Derma Organ Melaka

Derma Organ Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Derma Organ Melaka, Government Organization, Hospital Melaka, Jalan M***i Haji Khalil, Malacca City.

Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH)
Hospital Melaka
To Receive Potential Donor Referral from all Hospital in Melaka
To Regulate Organ & Tissue Donation Process in Melaka
To Increase Organ & Tissue Donation Awareness Among Malaccans.

πŸ’šπŸ’š
07/04/2026

πŸ’šπŸ’š

Salam takziah kepada seluruh keluarga.Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 🀲Set...
25/03/2026

Salam takziah kepada seluruh keluarga.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 🀲

Setinggi-tinggi penghargaan atas keikhlasan pendermaan organ arwah yang memberi harapan dan kehidupan baharu kepada insan lain. πŸ’šπŸ’š

Semoga keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan ini, dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Salam takziah buat seluruh keluarga

Allahyarham Muhammad Zahran Mohd Zuraidi.

Tidak ada luka yang lebih dalam buat seorang ibu selain mengiringi anak ke bilik pembedahan buat kali terakhir.

Namun di saat hati sedang diuji seberat ini, keluarga Allahyarham memilih untuk menghadiahkan harapan kepada insan lain melalui derma organ. Satu keputusan yang sangat besar, sangat tabah, dan sangat mulia.

Pemergian seorang anak tetap meruntun jiwa. Tetapi kebaikan yang ditinggalkan boleh terus hidup, menyambung nafas, menyambung peluang, dan menyentuh kehidupan orang lain yang sedang menunggu sinar.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Semoga juga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan ketenangan hati dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Zahran Mohd Zuraidi.

πŸ’šπŸ’š
18/03/2026

πŸ’šπŸ’š

20/01/2026

Derma organ merupakan satu bentuk sumbangan kemanusiaan yang mampu menyelamatkan nyawa, namun masih diselubungi pelbagai persoalan berkaitan proses, etika da...

πŸ’šπŸ’š
07/01/2026

πŸ’šπŸ’š

Ada orang pergi dalam keadaan tak sempat pun ucap selamat tinggal, tapi sempat tinggalkan β€œpeluang hidup” untuk orang lain.

Bila arwah dipuji sebab derma organ, yang pedihnya bukan pujian itu. Yang pedih bila ruang komen jadi tempat kita berlumba-lumba menghukum, seolah-olah orang yang baru pergi pun masih perlu dipatahkan maruahnya. Sedangkan di saat keluarga sedang hilang, mereka juga sedang buat keputusan paling berat yang bukan semua orang mampu.

Ramai yang cakap, β€œkita datang dengan tubuh sempurna, balik kena sempurna.” Ada juga yang kata, β€œorgan tu amanah, tak boleh bagi.” Kalau anda betul-betul ragu, tak mengapa. Tapi jangan guna ragu itu untuk kecam orang yang memilih untuk memberi. Kalau isu anda agama, rujuk pihak berautoriti agama, tanya dengan ilmu. Jangan lontar ayat ikut sedap, sebab yang menerima tembakan bukan kita, tapi keluarga yang sedang berkabung.

Derma organ bukan soal nak nampak baik. Ia soal seseorang yang memilih, β€œkalau aku dah tak ada, biar ada orang lain masih sempat tengok anak membesar, sempat balik rumah, sempat hidup.” Dan anda tak perlu tunggu ada ahli keluarga sendiri yang perlukan organ baru nak faham betapa mahalnya satu peluang ini.

Kalau hari ni anda tak mampu setuju pun, tak apa.
Cuma jangan tambah luka pada orang yang sedang berkabung.

Kadang-kadang yang paling β€œsempurna” kita boleh bawa balik, bukan tubuh yang lengkap
tapi hati yang masih ada belas.

Thank you, Mdm Santi, for your invaluable service and contribution to the country, particularly in advancing organ and t...
31/12/2025

Thank you, Mdm Santi, for your invaluable service and contribution to the country, particularly in advancing organ and tissue transplantation.
Your final gift is deeply meaningful and will always be remembered. πŸ’šπŸ’šπŸ’š

Gone but never forgotten.May our heroine rest in peace. πŸ’πŸ’šπŸ’šπŸ’š
31/12/2025

Gone but never forgotten.
May our heroine rest in peace. πŸ’
πŸ’šπŸ’šπŸ’š

SALAM TAKZIAH: PERGINYA PERMATA DALAM PERKHIDMATAN PENDERMAAN ORGAN

​Saya berdukacita dengan pemergian Staff Nurse Santi Krishanan, seorang warga kerja KKM yang sangat berdedikasi.

​Mendiang bukan sahaja seorang Jururawat Terlatih, tetapi juga bekas Penyelaras Pendermaan Organ di Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) dan Tenaga Pengajar di ILKKM.

​Pemergian beliau amat dirasai, khususnya dalam usaha kita memperkasakan Agenda Nasional Pendermaan Organ. Mendiang adalah contoh teladan yang sebenar. Beliau pernah menunaikan hasrat arwah bapanya untuk menderma organ, dan hari ini, saya dimaklumkan bahawa mendiang sendiri telah menyumbangkan korneanya sebagai amal jariah terakhir.

​Sifat beliau yang ceria, penyayang, dan komited terhadap tugas akan sentiasa dikenang oleh rakan setugas dan para pelajarnya.

​Bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan mendiang kepada negara.

​Gone but never forgotten.

πŸ«ΆπŸ’š
24/12/2025

πŸ«ΆπŸ’š

🎁 Bagi sesetengah orang, hadiah terindah bukan yang berada di bawah pokok, tetapi peluang untuk terus hidup.

πŸŽ‰ Musim perayaan ini mengingatkan kita bahawa memberi tidak semestinya berbentuk material. Niat yang ikhlas dan rasa prihatin mampu membawa harapan serta peluang baharu kepada insan lain.

πŸ’ Apabila kasih sayang dikongsi, kebaikan itu tidak terhenti pada satu masa atau musim, ia terus mengalir dan memberi makna kepada kehidupan orang lain.

-----

πŸŽ‡ During this season of joy and giving, we are reminded that not all meaningful gifts come wrapped in paper or ribbons. Some gifts are unseen, quietly offered through compassion, selflessness and the willingness to help others live on. These are the gifts that truly change lives.

πŸ’š We are also invited to reflect on what it means to give from the heart. A simple intention, a choice rooted in kindness that can bring hope to those waiting, healing to families and a second chance to someone in need. Even when we may never meet those we help, the impact of giving continues far beyond the moment.

❀️ As we celebrate togetherness and love, may we also remember that generosity has the power to outlast a season. When we choose to care for one another, life continues in beautiful ways, carrying forward the spirit of compassion that defines this festive time.

Transplantation is not just a medical procedure. It is a social contract. It asks whether we value fairness, compassion,...
20/11/2025

Transplantation is not just a medical procedure. It is a social contract. It asks whether we value fairness, compassion, responsibility, and the right of Malaysians to receive the best care.
Malaysia does not lack capable doctors. Malaysia does not lack willing donors.
Malaysia lacks a system. -Dr Rosnawati

With courage, leadership, and political will, Malaysia can still build a transplant ecosystem worthy of its people. And when we do, it will not be just a medical victory, it will be a moral one.

Jabatan Kesihatan Negeri MelakaHospital MelakaMelaka SihatPromosi Kesihatan Pkd JasinPejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah
11/11/2025

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Hospital Melaka
Melaka Sihat
Promosi Kesihatan Pkd Jasin
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

KES PENDERMAAN ORGAN/TISU BAGI BULAN OKTOBER 2025

Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) sukacita memaklumkan bahawa terdapat 6 kes pendermaan organ/tisu yang berjaya dilakukan pada bulan Oktober 2025.

NTRC dengan tulus murni ingin merakamkan ucapan takziah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas keikhlasan serta kesediaan membenarkan urusan pendermaan organ dan tisu tersebut berlaku.

Perolehan organ/tisu pada kali ini melibatkan :

Hospital Umum Sarawak (2 Kes)
Hospital Melaka (3 Kes)
Hospital Kuala Lumpur

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Jabatan Forensik dan Dewan Bedah, Pasukan Koordinator NTRC serta pihak lain yang terlibat dalam menguruskan kes pendermaan di atas dengan teratur dan jayanya.

Address

Hospital Melaka, Jalan M***i Haji Khalil
Malacca City
75400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062892152

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Organ Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Derma Organ Melaka:

Share