292533

dan klinik pergigian di seluruh negeri Melaka.

*Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa*

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Melaka Sihat
Kerajaan Negeri Melaka

Jadikan bulan kelahiran anda rutin pemeriksaan pergigian sekali setahun.Majoriti orang dewasa mengalami karies dan masal...
26/08/2026

Jadikan bulan kelahiran anda rutin pemeriksaan pergigian sekali setahun.

Majoriti orang dewasa mengalami karies dan masalah gusi tanpa disedari. Pemeriksaan tahunan bantu mengesan tanda awal penyakit, mendapat rawatan pencegahan, dan mengekalkan senyuman yang bersih serta sihat!

Hadiahkan senyuman sihat untuk diri sendiri tahun ini.

Kanser mulut boleh dirawat jika dikesan dari awal. Luangkan masa di depan cermin untuk lakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri...
26/08/2026

Kanser mulut boleh dirawat jika dikesan dari awal. Luangkan masa di depan cermin untuk lakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri pada bahagian muka, leher, p**i, bibir, lelangit, lantai mulut, dan lidah anda.

Awas jika anda mengalami tompok putih atau merah, bengkak atau benjolan, atau ulser yang tidak sembuh melebihi 2 minggu.

Jika ada sebarang kelainan, segera dapatkan pemeriksaan lanjut daripada Doktor Pergigian di klinik berdekatan

🦷 PROGRAM JELAJAH YAB KETUA MENTERI MELAKA SAYANG RAKYAT @ KONVOI MERDEKA DUN MACHAP JAYA 2026 πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)πŸ•— 8....
25/08/2026

🦷 PROGRAM JELAJAH YAB KETUA MENTERI MELAKA SAYANG RAKYAT @ KONVOI MERDEKA DUN MACHAP JAYA 2026

πŸ“… 23 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ•— 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
πŸ“ DUN Machap Jaya, Alor Gajah

Program Jelajah YAB Ketua Menteri Melaka Sayang Rakyat @ Konvoi Merdeka DUN Machap Jaya 2026 telah berlangsung dengan penyertaan pelbagai agensi dan komuniti setempat. Program yang dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ini menjadi platform untuk mendekati rakyat serta menyampaikan bantuan dan perkhidmatan secara terus.

Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka turut menyertai program ini dengan menyediakan pemeriksaan dan rawatan pergigian. Pasukan yang terlibat terdiri daripada anggota Klinik Pergigian Ayer Keroh, Klinik Pergigian Ujong Pasir, Klinik Pergigian Batu Berendam dan Klinik Pergigian Alor Gajah.

Seramai 25 orang pesakit telah menjalani pemeriksaan dan menerima rawatan pergigian, selain diberikan nasihat berkaitan penjagaan kesihatan mulut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan dan kerjasama yang diberikan kepada pasukan pergigian bagi menjayakan program ini. Kerjasama ini turut memperkukuh kolaborasi antara agensi dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Semoga usaha dan kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membudayakan amalan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat. 🦷✨

Address

Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Aras 3, Wisma Persekutuan
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062356655

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share