PBSD MARAN

PBSD MARAN Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Maran atau ringkasnya PBSD Maran merupakan pejabat kerajaan di bawah

14/05/2026
14/05/2026

PTDM MARAN BUAT KUNJUNGAN RASMI KE PBSD MARAN

MARAN, 14 Mei – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Maran telah menerima kunjungan rasmi daripada Kelab Tenis dan Rekreasi Maran (PTDM) semalam. Kunjungan tersebut diwakili oleh Encik Akmal Syah Mohamed dan Encik Mohd Ariffin Ab Rahman bagi mendapatkan pandangan serta panduan berkaitan program yang bakal dilaksanakan oleh pihak kelab pada masa akan datang. 🎾πŸ‘₯

Encik Imran Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Maran merangkap Setiausaha Majlis Sukan Daerah Maran telah berkongsi beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebagai garis panduan dalam pelaksanaan program agar selari dengan prosedur dan objektif pembangunan sukan serta rekreasi. πŸ‘πŸ“Œ

Perkongsian yang berlangsung di ruang pejabat PBSD Maran itu dilihat mampu memberi manfaat kepada pihak kelab dalam memperkemaskan perancangan program serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara PBSD Maran dan pertubuhan sukan dan rekreasi di daerah ini. 🀝🌱

Diharapkan kunjungan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha memperkasa pembangunan sukan, rekreasi dan belia di daerah Maran. PBSD Maran cakna! ✨

"JBS Pahang, Number One" πŸ₯‡

Disediakan Oleh:-
PBSD Maran





14/05/2026
14/05/2026

πŸŽ‰ SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA DAERAH MARAN 2026 πŸŽ‰

Ayuh anak muda Maran, kita gegarkan sambutan Hari Belia Negara 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik, penuh semangat dan inspirasi! πŸ”₯πŸ’ͺ

πŸ“ Bacaan Ikrar Belia Malaysia

πŸ—“ 15 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 Pagi
πŸ“Œ Dewan Ilmu, Kolej Vokasional Pertanian Chenor

✨ Pelbagai segmen menarik menanti anda:

πŸ’₯ Bacaan Ikrar Belia Malaysia bergema!
🎭 Bina Insan - Tazkirah Jumaat
πŸ’Ό Penciptaan & Peluang Kerjaya
πŸ’« Pameran Perpustakaan Awam Chenor
πŸ“Œ Sudut Info Belia
πŸ’‘ Inovasi & Digital – Pertandingan Inovasi

Jom bersama-sama menyemarakkan semangat belia yang kreatif, aktif dan berdaya saing demi masa depan Malaysia MADANI! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“’ Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada suara dan tenaga belia Maran!

Wan Rosdy bin Wan Ismail
Fadzli Kamal
Majlis Belia Negeri Pahang
JBSNegara
KBSMalaysia






01/05/2026

Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, khususnya dalam pembangunan belia dan sukan. πŸ’ͺ

Kecemerlangan ini terhasil melalui gabungan pelbagai skim perkhidmatan merangkumi Belia dan Sukan, Pentadbiran dan Sokongan, Kewangan, Kejuruteraan, Sokongan Operasi dan lain-lain. 🀝

Merekalah nadi yang menggerakkan operasi, memperkasa program serta memastikan pengurusan belia dan sukan berjalan lancar sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun ibu pejabat. πŸ”₯

Inilah hari mereka. Inilah hari anda bagi seluruh warga JBSN. ⚑️

Selamat Menyambut Hari Pekerja! ✨

Teruskan khidmat bakti yang cemerlang demi negara! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Buat seluruh pemegang taruh di luar sana tidak kira dari agensi kerajaan, swasta dan NGO yang sentiasa menyokong serta menjadi rakan sinergi JBSN, kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada anda semua! πŸ™

Pekerja MADANI Kesuma Bangsa, JBSN Komited! πŸ”₯⚑️

Address

Maran
26500

Telephone

+6094771382

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBSD MARAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PBSD MARAN:

Share