AMANAH Seremban

AMANAH Seremban Rahmatan lil Alamin

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
13/01/2026

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Daulat Tuanku.

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pimpinan Parti Amanah Negara Negeri Sembilan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-78 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Tuanku yang berteraskan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang, serta terus memayungi Negeri Sembilan dengan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan.

Didoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan usia yang berpanjangan, serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDengan penuh rasa dukacita, kami memaklumkan bahawa Allahyarham Haji Jamalulla...
03/12/2025

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh rasa dukacita, kami memaklumkan bahawa Allahyarham Haji Jamalullain bin Yusof, Bendahari Amanah Kawasan Seremban, telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Disember 2025, jam 4.35 pagi. Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati roh Allahyarham serta menempatkannya dalam kalangan mukminin dan solihin.

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia.”

Kami memohon semua sahabat dan kenalan agar menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, dan semoga ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan serta kekuatan menghadapi ketentuan ini.

Ingatan dan doa tulus ikhlas daripada Amanah Kawasan Seremban.

24/10/2025

KONVENSYEN NASIONAL 2025
PARTI AMANAH NEGARA

Alhamdulillah...

Jawatankuasa Pimpinan Nasional telah memutuskan untuk mengadakan Konvensyen Nasional 2025 seperti maklumat berikut:

📣 Konvensyen Nasional 2025 AMANAH
📅 8 – 9 November 2025
📍 Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam

Konvensyen kali ini akan mengangkat tema "Menyempurnakan AMANAH, Merealisasi Harapan".

Ayuh seluruh perwakilan, ahli, penyokong dan pemerhati, hadir dan bersama dalam acara tahunan yang menghimpunkan keluarga besar parti ini.

Jumpa di sana!



01/10/2025
01/10/2025
Alhamdulillah.Mesyuarat Tahunan Berkelompok melibatkan cawangan-cawangan Amanah Kawasan Seremban bagi tahun 2025 telah b...
21/06/2025

Alhamdulillah.

Mesyuarat Tahunan Berkelompok melibatkan cawangan-cawangan Amanah Kawasan Seremban bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Pengerusi Amanah Negeri Sembilan sendiri, Dato’ Haji M K Ibrahim bin Abd Rahman.

Terima kasih buat kesemua ahli parti yang telah memberikan komitmen.








24/04/2025

𝙅𝙐𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙉𝙄𝙎𝙈𝙄𝙇𝘼𝙉 𝙋𝙍𝙄𝙃𝘼𝙏𝙄𝙉 𝘿𝙐𝙉 𝙋𝘼𝙍𝙊𝙄 | 𝙃𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙅𝙄𝙈𝘼𝙏 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙎𝙀𝙈𝙐𝘼!

Nak beli barang dapur dengan harga jauh lebih rendah?

Jangan lepaskan peluang ke Program Jualan Nismilan Prihatin DUN Paroi — pelbagai barangan keperluan asas ditawarkan dengan diskaun 20% hingga 30%!

𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮:
Beras, minyak masak, ayam, telur, sayur-sayuran segar dan banyak lagi.

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺:
📅 Tarikh: Jumaat, 25 April 2025
⏰ Masa: 8.30 pagi hingga selesai
📍 Lokasi: Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Paroi

𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗽𝗮 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗯𝗲𝗴 𝗽𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘆𝗮!
Sama-sama kita kurangkan penggunaan plastik sekali guna.

Datang awal untuk elakkan kesesakan dan pastikan anda dapat barangan yang diinginkan.
Harga lebih rendah, kualiti tetap terjaga — khas untuk kemudahan semua penduduk Paroi.










Address

Pt 1450, Tempat Bt.9, Jln Seremban, Mukim Setul, 71700 Seremban, Negeri Sembilan
Mantin
71700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMANAH Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMANAH Seremban:

Share