Sayangi Parlimen Maran

Sayangi Parlimen Maran Parlimen Maran BERSAMA MEMBANGUN

16/09/2020

Selamat Hari Malaysia Buat Seluruh Rakyat Malaysia.. "Di Sini Kaki Kita Berpijak, Disini juga Langit ini Kita Junjung, Bersatunya kita semua Sebagai Rakyat Malaysia!"

16/08/2020
Pakai pelitup muka demi mengurangkan risiko jangkitan covid19 ketika berada di tempat awam yang sesak.   #
02/08/2020

Pakai pelitup muka demi mengurangkan risiko jangkitan covid19 ketika berada di tempat awam yang sesak.



#

Pakai pelitup muka, bantu selamatkan negara daripada gelombang ketiga

Semalam, 1 Ogos 2020 telah berkuatkuasa satu peraturan baharu dalam norma baharu yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak.

Media melaporkan majoriti orang ramai mematuhi peraturan baharu itu berdasarkan tinjauan di beberapa lokasi tumpuan utama di ibu negara dan Georgetown sehinggalah ke Gua Musang.

Namun, ada juga yang ingkar dan dikenakan tindakan oleh PDRM seperti di Butterworth dan Port Dickson.

Kerajaan telah umumkan peraturan baharu pada 23 Julai lalu bagi memberi masa kepada orang ramai bersiap sedia dan membiasakan diri.

Peraturan itu dikuatkuasa mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988), jika ingkar boleh didenda RM1,000.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM menguatkuasa sepenuhnya peraturan baharu itu.

Katanya, PDRM mengguna pendekatan budi bicara dan berhemah untuk pastikan tiada unsur penganiayaan.

PDRM akan memberi nasihat dan teguran terlebih dahulu sebelum tindakan kompaun kepada yang ingkar, kata Abdul Hamid seperti yang dilaporkan Berita Harian.

PDRM mengetuai Pas**an Petugas Operasi Pematuhan SOP yang ditubuhkan kerajaan.

Pelitup muka berkesan mencegah risiko jangkitan sehingga 60% susulan penemuan terbaharu virus itu boleh disebarkan melalui udara.

Pelitup muka diwajibkan di tempat awam sesak ekoran penjarakan fizikal semakin s**ar selepas semua sektor ekonomi dibuka hampir sepenuhnya bermula 10 Jun lalu.

Tempat atau lokasi yang bebas dimasuki atau dikunjungi orang awam tanpa halangan adalah tempat awam.

Jika tempat itu dipenuhi orang awam yang tiada penjarakan fizikal, secara automatik orang awam wajib memakai pelitup muka.

Antara kawasan awam itu pasar tani, pasar raya, taman rekreasi dan tempat pelancongan. Peraturan ini juga terpakai di semua pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan perkhidmatan e-hailing (rujukan Majlis Keselamatan Negara)

Di beberapa negara, kes kembali meningkat selepas perintah berkurung atau darurat atau kawalan pergerakan ditamatkan dan sektor ekonomi dibuka semula seperti di Australia, Hong Kong, Jepun, Jerman, India dan Sepanyol.

Mengambil pengajaran daripada kejadian itu dan mengelak gelombang ketiga COVID19, kerajaan atas nasihat KKM mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak.

Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter masih ditekankan KKM kerana ia langkah pencegahan paling berkesan selain amalan lain seperti kerap mencuci tangan dengan betul dan berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.

Dalam pesanan khas sempena penguatkuasaan peraturan baharu, Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba menjelaskan hanya 4 kategori orang tidak boleh pakai pelitup muka iaitu:

1. Kanak-kanak bawah 2 tahun
2. Mereka yang s**ar bernafas
3. Individu yang tidak sedarkan diri
4. Orang kurang upaya yang tidak mampu menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Negara kita telah berjaya mengharungi gelombang pertama dan kedua COVID19 dan kita tidak sanggup untuk berdepan gelombang ketiga apatah lagi PKP.

Kita semua perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk melawan wabak ini kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh, nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kita perlu menjaga diri sendiri daripada dijangkiti virus COVID19 dengan mematuhi semua SOP termasuk memakai pelitup muka di tempat sepatutnya.

Tindakan kita ini secara langsung membantu menyelamatkan negara daripada gelombang ketiga.

Admin-

Peringatan: Gambar hiasan ini diambil dari Berita Harian ketika operasi pematuhan SOP. Tidak dinyatakan mereka dalam gambar ini dikenakan tindakan kompaun. Justeru, komen yang ditulis secara melulu berdasarkan gambar ini akan dipadam.

02/08/2020

Satu kes baharu dari Kluster PUI Sivagangga di Kedah dilaporkan semalam, 1 Ogos.

Kes melibatkan warganegara ini adalah kes pertama dari generasi kedua dalam kluster itu.

Kluster ini bermula dari kes import dan menular menjadi jangkitan tempatan.

31/07/2020

Salam Aidil Adha 1441H / 2020M

تقبل الله منَّا ومنكم

Firman Allah S.W.T;

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”

(al Haj: 37)

https://www.facebook.com/125074957541518/posts/3000810379967947/
28/07/2020

https://www.facebook.com/125074957541518/posts/3000810379967947/

1. Nabi manakah yg lari drp perjuangan dan tugasan drp perintah Allah?Tidak ada nabi yg lari meninggalkan perintah Allah swt walaupun beratus tahun berdakwah sehingga dibunuh.Mengistilahkan Nabi saw lari adalah sgt kurang sopan.Sedangkan perintah berhijrah adalah datangnya drp Allah swt.Brp ramai para Nabi yg dibunuh dlm menyampaikan risalah Allah swt.?Mereka diseksa dibunuh malah Nabi Mohd saw yg paling keras ditentang oleh org Quraisy di Mekah.Nabi Mohd saw tidak lari tetapi diperintahkan utk berhijrah oleh Allah swt.Nabi saw bersabda:

أُمِرْتُ بِقَرْيَةٍ تَأْكُلُ القُرَى، يَقُولُونَ يَثْرِبُ، وَهِيَ المَدِينَةُ، تَنْفِي النَّاسَ كَمَا يَنْفِي الكِيرُ خَبَثَ الحَدِيدِ

Maksudnya: Aku diperintahkan untuk berhijrah ke sebuah kota yang akan mengalahkan kota-kota lain. Kota itu disebut Yathrib. Itulah Madinah. Kota itulah yang akan membersihkan manusia (daripa segala keburukan dan kemusyrikan) sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi.

2.Nabi saw sgt2 dialu2kan oleh penduduk Madinah utk berhijrah ke sana seterusnya membina sebuah negara Islam pertama. Bukankah berlaku baiah antara Nabi saw dgn org2 Madinah di musim haji utk menjadikan Islam sbg asas kpd pembentukan sebuah negara. Baiah Aqabah inilah yg terjadi selepas beberapa kali rombongan Madinah melihat perjuangan Nabi saw. Mana boleh dikatakan pelarian kalau adanya baiah dan undangan serta persetujuan bersama?
Adakah negara dlm dunia ini menjemput pelarian utk dijadikan pemimpin negara mrk?

3.Fahami tentang perintah dan hikmah utk berhijrah.. Nabi bukan berhijrah utk wang kemewahan dunia ttp utk menyebarkan Islam. Dan akhirnya Islam kembali ke Mekah dan seluruh penduduk Mekah menerima Islam.Kalau pelarian apa dia peduli dgn negara asalnya? Tetapi tidak kpd Nabi sehinggalah Nabi membuka kembali Mekah dgn penuh keamanan.

4. Penduduk Quraisy yg pada awalnya menolak malah hendak membunuh Nabi saw. Anda semua tahu bukan apa sejarah yg berlaku kpd umat yg menentang para nabi dan rasul? Negeri mereka dimusnahkan bukan? Malah akibat penentangan kpd nabi mereka lalu didatangkan banjir besar yg memusnahkan?Ada hikmah Allah perintahkan nabi berhijrah ke Madinah.. bayangkan apa yg terjadi jika Allah menurunkan bala bencana kpd penduduk Mekah krn menentang Nabi saw. Bayangkan jika Nabi memohon doa kpd Allah utk diturunkan bala ke atas penduduk Mekah? Tetapi krn bumi Mekah adalah tanah suci, terdapat tanda2 kebesaran Allah disitu, terdapat perintah agung Islam disitu spt ibadat haji dsbnya maka Allah perintahkan Nabi berhijrah ke Madinah. Inilah tanda kasih Allah kpd kita semua, tanda kasih sayang Nabj kpd kita.. sanggup mengorbankan dirinya berjuang bersusab payah utk kita sehingga membolehkan kita beribadat kpd Allah di bumi Mekah smpi kiamat.

4. Sayangilah Nabi saw, jgn diletakkan kedudukan nabi dlm keadaan yg sama dgn manusia biasa. Hijrah Nabi dinanti2kan, dimuliakan dan akhirnya Madinah menjadi mulia kerana hijrah Nabi saw. Nabi saw pernah berdoa:اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَيْ مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنَ البَرَكَةِ

Maksudnya: Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Makkah.Jangan disamakan dengan pelarian yg melarikan diri dgn pelbagai alasan.Jangan katakan Nabi nak melarikan diri malah para sahabat tidak berganjak drp meninggalkan Mekah walau dibunuh dan diseksa namun mereka tetap mempertahankan iman sehinggalah perintah berhijrah sampai iaitu berhijrah sekumpulan kecil ke Habsyah dan selepas itu ke Madinah.Sahabat pun x lari inikan pulak Nabi.. sampai hati kata Nabi saw sbg pelarian.Kita tidak menghina pelarian tetapi kita tidak setuju Nabi dihina sbg pelarian.
5. Mmg saya insan yg jahil yg cetek ilmu.. tetapi itu tidak boleh menjadi penghalang utk mempertahankan Nabi saw. Drp hijrah Nabi saw itulah membentuk Piagam Madinah yg menjadi asas dlm pembentukan sebuah negara apatah lg negara yg dihuni oleh pelbagai kaum dan kepercayaan. Sepatutnya Piagam Madinah itulah yg ditiru oleh kita bagaimana ingin mentadbir krn ianya dibawa oleh Nabi saw tetapi apabila dikatakan Nabi itu jgk sbg pelarian dibimbangi kesan kpd masyrakat yg tidak memahami hal sebenar dan golongan yg tidak pandai menghormati Islam akan menggunakan hujah ini utk menolak, menghina dan memperlekehkan Nabi saw.
6.Surah An Nur 63

تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Janganlah kamu jadikan panggilan Rasul diantara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih.
Hormatilah Rasul, jgn diletakkan kerendahan dan sesuatu yg tidak layak ka atas Nabi saw.Gunakanlah perkataan hijrah ke atas baginda kerana kemuliaan Nabi saw. Kalau kita pun tidak s**a dikatakan kpd kita sbg pelarian knp kita boleh gunakan perkataan itu atas Nabi saw.

7. Sayangilah Nabi saw melebihi makhluk yg lain kerana itu ialah syarat kesempurnaan iman. Siapapun tidak boleh mengatasi kemuliaan Nabi. Kalau salah tetap kena kata salah kalau betul kita kata betul.Nabi saw pemberi syafaat disana dgn izin Allah, jgn lupa baginda kekasih Allah. Jgn smpi taksub kpd sesorng menjadikan kita hilang kasih sayang ke atas Nabi saw.Nabi saw bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ ‏‏
Daripada Abu Hurairah Radiallahu’anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

Demi zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidaklah di antara kamu beriman sehingga aku lebih dicintai daripada orang tua dan anaknya.
Saya bukan berpolitik cuma sy x s**a melihat dan mendengar nama Nabi saw digunakan dgn cara tidak betul. Nabi mengajar kita bersopan.. maka bersopanlah. Termasuklah bersopan di dlm memberi komentar.Maka segala komen adalah tanggungjawab para netizen sendiri.Harap maaf.

Address

Maran

Telephone

+6094777562

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sayangi Parlimen Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share