Pas Kawasan Maran Official

Pas Kawasan Maran Official Laman Rasmi Penerangan Pas Kawasan Maran
-Sebaran aktiviti Parti Islam SeMalaysia kepada masyarakat

SANAH HELWAH & SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRANYB Datoโ€™ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PASSetinggi-tinggi ...
27/08/2026

SANAH HELWAH & SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
YB Datoโ€™ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

Setinggi-tinggi ucapan Sanah Helwah & Selamat Ulangtahun Kelahiran buat YB Datoโ€™ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Semoga Allah SWT mengurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik, keberkatan dalam kehidupan, keteguhan iman serta kekuatan dalam meneruskan perjuangan Islam.

Semoga terus dikurniakan hikmah, kebijaksanaan dan keistiqamahan dalam memimpin serta berkhidmat demi ummah dan kesejahteraan rakyat.

Semoga setiap langkah perjuangan sentiasa dipandu dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas daripada:
PAS KAWASAN MARAN

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG AHLI DEWAN NEGERI KUALA SENTUL MENYOKONG KEPIMPINAN YAB MENTERI BESAR PAHANG26 Ogos 2026PAS Ka...
26/08/2026

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG AHLI DEWAN NEGERI KUALA SENTUL MENYOKONG KEPIMPINAN YAB MENTERI BESAR PAHANG

26 Ogos 2026

PAS Kawasan Maran mengambil maklum pendirian YB ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin, yang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Kami menghormati pendirian tersebut sebagai hak dan keputusan politik beliau. Dalam masa yang sama, PAS Kawasan Maran melihat perkembangan ini sebagai sebahagian daripada dinamika politik semasa yang perlu dihadapi dengan matang, tenang dan berlapang dada.

Bagi PAS, soal prinsip dan amanah kepada rakyat tetap menjadi keutamaan. Perbezaan pendirian politik tidak seharusnya menghilangkan adab, ukhuwah dan hubungan sesama masyarakat.

Kami berharap segala keputusan dan kerjasama politik yang dibentuk akan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Kuala Sentul, Maran dan seluruh negeri Pahang, khususnya dalam aspek pembangunan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

PAS Kawasan Maran juga akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat serta mempertahankan prinsip perjuangan Islam dengan penuh hikmah dan istiqamah.

Dalam masa yang sama, PAS Kawasan Maran sentiasa bersiap sedia memperkukuhkan jentera pilihan raya di semua peringkat bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan perkembangan politik semasa, termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Kesiapsiagaan ini adalah sebahagian daripada amanah organisasi bagi memastikan seluruh jentera PAS Kawasan Maran berada dalam keadaan tersusun, kukuh dan bersedia pada bila-bila masa demi meneruskan perjuangan serta membela kepentingan rakyat.

" KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM "

Sekian, terima kasih.

FAZIL AZMI NADZRI
Yang Dipertua
PAS Kawasan Maran

Jabatan Penerangan PAS Maran Dewan Muslimat PAS Kawasan Maran Pemuda Pas Maran - DPPK Maran PAS Parlimen Maran Pemuda PAS Maran - DPPKM Mohd Shamsuri Ibnuhussin

26/08/2026

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat mengalu-alukan kehadiran semua ahli, penyokong, serta orang ramai untuk memeriahkan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa bermula 2 hingga 5 September ini.
Penganjuran kali ini bakal menyajikan pelbagai program menarik serta aktiviti interaktif yang dirancang khusus bersesuaian untuk semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Selain daripada agenda perbahasan utama parti, muktamar tahun ini turut dimeriahkan dengan karnival jualan dan pameran khas usahawan dari seluruh negara.
Lebih menarik, ruang khas turut disediakan bagi membolehkan para pengunjung dan orang awam mengikuti dan mendengar sesi perbahasan muktamar secara langsung sepanjang acara berlangsung.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi menyokong penganjuran program berkenaan sekali gus merancakkan lagi aktiviti ekonomi domestik di negeri Kelantan.

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul ๏ทบ12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’...
24/08/2026

๐ŸŒ™ Salam Maulidur Rasul ๏ทบ

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ๏ทบ

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†.

Firman Allah SWT:

ยซู„ูŽู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽูƒูู…ู’ ูููŠ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูุณู’ูˆูŽุฉูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉูŒยป

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu.โ€

โ€” Surah al-Ahzab: 21

Rasulullah ๏ทบ adalah qudwah terbaik dalam kehidupan. Marilah kita menyambut Maulidur Rasul dengan memperbanyakkan selawat, mengenali sirah Baginda, mencintai sunnahnya serta berusaha mengamalkan akhlak dan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Sabda Rasulullah ๏ทบ:

ยซู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽู†ููŠ ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูŽุนููŠูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูยป

โ€œSesiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga.โ€

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui ketaatan kepada Allah, menghidupkan sunnah, memperkukuh ukhuwah dan memperjuangkan kehidupan yang berlandaskan Islam.

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุฌุนู„ู†ุง ู…ู† ุฃู…ุฉ ู…ุญู…ุฏ ๏ทบุŒ ูˆุงุญุดุฑู†ุง ููŠ ุฒู…ุฑุชู‡ุŒ ูˆุงุณู‚ู†ุง ู…ู† ุญูˆุถู‡ุŒ ูˆุงุฑุฒู‚ู†ุง ุดูุงุนุชู‡.

Salam Maulidur Rasul ๏ทบ
Semoga cinta kepada Rasulullah ๏ทบ menjadi jalan menuju reda Allah dan syafaat Baginda.

Fazil Azmi Nadzri
Yang Dipertua PAS Kawasan Maran

20/08/2026

apa ada di lepeh ujung munggu ni?

lihat video sampai abis...

Assalamualaikum

JOM KE LIQA' FIQRI PAS PAHANG 202622 OGOS 2026SABTU9AM-1PMDATARAN SIMOANG KG. BERCHANG, KUALA LIPIS
17/08/2026

JOM KE LIQA' FIQRI PAS PAHANG 2026
22 OGOS 2026
SABTU
9AM-1PM
DATARAN SIMOANG KG. BERCHANG, KUALA LIPIS



Selamat Datang & Tahniah kpd semua peserta Konvensyen Mujahid Siber PAS MALAYSIA
16/08/2026

Selamat Datang & Tahniah kpd semua peserta Konvensyen Mujahid Siber PAS MALAYSIA

15/08/2026

Jemputan Ke Pengajian Dhuha Muslimin & Muslimat

๐Ÿ—“๏ธ 16 Ogos 2026 (Ahad)

โฐ9.00-10.30 Pagi

๐Ÿ•Œ Markaz Al Khidmat, Kg Embun.

DISAMPAIKAN OLEH :
Ustaz Mujibur Rahman bin Ishak

Semua Muslimin, Muslimat Seisi Keluarga Dijemput Hadir.

TAHNIAH & SYABASSetinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran atas kejayaan menerima Anugerah Media Sosi...
15/08/2026

TAHNIAH & SYABAS

Setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran atas kejayaan menerima Anugerah Media Sosial Dewan Pemuda PAS Kawasan Inspirasi sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang Kali Ke-44.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh gerak kerja dakwah, penerangan dan perjuangan melalui media sosial dengan lebih kreatif, konsisten dan berimpak.

Tahniah sekali lagi dan teruskan mencipta kecemerlangan!

Daripada,
FAZIL AZMI NADZRI
Yang Dipertua
PAS Kawasan Maran

Address

Markaz Al Khidmat, Pas Kawasan Maran, Taman Embun Mutiara, Chenor
Maran
28100

Telephone

+60108019389

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Kawasan Maran Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pas Kawasan Maran Official:

Shortcuts

Share