Pemuda PAS Maran - DPPKM

Pemuda PAS Maran - DPPKM Pemuda PAS Kawasan Maran merupakan salah sebuah sayap daripada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.

Selamat bermuktamar saya ucapkan kepada seluruh perwakilan dan pemerhati Dewan Pemuda PAS dari segenap pelosok negeri Pa...
14/08/2026

Selamat bermuktamar saya ucapkan kepada seluruh perwakilan dan pemerhati Dewan Pemuda PAS dari segenap pelosok negeri Pahang.

Muktamar bukan sekadar medan kita berhimpun, bahkan medan untuk kita bersama-sama bermuhasabah dan menilai kembali sejauh mana kita telah melaksanakan amanah perjuangan dalam usaha mengangkat dan mendaulatkan agama Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 19:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ

“Sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah ialah Islam.”

Ayuh para pemuda!

Setiap daripada kita diciptakan Allah dengan kelebihan, kemampuan dan peranan masing-masing. Tiada seorang pun daripada kita yang sia-sia. Maka, carilah ruang untuk kita meletakkan diri dan menyumbang sebaiknya dalam jemaah Islam ini.

Jadikanlah muktamar kali ini sebagai medan untuk kita mengukur dan menilai diri. Muhasabahlah: sejauh mana usaha yang telah kita curahkan, sebesar mana pengorbanan yang sanggup kita berikan, dan sedalam mana keinginan kita untuk melihat agama yang kita cintai ini terus diperjuangkan dan didaulatkan.

Mudah-mudahan kita pulang daripada muktamar ini bukan sekadar membawa sebuah keputusan, tetapi membawa azam yang diperbaharui, ukhuwah yang diperkukuh dan kesungguhan yang dipertingkatkan untuk terus istiqamah dalam perjuangan.

Dengan lafaz yang mulia,

سِيرُوا عَلَى بَرَكَةِ اللَّهِ

Bergeraklah kalian dengan keberkatan Allah.

Selamat Bermuktamar.

Ustaz Fazrulnisa bin Mahtar
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran

12/08/2026

Jumaat ini 14 Ogos, kita akan adakan ceramah umum Penyatuan Ummah di Markas PAS Jengka 7, jam 9 malam. Turut hadir YB Dato’ Haji Andansura Rabu, Timb. Pesuruhjaya PAS Pahang. Demi ummah. Ahli PAS UMNO dijemput hadir.

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍Pemuda PAS Kawasan Maran turut menziarahi Saudara Syeikh Mohd Haikal bin Syeikh Mohd...
12/08/2026

𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐉𝐈𝐀𝐍, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍

Pemuda PAS Kawasan Maran turut menziarahi Saudara Syeikh Mohd Haikal bin Syeikh Mohd Fauziah di Kampung Tanjung Kemalau, Chenor, yang diuji dengan kemalangan jalan raya.

Ziarah ini merupakan tanda ingatan, keprihatinan dan sokongan kepada beliau serta keluarga dalam menghadapi waktu yang mencabar.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mengangkat segala kesakitan dan mempermudahkan seluruh urusan beliau serta keluarga.

Mari kita bersama-sama menitipkan doa agar Saudara Syeikh Mohd Haikal kembali pulih dan diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan dan sembuhkanlah. Engkaulah Maha Penyembuh.”




𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐆𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐀𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 💚Ahad lalu, Pemuda PAS Kawasan Maran berkesempatan menziarahi Puan Siti Raml...
12/08/2026

𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐆𝐄𝐌𝐁𝐈𝐑𝐀𝐀𝐍, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 💚

Ahad lalu, Pemuda PAS Kawasan Maran berkesempatan menziarahi Puan Siti Ramla binti Mohd Ali di Kampung Tanjung Memalau, Chenor, sempena kelahiran cahaya mata ketujuh beliau iaitu seorang bayi perempuan.

Kelahiran seorang anak bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada keluarga, malah merupakan amanah besar dan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT.

Kami mendoakan semoga ibu dan bayi sentiasa dikurniakan kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati buat seluruh keluarga.

بارك الله لك في الموهوب لك

“Semoga Allah memberkati anugerah yang dikurniakan kepada kalian.”




📢 KENYATAAN RASMI | JENTERA PILIHAN RAYA PAS PAHANGDewan Pemuda PAS Kawasan Maran mengambil maklum kenyataan daripada Ja...
10/08/2026

📢 KENYATAAN RASMI | JENTERA PILIHAN RAYA PAS PAHANG

Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran mengambil maklum kenyataan daripada Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang berhubung tahap kesiapsiagaan jentera pilihan raya negeri.

Menurut kenyataan tersebut, jentera pilihan raya PAS Pahang telah diperkemas dan bersedia menghadapi PRU16, termasuk persiapan di semua peringkat bagi memastikan organisasi berada dalam keadaan siap siaga pada bila-bila masa.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Hamdan bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang, bertarikh 10 Ogos 2026.

📌 Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang
📅 10 Ogos 2026






05/08/2026

9 orang pelajar telah mendaftar SRITI Assalam Bandar Maran untuk Tahun 1 sesi 2027. Kita hanya buka untuk 25 orang pelajar sahaja. Lekas daftar anak-anak anda untuk belajar di SRITI Assalam Bandar Maran. Pendaftaran pelajar PASTI juga telah dibuka.

Anak belajar SRITI ok ke tak?Sekarang musim ibu ayah sibuk untuk mencari sekolah anak-anak sesi 2027 kan? Kita dapat lih...
04/08/2026

Anak belajar SRITI ok ke tak?

Sekarang musim ibu ayah sibuk untuk mencari sekolah anak-anak sesi 2027 kan? Kita dapat lihat banyak persoalan dari mereka berkenaan SRITI.

Jadi kamipun survey beberapa testimoni berkenaan SRITI di Threads dan terkejut komen-komen postif dari ibu bapa.

Siapa nak hantar anak ke SRITI? Boleh tanya soalan atau kasi tahu lokasi kalau min free nanti min akan respond.

Address

Pejabat PAS Kawasan Maran, 83, Lorong Masjid
Maran
26500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Maran - DPPKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share