PAS Kawasan Hang Tuah Jaya

PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Laman rasmi Facebook PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Kawasan Hang Tuah Jaya. Ikuti perkembangan aktiviti/program/isu semasa/dakwah disini.

17/08/2026
Program Ziarah Kasih AJK Lajnah Kebajikan Dan Dewan Muslimat PAS Kawasan HTJ Diketuai oleh   Norizah Jaafar
17/08/2026

Program Ziarah Kasih AJK Lajnah Kebajikan Dan Dewan Muslimat PAS Kawasan HTJ Diketuai oleh Norizah Jaafar

Tahniah dan TakziahSemoga Amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.Saya Mewakili PAS Kawasan Hang Tuah Ja...
07/08/2026

Tahniah dan Takziah
Semoga Amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Saya Mewakili PAS Kawasan Hang Tuah Jaya mengucapkan "siiru ala barokatillah" kepada YB Ustaz Mohd Fairuz Bin Mohd Isa daripada PAS mewakili PN dan YB Datuk Razali Bin Abu Samah yang juga mewakili PN dalam memikul tanggungjawab sebagai exco kerajaan Negeri Sembilan.

Semoga Allah s.w.t memberikan kekuatan, taufiq dan inayah-Nya dalam melaksanakan amanah ini.
Amin...

Ikhlas Daripada

Afiz Hj Yahya
YDP PAS Kawasan Hang Tuah Jaya.






INNALILLAHI WA INNA ILAIHIROJIUNDAN Salam Takziah buat keluargaAlmarhum Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29,  Almarhum Muhamma...
07/08/2026

INNALILLAHI WA INNA ILAIHIROJIUN

DAN Salam Takziah buat keluarga

Almarhum Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, Almarhum Muhammad Raimi Ismarubee, 26
Dan
Takziah juga kepada keluarga mendiang Chiu Teck Siong 40.

Ketiga-tiga Anggota Polis yang terkena renjatan elektrik.

Ikhlas daripada
PAS KAWASAN HANG TUAH JAYA MELAKA






(إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)Al Fatihah.Takziah buat keluarga arwah Pelakon Kamarool Yusoff atau lebih...
05/08/2026

(إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

Al Fatihah.

Takziah buat keluarga arwah Pelakon Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man

Rabu 5 Ogos 2026
Negara kehilangan seorang pelakon tanah air yang amat berbakat dan menpunyai watak tersendiri yang bersahaja.

Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin....

Ikhlas daripada PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Melaka.

03/08/2026

Jelas...
Tahniah Prof Dr....

PAS Kawasan Hang Tuah Jaya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Ismail bin Lasim (ADUN Juasseh) at...
03/08/2026

PAS Kawasan Hang Tuah Jaya merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato' Ismail bin Lasim (ADUN Juasseh) atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-12.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan berpandukan nilai-nilai Islam demi kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesihatan, petunjuk serta keberkatan dalam memimpin negeri ini dengan adil, telus dan berwibawa. Semoga kepimpinan baharu ini membawa kemajuan, perpaduan serta kebajikan kepada seluruh masyarakat, sekali gus mendapat rahmat dan pertolongan Allah SWT dalam setiap urusan.

Ikhlas daripada
PAS Kawasan Hang Tuah Jaya






16/07/2026
26/06/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Saya mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Negeri Melaka serta seluruh ahli PAS Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Ustaz Haji Abdul Halim bin Maidin.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat PAS Negeri Melaka. Allahyarham seorang pejuang yang telah mengabdikan sebahagian besar usia, tenaga dan fikirannya demi perjuangan Islam serta pembangunan jamaah di Negeri Melaka.

Sepanjang perjuangannya, Allahyarham pernah memikul amanah sebagai Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Mantan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu dan beberapa jawatan penting dalam parti.

Keikhlasan, keteguhan prinsip serta istiqamah dalam perjuangan menjadikan Allahyarham seorang tokoh yang dihormati dan disegani.

Sesungguhnya jasa, pengorbanan dan legasi perjuangan yang ditinggalkan oleh Allahyarham akan terus dikenang.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa menerima segala amal solehnya, melapangkan kuburnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan beliau dalam kalangan para anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah.

YB Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka

Address

Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil, No. 2-1, Jalan Desa Molek 11, Taman Desa Molek, Ayer Molek
Malacca City
75460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Hang Tuah Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share