PERKESO Rehabilitation Centre

PERKESO Rehabilitation Centre A Rehabilitation Centre by the Social Security Organization of Malaysia (PERKESO). Also known as Pusat Rehabilitasi PERKESO.
(462)

๐Ÿ’‡โ€โ™‚๏ธโœ‚๏ธ PROGRAM CSR GUNTING RAMBUT PERCUMA BERSAMA HILLMEN HAIR ACADEMYโœ‚๏ธ๐Ÿ’‡โ€โ™€๏ธPusat Rehabilitasi PERKESO dengan kerjasama ...
07/09/2026

๐Ÿ’‡โ€โ™‚๏ธโœ‚๏ธ PROGRAM CSR GUNTING RAMBUT PERCUMA BERSAMA HILLMEN HAIR ACADEMYโœ‚๏ธ๐Ÿ’‡โ€โ™€๏ธ

Pusat Rehabilitasi PERKESO dengan kerjasama Hillmen Hair Academy telah menjayakan Program CSR Gunting Rambut Percuma khas buat seluruh warga Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Program ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi peluang kepada warga PRP untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma, di samping mengeratkan hubungan dan kerjasama bersama rakan strategik.

๐Ÿ“… 7 September 2026 (Isnin)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Salun Vokasional, Pusat Rehabilitasi PERKESO

Terima kasih diucapkan kepada Hillmen Hair Academy atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat terus diperkasakan bagi memberikan manfaat kepada warga Pusat Rehabilitasi PERKESO.

KerjasamaStrategik KomunitiPRP

SCI DAY 2026 .FROM AWARENESS TO ACTION.5 September 2026.Pusat Rehabilitasi PERKESO.Sempena SCI Day 2026, Pusat Rehabilit...
05/09/2026

SCI DAY 2026 .FROM AWARENESS TO ACTION.

5 September 2026.Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Sempena SCI Day 2026, Pusat Rehabilitasi PERKESO terus komited dalam meningkatkan kesedaran mengenai Spinal Cord Injury (SCI) serta memperkasa Orang Berinsurans (OB) dalam menjalani kehidupan yang lebih aktif, berdikari dan bermakna.

Program pada hari ini iaitu SCI MOVE: Mobility โ€ข Optimisation โ€ข Vitality โ€ข Empowerment menghimpunkan seramai 18 orang OB bersama 14 orang warga kerja Pusat Rehabilitasi PERKESO dalam suasana yang penuh semangat, kebersamaan dan sokongan.

Memfokuskan pada perbezaan perspektif terhadap kesedaran yg mendalam terhadap Spinal Cord Injury selain mengenalpasti aspek tertentu dalam mencegah berlakunya Spinal Cord Injury.

Di kesempatan ini juga, kita memberi galakan untuk sama sama mengenal pasti potensi diri sebagai individu Spinal Cord Injury untuk bersiap sedia menghadapi cabaran luar bersama masyarakat.

SCI bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah perjalanan yang memerlukan kekuatan, ketabahan, sokongan dan keyakinan. Setiap langkah kecil adalah satu pencapaian, dan setiap kemajuan membawa harapan kepada kehidupan yang lebih baik. ๐Ÿ’ชโœจ

Ayuh bersama-sama kita tingkatkan kesedaran, hapuskan stigma dan terus menyokong komuniti SCI untuk bergerak lebih jauh, hidup lebih bermakna dan mencapai potensi diri.

Selamat Menyambut SCI Day 2026!

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ข ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ฃ๐—ฆ๐—ก๐—ฆPusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah (PRPSNS) berbesar hati menerima kunjung...
04/09/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ข ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ฃ๐—ฆ๐—ก๐—ฆ

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah (PRPSNS) berbesar hati menerima kunjungan delegasi PUSPANITA PERKESO yang diketuai oleh Datin Sri Wahinah Binti Haroon Rasheed, Pengerusi PUSPANITA PERKESO ke Ipoh, Perak.

Delegasi berkesempatan melihat sendiri perjalanan rawatan dan pemulihan para klien, selain meluangkan masa melakukan aktiviti bersama mereka.

Kunjungan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi sokongan dan semangat kepada para klien dalam meneruskan perjalanan pemulihan mereka.

03/09/2026

STRESS TEST TREADMILL: MENILAI PRESTASI JANTUNG, MENYOKONG PROSES REHABILITASI ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿซ€

Stress Test Treadmill merupakan salah satu kaedah penilaian yang digunakan bagi memantau tindak balas sistem kardiovaskular peserta semasa melakukan aktiviti fizikal secara terkawal.

Melalui penilaian ini, pasukan rehabilitasi dapat memperoleh maklumat berkaitan tahap toleransi senaman dan kapasiti fizikal peserta sebagai panduan dalam merancang program rehabilitasi yang bersesuaian, selamat dan berkesan.

Di Pusat Rehabilitasi PERKESO, setiap penilaian dilaksanakan secara sistematik bagi menyokong pemulihan fungsi serta membantu peserta mencapai tahap keupayaan fizikal yang optimum.

Menilai kemampuan, memperkukuh fungsi, membina keyakinan.

Pemulihan ReturnToWork MalaysiaMADANI

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiPusat Rehabilitasi PERKESO dengan penuh s...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Pusat Rehabilitasi PERKESO dengan penuh semangat patriotisme mengucapkaSelamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah dan perjuangan terdahulu, tetapi turut diterjemahkan melalui usaha membina masyarakat yang inklusif, berdaya tahan dan saling menyokong.

Sebagai sebuah institusi yang komited dalam memperkasa Orang Berinsurans (OB), Pusat Rehabilitasi PERKESO terus berusaha memberikan perkhidmatan rehabilitasi yang komprehensif bagi membantu OB kembali berdikari, produktif dan yakin melangkah ke hadapan.

Ayuh kita semarakkan semangat kemerdekaan dengan terus bersatu, berbakti dan membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Merdeka! Merdeka! Merdeka !

Pusat Rehabilitasi PERKESO
Memperkasa Potensi, Membina Kembali Harapan.

MENUJU PUNCAK 3.0: SEMANGAT MERDEKA, PUNCAK KECERGASAN ๐Ÿ”๏ธ๐Ÿ”ฅSempena sambutan Hari Kebangsaan, seramai 20 orang OB telah me...
29/08/2026

MENUJU PUNCAK 3.0: SEMANGAT MERDEKA, PUNCAK KECERGASAN ๐Ÿ”๏ธ๐Ÿ”ฅ

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, seramai 20 orang OB telah menyertai Program Menuju Puncak 3.0 di Bukit Cinta, Jementah, Segamat.

Sebagai persediaan, para peserta telah menjalani 6 hari latihan strength & endurance bagi meningkatkan kecergasan, daya tahan dan keyakinan sebelum menghadapi cabaran pendakian.

Pendakian ini turut diiringi oleh 13 orang staf Pusat Rehabilitasi PERKESO yang terdiri daripada Fisioterapi, Terapi Cara Kerja, Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan, Pegawai Khidmat Pelanggan, Pegawai Korporat dan Pembantu Rehabilitasi.

Program ini bertujuan meningkatkan penyertaan OB dalam komuniti dan aktiviti rekreasi, di samping membina keyakinan untuk berhadapan dengan situasi sebenar dalam kehidupan sosial.

Bukan sekadar menuju puncak, tetapi membina keyakinan untuk terus melangkah.

Semangat Merdeka, Puncak Kecergasan! ๐Ÿ”ฅ

28/08/2026

SEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN!

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Pusat Rehabilitasi PERKESO turun padang bertemu masyarakat menerusi aktiviti Q&A Merdeka di sekitar Bandar Meru, Ipoh dan Bandaraya Melaka.

Pelbagai soalan berkaitan sejarah, tokoh dan fakta kemerdekaan telah diajukan kepada orang ramai. Bukan sekadar menguji pengetahuan, aktiviti ini turut menjadi platform untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan masyarakat.

Yang menarik, peserta yang berjaya menjawab soalan turut menerima hadiah istimewa daripada Pusat Rehabilitasi PERKESO sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka. ๐ŸŽ

Terima kasih kepada semua yang telah menyambut baik dan memeriahkan aktiviti ini. Semoga semangat cintakan negara terus subur dan menjadi inspirasi untuk kita bersama membina Malaysia yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.

Kita raikan kemerdekaan, kita semarakkan kebersamaan.

Pusat Rehabilitasi PERKESO
Memperkasa Potensi, Membina Kembali Harapan.

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‘๐ž๐ก๐š๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ณ๐ซ๐ข๐ง ๐’๐ก๐š๐กPusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Sha...
26/08/2026

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐‘๐ž๐ก๐š๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐๐„๐‘๐Š๐„๐’๐Ž ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ณ๐ซ๐ข๐ง ๐’๐ก๐š๐ก

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah berbesar hati menerima kunjungan Ketua Polis Perak, CP Dato' Mohd Alwi bin Zainal Abidin, bersama Tuan Mohammad Azlin bin Sadari, Timbalan Ketua Polis Perak, Ketua-Ketua Jabatan PDRM Perak serta Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Perak.

Sepanjang kunjungan, delegasi berkesempatan meninjau sendiri kemudahan serta perkhidmatan rehabilitasi yang disediakan, di samping melihat usaha berterusan kami dalam membantu para klien menjalani proses pemulihan, meningkatkan keupayaan diri serta kembali berdikari dan produktif.

Kunjungan ini turut mencerminkan komitmen dan sokongan PDRM dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat terus diberi perhatian, khususnya di Negeri Perak. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara Pusat Rehabilitasi PERKESO dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam memperkukuh usaha bersama demi kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

26/08/2026

Memulakan Langkah Baharu, Membina Semula Keyakinan.๐Ÿ’™

Setiap perjalanan pemulihan mempunyai cerita dan cabarannya tersendiri. Namun, dengan sokongan yang tepat, keyakinan yang dibina semula dan peluang yang diberikan, seseorang OB mampu bangkit dan kembali menjalani kehidupan serta kerjaya dengan lebih yakin.

Saksikan kisah inspirasi Orang Berinsurans (OB) yang melalui Work Trial di 7-Eleven sebagai salah satu langkah dalam proses kembali bekerja selepas menjalani program rehabilitasi di Pusat Rehabilitasi PERKESO.

Program Work Trial memberi peluang kepada OB untuk menguji keupayaan, menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan sebenar serta membina semula keyakinan sebelum kembali ke alam pekerjaan. Ia juga menjadi satu platform untuk mengenal pasti kesesuaian tugasan berdasarkan kemampuan dan potensi OB.

Kerana rehabilitasi bukan sekadar tentang pemulihan, tetapi tentang membuka kembali peluang untuk hidup, bekerja dan berdikari.

Saksikan perjalanan mereka dan hayati kisah di sebalik setiap langkah. ๐ŸŒฑ

Seluruh warga Pusat Rehabilitasi PERKESO ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam.Marilah kita menja...
25/08/2026

Seluruh warga Pusat Rehabilitasi PERKESO ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua Umat Islam.

Marilah kita menjadikan hari ini sebagai peringatan untuk sentiasa menyebar kebaikan, memperkukuh sifat empati, dan saling membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang.

Semoga hari yang bermakna ini membawa kedamaian, kesejahteraan, dan keharmonian buat kita semua.

Address

Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Lot PT7263 [H. S (D) 18923], Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKESO Rehabilitation Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERKESO Rehabilitation Centre:

Shortcuts

Share