Pergigian Daerah Maran

Pergigian Daerah Maran Pergigian Daerah Maran
Kami Sedia Membantu

5 klinik pergigian (KP) utama di daerah Maran:

1) KP Maran (09-4772148)
2) KP Pekan Tajau (09-4777134)
3) KP Poliklinik Bandar Jengka (09-4677201)
4) KP Hospital Jengka (09-4662195)
5) KP Jengka 22 (09-4863853)

🦷✨ Hari Kesihatan Pergigian Sekolah Kebangsaan (FELDA) JENGKA 8 ✨🦷📍Tempat: SK (FELDA) Jengka 8🗓️ Tarikh: 2 Julai 2026🕘 M...
16/07/2026

🦷✨ Hari Kesihatan Pergigian Sekolah Kebangsaan (FELDA) JENGKA 8 ✨🦷

📍Tempat: SK (FELDA) Jengka 8
🗓️ Tarikh: 2 Julai 2026
🕘 Masa: 8.00AM - 12.00 PM

Program anjuran Klinik Pergigian Bandar Jengka bersama pasukan GPRO Zon Jengka ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama pihak SK (FELDA) Jengka 8.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:

🦷 Ceramah kesihatan pergigian
🦷 Pameran kesihatan pergigian
🪥 Latihan memberus gigi (LMG)
🎲 Permainan interaktif
🤹‍♂️ Aktiviti main peranan (roleplay)

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran golongan murir sekolah rendah tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian 🦷✨.

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama semua pihak! Semoga usaha ini memberi impak positif kepada kesihatan pergigian para pelajar dan diteruskan lagi pada masa akan datang 💙

Pergigian Pahang

🦷✨ Hari Kesihatan Pergigian Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP JENGKA 21 ✨🦷📍Tempat: SMK LKTP JENGKA 21🗓️ Tarikh: 1 Julai 2...
16/07/2026

🦷✨ Hari Kesihatan Pergigian Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP JENGKA 21 ✨🦷

📍Tempat: SMK LKTP JENGKA 21
🗓️ Tarikh: 1 Julai 2026
🕘 Masa: 8.00AM - 12.00 PM

Program anjuran Klinik Pergigian Jengka 22 bersama pasukan GPRO Zon Jengka ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama SMK LKTP Jengka 21.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:

🦷 Ceramah kesihatan pergigian
🪥 Latihan memberus gigi (LMG)
📚 Kuiz dan penyampaian hadiah kuiz

Program ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran golongan pelajar sekolah menengah tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian 🦷✨.

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama semua pihak! Semoga usaha ini memberi impak positif kepada kesihatan pergigian para pelajar 💙

Pergigian Pahang

🦷✨ Bengkel Pemantapan dan Kalibrasi Pencartaan Modified MOH ICDAS & Gingival Index Score (GIS) Daerah Maran Tahun 2026✨🦷...
01/07/2026

🦷✨ Bengkel Pemantapan dan Kalibrasi Pencartaan Modified MOH ICDAS & Gingival Index Score (GIS) Daerah Maran Tahun 2026✨🦷

📍SK Sentosa & Bilik Mesyuarat KP Pekan Tajau
🗓️25 Jun 2026
🕘 8:00 pagi - 5:00 petang

Bengkel Pemantapan dan Kalibrasi Pencartaan Modifies MOH ICDAS & Gingival Index Score (GIS) Daerah Maran Tahun 2026 ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Maran dan Sekolah Kebangsaan Sentosa.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan operator klinikal (Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian) mempunyai pemahaman dan penafsiran yang seragam terhadap sistem Modified MOH ICDAS (MMI) & GIS seterusnya dapat melaksanakan pengesanan dan pengurusan masalah karies gigi dan gusi dalam kalangan pelajar sekolah.

Bengkel ini melibatkan 10 orang pelajar SK Sentosa, 16 orang pegawai pergigian dan 8 orang urusetia. Majlis penutup telah diadakan bagi menghargai kerjasama dan jasa baik pihak sekolah serta penyampaian cenderahati kepada pelajar terlibat. Majlis penutup dihadiri oleh Pegawai Pergigian Daerah, Dr Nor Fazliana Bt Abd Manan dan wakil pihak sekolah, Puan Rodziah.

Program ini telah berjalan dengan lancar sepanjang hari dengan kerjasama semua pihak. Terima kasih dan tahniah diucapkan. Semoga kolaborasi ini memberi impak positif kepada semua 💙

Pergigian Pahang

🦷✨ Program Kolaborasi Kesihatan Oral Dan Agama (KOA) di Masjid At-Taqwa Kampung Awah 2026 ✨🦷📍Masjid At-Taqwa Kampung Awa...
26/06/2026

🦷✨ Program Kolaborasi Kesihatan Oral Dan Agama (KOA) di Masjid At-Taqwa Kampung Awah 2026 ✨🦷

📍Masjid At-Taqwa Kampung Awah
🗓️17 Jun 2026
🕘7:00 pagi - 3:00 petang

Program KOA ini telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Karnival Maal Hijrah 1448H. Turut terlibat menjayakan program, Cik Shazliza binti Hamid, Ikon Gigi Klinik Pergigian Pekan Awah. Terima kasih kepada pihak masjid dan semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:

🗣️ Ceramah kesihatan pergigian
🪥 Pameran kesihatan pergigian
🦷 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🎮 Permainan interaktif dan kuiz pergigian

Melalui usaha sama ini, komuniti setempat dapat mengakses pendidikan dan rawatan kesihatan pergigian dengan lebih mudah 🦷✨

Semoga usaha ini memberi impak positif kepada kesihatan pergigian warga komuniti 💙

Pergigian Pahang

🦷✨ FESTIVAL KESIHATAN 2026 ANJURAN UITM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA ✨🦷📍 Dewan Indera Segara, UITM Cawangan Pahang Kamp...
25/06/2026

🦷✨ FESTIVAL KESIHATAN 2026 ANJURAN UITM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA ✨🦷

📍 Dewan Indera Segara, UITM Cawangan Pahang Kampus Jengka
🗓️ 16 Jun 2026 (Selasa)
🕘 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Klinik Pergigian Jengka 22 telah terlibat menjayakan festival kesihatan anjuran UITM Cawangan Pahang Kampus Jengka pada 16 Jun 2026 bertempat di Dewan Indera Segara, UITM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Pelbagai aktiviti promosi kesihatan pergigian telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran para pelajar terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut, antaranya:

🦷 Pameran kesihatan pergigian
🩺 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🎮 Permainan interaktif

Terima kasih kepada pihak UITM Cawangan Pahang Kampus Jengka atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan cakna dengan kesihatan pergigian 💙

Pergigian Pahang

📢  JOM SERTAI PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI BATU 55 🦷✨Assalamualaikum dan salam sejahtera warga kamp...
25/06/2026

📢 JOM SERTAI PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG ORANG ASLI BATU 55 🦷✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga kampung dan kawasan sekitar!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program anjuran Klinik Pergigian Maran di Kampung Orang Asli Batu 55 yang penuh dengan aktiviti menarik dan bermanfaat untuk seisi keluarga! 👨‍👩‍👧‍👦

📅 Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Balairaya Kampung Orang Asli Batu 55

🎉 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
✅ Ceramah Kesihatan Pergigian
✅ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
✅ Pameran Kesihatan Pergigian
✅ Pemeriksaan & Rawatan Asas Pergigian PERCUMA

💚 Ayuh bersama-sama meningkatkan kesedaran penjagaan gigi, bawa ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

Jumpa anda di sana! ❤️

🦷 AWAS DOKTOR GIGI HARAM! 🚫Kesihatan mulut bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Mendapatkan rawatan daripada indiv...
12/06/2026

🦷 AWAS DOKTOR GIGI HARAM! 🚫

Kesihatan mulut bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Mendapatkan rawatan daripada individu yang tidak berdaftar boleh mengundang risiko jangkitan, komplikasi kesihatan dan kerugian kewangan.

⚠️ Ciri-ciri doktor gigi haram:
• Tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MPM)
• Tiada Sijil Pengamalan Tahunan (APC) yang sah
• Tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang pergigian
• Menjalankan rawatan di lokasi tidak berdaftar seperti rumah, hotel, homestay atau premis yang meragukan
• Menggunakan peralatan yang kebersihan dan pensterilannya tidak terjamin
• Menawarkan harga yang terlalu murah dan tidak munasabah

✅ Sebelum mendapatkan rawatan, pastikan doktor gigi anda berdaftar dan mempunyai APC yang sah.

💡 Pilih klinik pergigian berdaftar untuk rawatan yang selamat, berkualiti dan profesional.

📢 Kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya doktor gigi haram.

Pergigian Pahang 🦷✨

🚭 Pilihan hari ini menentukan kesihatan masa depan anda ! Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026, marilah bersama-sama...
08/06/2026

🚭 Pilihan hari ini menentukan kesihatan masa depan anda !

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026, marilah bersama-sama mengambil langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat tanpa rokok dan produk tembakau.

Lindungi kesihatan diri, keluarga serta alam sekitar.

💚 Berhenti hari ini, nikmati kehidupan yang lebih baik esok.


Pergigian Pahang

🦷 Gusi sihat, senyuman lebih yakin! 😁Awas! Jangan abaikan tanda awal seperti gusi berdarah, merah atau bengkak ketika me...
08/06/2026

🦷 Gusi sihat, senyuman lebih yakin! 😁

Awas! Jangan abaikan tanda awal seperti gusi berdarah, merah atau bengkak ketika memberus gigi. Plak yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan penyakit gusi yang lebih serius dan menjejaskan kesihatan mulut anda.

🪥 Berus gigi 2 kali sehari
🦷 Gunakan flos
👩‍⚕️ Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala
🥗 Ambil pemakanan yang seimbang

Pergigian Pahang

🦷✨ Hari Kesihatan Pergigian Tadika KEMAS Felda Kampung New Zealand ✨🦷📍 Tadika KEMAS Felda Kampung New Zealand🗓️ 21/5/202...
08/06/2026

🦷✨ Hari Kesihatan Pergigian Tadika KEMAS Felda Kampung New Zealand ✨🦷

📍 Tadika KEMAS Felda Kampung New Zealand
🗓️ 21/5/2026
🕘 8:30 pagi - 1:00 tengahari

Hari Kesihatan Pergigian anjuran Klinik Pergigian Maran ini telah berlangsung dengan jayanya di Tadika KEMAS Felda Kampung New Zealand.

Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk:

🦷 Ceramah kesihatan pergigian
🎪 Pameran kesihatan pergigian
🧑‍⚕️ Pemeriksaan pergigian
🪥 Latihan memberus gigi
🎮 Permainan interaktif
🎨 Pertandingan mewarna

Program yang diadakan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan pergigian dalam kalangan ibu bapa dan penjaga pelajar tadika serta warga tadika.

Terima kasih atas sambutan dan kerjasama semua pihak terutamanya ibu bapa, penjaga dan warga tadika yang telah hadir menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi impak positif kepada kesihatan pergigian pelajar tadika khususnya.

Pergigian Pahang

Address

Maran

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094772031

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share