Pejabat Daerah Dan Tanah Maran

Pejabat Daerah Dan Tanah Maran PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN OFFICIAL FACEBOOK PAGE

PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH MARAN TAHUN 2026
13/08/2026

PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT DAERAH MARAN TAHUN 2026

12 KUMPULAN KIKSA PAHANG IKUTI SESI BIMBINGAN KONVENSYEN KIKSA 2026KUANTAN: Sebanyak 12 kumpulan Kumpulan Inovatif dan K...
10/08/2026

12 KUMPULAN KIKSA PAHANG IKUTI SESI BIMBINGAN KONVENSYEN KIKSA 2026

KUANTAN: Sebanyak 12 kumpulan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam Pahang (KIKSA) menyertai Sesi Bimbingan Konvensyen KIKSA Sektor Awam Pahang 2026 di Dewan SUK Blok C, Wisma Sri Pahang, di sini, pada 7 Ogos lalu.

Sesi yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang itu membabitkan kumpulan KIKSA daripada Pejabat Daerah dan Tanah di Pahang serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Bimbingan dikendalikan Dr Abdullah Ali dengan dibantu dua fasilitator, Ts Noor Muzlinda Mat Hashim dan Dr Mohd Suzairi Mohd Shaffi, yang memberi panduan kepada peserta dalam aspek pengemaskinian dokumen, pematuhan format ditetapkan serta penambahbaikan dan pemurnian dokumen projek.

Sesi berkenaan bertujuan membantu kumpulan KIKSA membuat persediaan lebih teratur bagi menghadapi Konvensyen KIKSA Sektor Awam Pahang 2026, selain memastikan dokumentasi dan pembentangan projek memenuhi keperluan serta kriteria yang ditetapkan.

Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan Perkasa Organisasi PDT MaranMARAN, 5 Ogos – Seramai 35 kakitangan Pejabat Daerah dan ...
06/08/2026

Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan Perkasa Organisasi PDT Maran

MARAN, 5 Ogos – Seramai 35 kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran menyertai Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan dan Pemantapan Organisasi Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, 4 hingga 5 Ogos, di Bilik Seminar, Akademi Usahawan Tani Chenor, bagi memperkukuhkan semangat kerjasama dan meningkatkan kecekapan organisasi.

Kursus yang dikendalikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Gred N5, Encik Ahmad Zuki bin Mohamad itu memberi penekanan kepada pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi menerusi perkongsian ilmu serta latihan interaktif yang melibatkan semua peserta.

Sepanjang program, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang memfokuskan kepada pembangunan prinsip jati diri, mengenali potensi diri dan organisasi, kepimpinan melalui teladan serta kemahiran komunikasi dalam berpasukan sebagai elemen penting dalam membentuk organisasi yang mantap.

Penganjuran kursus tersebut diharap dapat melahirkan warga kerja yang lebih berdaya saing, berintegriti dan mampu bekerjasama secara efektif, sekali gus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah Maran kepada masyarakat.

Sekalung TahniahY.B. Dato’ Fadzli Mohamad Kamal atas pengurnian Darjah Kebesaran  Mahkota Pahang - Yang Amat Mulia, Peri...
03/08/2026

Sekalung Tahniah

Y.B. Dato’ Fadzli Mohamad Kamal atas pengurnian Darjah Kebesaran Mahkota Pahang - Yang Amat Mulia, Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) Yang membawa Gelaran Dato’ sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

03/08/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Semoga Allah SWT mengurniakan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara dengan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki, serta sentiasa berada dalam rahmat, keberkatan dan kebahagiaan.

Sekalung TahniahYB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib atas pelantikan sebagai Orang Besar Berempat dengan g...
03/08/2026

Sekalung Tahniah

YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib atas pelantikan sebagai Orang Besar Berempat dengan gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Sekalung TahniahYB Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff SSAP., DSAP., DIMP., AMP., AMN., PKT atas pengurnia...
03/08/2026

Sekalung Tahniah

YB Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff SSAP., DSAP., DIMP., AMP., AMN., PKT atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia- Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Sekalung TahniahDATO’ AFFENDI BIN ABDUL RAHMAN atas pengurnian Darjah kebesaran  Mahkota Pahang - Yang Amat Mulia, Perin...
03/08/2026

Sekalung Tahniah

DATO’ AFFENDI BIN ABDUL RAHMAN atas pengurnian Darjah kebesaran Mahkota Pahang - Yang Amat Mulia, Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) Yang membawa Gelaran Dato’ sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Sekalung TahniahYH DATO’ HAJI AHMAD ZAMRI BIN MD ISA atas pengurnian Darjah kebesaran  Mahkota Pahang - Yang Amat Mulia,...
03/08/2026

Sekalung Tahniah

YH DATO’ HAJI AHMAD ZAMRI BIN MD ISA atas pengurnian Darjah kebesaran Mahkota Pahang - Yang Amat Mulia, Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) Yang membawa Gelaran Dato’ sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

01/08/2026

Address

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MARAN
Maran
26500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Maran:

Shortcuts

Share