Pejabat Penerangan Daerah Maran

Pejabat Penerangan Daerah Maran We are local but we think Global.

14/08/2026
14/08/2026

πŸ“Œ KDNK Malaysia bagi suku kedua 2026 berkembang 6.0 peratus, mengatasi anggaran awal DOSM sebanyak 5.8 peratus

πŸ“Œ Pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2026 dijangka kekal dalam julat unjuran 4.0 hingga 5.0 peratus, dengan petunjuk terkini menuju pertumbuhan sekitar lima peratus

πŸ“Œ Ringgit kekal stabil secara keseluruhan berbanding mata wang rakan dagang utama pada suku kedua 2026, disokong pengukuhan asas ekonomi domestik, momentum pertumbuhan yang berterusan

πŸ“Œ BNM mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 4.0-5.0 peratus, menyatakan bahawa perubahan biasanya dibuat semasa pembentangan belanjawan

πŸ“Œ BNM yakin pertumbuhan KDNK akan mencapai kira-kira 5.0 peratus pada 2026 disokong oleh kekuatan berterusan dalam pelbagai sektor

πŸ“Œ Dasar Malaysia yang konsisten dan asas ekonomi yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur

πŸ“Œ Penggunaan isi rumah kekal berdaya tahan pada 4.8 peratus pada suku kedua 2026, disokong oleh pertumbuhan pendapatan, simpanan dan sokongan dasar kerajaan

- Gabenor Bank Negara Malaysia




14/08/2026
14/08/2026

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi, iaitu 183, diikuti Kuching (171), Samarahan (171), Sri Aman (163), Sarikei (158), Mukah (152), dan Bintulu (147).

Di Semenanjung, tiga kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat, iaitu Cheras (153) Johan Setia (150) dan Shah Alam (103).

Berita penuh : https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2594215


14/08/2026

πŠπ‹πˆπ€ π„πŠπ’ππ‘π„π’: πŒπ„ππ†π‡π”ππ”ππ†πŠπ€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πƒπ”ππˆπ€

Mula beroperasi pada tahun 2002, KLIA Ekspres merupakan perkhidmatan rel berkelajuan tinggi pertama di Malaysia yang direka khusus untuk menghubungkan pusat bandar dengan lapangan terbang.

Dengan ketepatan masa, kemudahan moden serta pengalaman perjalanan yang lancar, ia menjadi pilihan utama pelancong tempatan dan antarabangsa, pengembara perniagaan serta rakyat Malaysia.

πŸ“² Maklumat lanjut layari
https://www.merdeka360.my/web/







πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

14/08/2026

πŒπ€π‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ„ππ€ππ“πˆ πŠπ„π‡π€πƒπˆπ‘π€π 𝐀𝐍𝐃𝐀!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

πŸ“… 28 Ogos – 6 September 2026
πŸ•™ 10.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

β€œMAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”





14/08/2026
14/08/2026

Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial r...

Address

Pejabat Penerangan Daerah Maran, Tingkat 2 Bangunan Persekutuan Maran
Maran
26500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share