Inspirasi Nurani UBKCJ

Inspirasi Nurani UBKCJ ~sharing is caring~

09/02/2026


Aktiviti Feeling FacesSebagai alternatif bagi menyokong proses peralihan daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, ak...
26/01/2026

Aktiviti Feeling Faces

Sebagai alternatif bagi menyokong proses peralihan daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, aktiviti Feeling Faces ini bertujuan membantu murid Tingkatan 1 mengenal pasti dan mengekspresikan perasaan mereka selepas dua minggu berada di sekolah menengah, di samping mengenal pasti tahap penyesuaian emosi murid terhadap persekitaran baharu serta mewujudkan rasa selamat, diterima dan disokong oleh pihak sekolah.

Murid dapat meluahkan perasan secara non-verbal dengan cara yg Selamat, tanpa rasa takut dihakimi oleh rakan.

Aktiviti ini juga dapat membantu murid memahami bahawa perasan bercampur² dalam fasa awal persekolahan adalah normal dan mereka tidak bersendirian menghadapinya.




Happy Birthday anak-anak Januari Cedungku Gemilang! Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan, kegembiraan dan peng...
26/01/2026

Happy Birthday anak-anak Januari Cedungku Gemilang! Semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan, kegembiraan dan pengalaman bermakna. Jangan lupa senyum, terus belajar dan kejar impian kamu! 🫰🏻🥰

Sekitar Program Passport Masa Depan (PMD)  & Taklimat UPU Pocket bersama calon SPM dan ibu bapa sempena Majlis Penetapan...
22/01/2026

Sekitar Program Passport Masa Depan (PMD) & Taklimat UPU Pocket bersama calon SPM dan ibu bapa sempena Majlis Penetapan Target dan Aku Janji calon SPM 2026.

Program ini menjadi platform penting untuk membimbing murid merancang hala tuju selepas SPM, memahami peluang pendidikan serta membuat pilihan yang bijak demi masa depan yang gemilang.

Terima kasih atas komitmen ibu bapa yang sentiasa menyokong perjalanan akademik anak-anak. Semoga usaha kecil hari ini membuahkan kejayaan besar di masa hadapan.

Semoga semua calon SPM terus melangkah dengan yakin!

Selamat datang warga baharu SMKCJ.Program Orientasi Tingkatan 1 & 4 Peringkat Sekolah berlangsung dengan penuh keceriaan...
22/01/2026

Selamat datang warga baharu SMKCJ.

Program Orientasi Tingkatan 1 & 4 Peringkat Sekolah berlangsung dengan penuh keceriaan, aktiviti menarik dan semangat kebersamaan.

Bagi murid tingkatan 1, program ini bertujuan membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, memahami peraturan serta membina keyakinan diri untuk memulakan sesi persekolahan baharu.

Menerusi aktiviti dalam kumpulan yang dibantu oleh barisan Fasilitator, murid dilatih untuk lebih berani, berdisiplin dan membina kerjasama yang erat dalam kalangan mereka.

Manakala bagi murid tingkatan 4, pengisian program lebih menjurus kepada halatuju murid menerusi pakej mata pelajaran tingkatan 4 yang ditawarkan di SMKCJ. Tidak ketinggalan murid juga diberi taklimat berkaitan kelebihan pakej STEM sepertimana bahan yg dikongsi menerusi pelantar Delima KPM.

Semoga pengalaman hari ini menjadi kenangan indah dan titik permulaan kepada perjalanan yang hebat anak² didik Cedungku Gemilang!

19/12/2025

Alhamdulillah... Tutup tirai 2025...

Alhamdulillah, satu lagi kejayaan untuk keluarga PRS SMK Cedung Jaya! Tahniah kepada ahli PRS saya yang berjaya merangku...
26/11/2025

Alhamdulillah, satu lagi kejayaan untuk keluarga PRS SMK Cedung Jaya!

Tahniah kepada ahli PRS saya yang berjaya merangkul Naib Johan Pertandingan Video Kreatif sempena Simposium PROSTAR 2.0 & Pra Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Daerah Maran.

Usaha, kreativiti dan semangat kalian benar-benar membuahkan hasil. Teruskan menjadi suara positif rakan sebaya dan agen perubahan di sekolah kita.



Impak projek KARISMA : Passport Masa Depan 2.0
12/10/2025

Impak projek KARISMA : Passport Masa Depan 2.0

Laungan sebelum pdpc bermula (pagi) & selepas waktu akhir pdpc (sebelum balik) "SAYA BENCI BULI, KITA KAN SAHABAT"
18/08/2025

Laungan sebelum pdpc bermula (pagi) & selepas waktu akhir pdpc (sebelum balik)

"SAYA BENCI BULI, KITA KAN SAHABAT"

UBKCJ mengucapkan selamat datang kepada anakanda batch pertama Tingkatan 6 Semester 1 SMK Cedung Jaya.
09/06/2025

UBKCJ mengucapkan selamat datang kepada anakanda batch pertama Tingkatan 6 Semester 1 SMK Cedung Jaya.

09/06/2025

Lama tak update page ni...
Nmpk sgt GBKSM nya tak sempat ...😅

Gimik Pelancaran Ihya' Ramadan Tahniah anak2 PRS yg terlibat...!
02/03/2025

Gimik Pelancaran Ihya' Ramadan
Tahniah anak2 PRS yg terlibat...!

Address

Maran
26500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inspirasi Nurani UBKCJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category