SMK Maran (official)

SMK Maran (official) “ BELAJAR, BEKERJA, BERBAKTI “

SMK Maran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Komuniti Paya Besar Cawangan Maran atas kerjasama da...
07/05/2026

SMK Maran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Komuniti Paya Besar Cawangan Maran atas kerjasama dan jemputan menyertai Kursus Rekabentuk Baju Menggunakan Adobe Illustrator yang berlangsung pada:

📅 6 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi – 4.00 petang
📍 Makmal Aplikasi, Kolej Komuniti Paya Besar Cawangan Maran

Seramai 3 orang guru TVET dan 10 orang pelajar kelas 5 TVET SMK Maran menyertai program ini.

Program ini memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk menambah ilmu serta kemahiran dalam bidang rekabentuk digital, khususnya penggunaan Adobe Illustrator dalam penghasilan rekabentuk baju yang kreatif dan inovatif.

Semoga penyertaan ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kemahiran TVET dan kreativiti warga SMK Maran selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.


SIMPOSIUM PRS Tahap Sulung Peringkat Negeri di UITM Jengka 28 & 29 April 2026Tingkatan 51)Nurul Syazzlianie binti Sapie2...
01/05/2026

SIMPOSIUM PRS Tahap Sulung Peringkat Negeri
di UITM Jengka
28 & 29 April 2026

Tingkatan 5
1)Nurul Syazzlianie binti Sapie
2)Fatin Nur Qistina Qaisara binti saupi

Tingkatan 4
1)Amirul bin Lokman
2)Muhammad Ismail Amsyar bin Azman
3)Muhammad Asyraf Husaini bin Khairulhaidi

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli PRS SMK Maran atas kejayaan cemerlang🎉

👍 5 orang melangkah ke Peringkat Sulung (Negeri) dan 2 orang terpilih mewakili ke Peringkat Bestari (Kebangsaan);

Semoga terus maju cemerlang, mengharumkan nama SMK Maran dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan! 🌟

SMK MARAN PASTI BOLEH!!!!!

Program "Baca 10 Minit" sempena Dekad Membaca telah berjaya dilaksanakan pada 23 April 2025 dengan jayanya.Tahniah dan s...
23/04/2026

Program "Baca 10 Minit" sempena Dekad Membaca telah berjaya dilaksanakan pada 23 April 2025 dengan jayanya.

Tahniah dan syabas kepada warga SMK Maran.



JOM HADIR! MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MARAN & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.Satu langkah kecil kehadiran anda, satu lonjakan...
10/04/2026

JOM HADIR! MESYUARAT AGUNG PIBG SMK MARAN & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.

Satu langkah kecil kehadiran anda, satu lonjakan besar kejayaan anak-anak kita!

“Kecaknaan kita pencetus kejayaan anak-anak”

📅 Sabtu | 11 April 2026
🕑 8 pagi
📍 Dataran Ibnu Sina, SMK Maran

🎁 PELBAGAI CABUTAN BERTUAH MENARIK MENANTI ANDA!

💥 Ini bukan sekadar mesyuarat, pertemuan ini merupakan platform kita bersama membina masa depan anak-anak dengan lebih gemilang.

👨‍👩‍👧‍👦 Semua ibu bapa & penjaga dijemput hadir!

Kehadiran anda bukan sahaja dihargai, malah amat bermakna.

TAHNIAH & SYABAS WARGA SMK MARAN! Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas pencapaian ...
01/04/2026

TAHNIAH & SYABAS WARGA SMK MARAN!
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas pencapaian cemerlang keputusan SPM 2025 SMK Maran.
Untuk makluman semua, SMK Maran telah berjaya mencatat GPS 3.96, iaitu catatan terbaik dalam sejarah pencapaian SPM sekolah sejak ditubuhkan. Satu kejayaan yang amat membanggakan buat seluruh warga sekolah dan komuniti Maran.
Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada:
• Barisan pentadbir sekolah
• Guru-guru yang komited dan berdedikasi
• Staf sokongan yang sentiasa membantu
• Ibu bapa dan penjaga yang tidak putus memberi sokongan
• Para murid yang berusaha gigih
• Serta seluruh komuniti Maran yang sentiasa bersama kami
Penghargaan khas kepada PPD Maran, khususnya Puan Hazora Ismail (SIPartner) yang juga mantan Pengetua SMK Maran, atas bimbingan, sokongan dan dorongan berterusan kepada pihak sekolah dalam memperkukuh kualiti PdP serta persediaan calon SPM.
💐 Penghargaan khas juga kepada pihak PIBG atas sumbangan dan sokongan yang amat bermakna, sama ada dari segi kewangan mahupun moral. Bantuan ini telah banyak membantu memperkukuh pelaksanaan PdP serta persediaan calon SPM, sehingga kita mampu mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, doa yang berterusan serta sokongan padu daripada semua pihak.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
SMK MARAN PASTI BOLEH!

😊Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhdan Salam Aidilfitri yang penuh keberkatan.... Segala puji dipanjatkan ke had...
20/03/2026

😊Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Aidilfitri yang penuh keberkatan....

Segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita diberi kesempatan untuk merasai kemanisan Syawal setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh pengorbanan.

Firman Allah SWT:

"فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا"
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah Al-Insyirah: 6)

Semoga setiap ujian, kepayahan dan pengorbanan yang telah kita lalui sepanjang Ramadan menjadi asbab kepada keampunan dan rahmat-Nya, serta digantikan dengan ketenangan dan kebahagiaan di hari kemenangan ini.

Di kesempatan yang mulia ini, saya selaku Pengetua SMK Maran bersama barisan pentadbir dengan penuh rasa rendah hati ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh warga sekolah, para guru, staf, ibu bapa serta anak-anak pelajar yang dikasihi.

Andai ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah laku sepanjang kita bersama menempuh hari-hari di bumi ilmu ini, kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan.
Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh, disirami kasih dan dihiasi dengan keikhlasan.

Dalam sinar Syawal ini, marilah kita membuka lembaran baharu dengan hati yang bersih, jiwa yang tenang, dan tekad yang lebih jitu untuk terus melakar kecemerlangan bersama.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna mengubat rindu, menyatukan yang terpisah, dan menyembuhkan luka yang tidak terlihat.

Akhir kata,
SMK Maran Pasti Boleh!

Salam lebaran penuh keinsafan,

❤️Ikhlas daripada❤️

Pengetua SMK Maran
dan barisan pentadbir

Takbir Raya Warga SMK MARAN Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin.
20/03/2026

Takbir Raya Warga SMK MARAN Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin.

Filem Pendek "Seindah Syawal" Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 telah disiarkan di saluran Media Sosial Youtube...
17/03/2026

Filem Pendek "Seindah Syawal" Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 telah disiarkan di saluran Media Sosial Youtube dan tiktok TV PSS SMK MARAN. Jom sama-sama kita saksikan dan jangan lupa follow dan subscribes channel yang dihasilkan oleh murid-murid SMK Maran. Terima kasih.

FILEM PENDEK – Seindah SyawalMengisahkan tentang dua orang adik-beradik yatim yang diuji dengan sebuah pilihan—antara keinginan dan kejujuran. Saat mereka me...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan warga SMK Maran 😊Tadi saya belek-belek album lama sekolah, tiba-tiba terjumpa gambar ...
17/03/2026

Assalamualaikum dan salam Ramadhan warga SMK Maran 😊
Tadi saya belek-belek album lama sekolah, tiba-tiba terjumpa gambar nostalgia… Majlis Khatam al-Quran & Berbuka Puasa SMK Maran (1995). Masya-Allah, kenangan lama yang buat rasa rindu suasana Ramadhan di sekolah kita dulu.
Kepada alumni SMK Maran—ada yang “wajah-wajah familiar” dalam gambar ni tak? Kalau ada, jom tinggalkan komen: tahun berapa batch, siapa yang masih ingat majlis ni, atau apa-apa cerita menarik masa tu.
Mari kita hidupkan semula memori indah SMK Maran 💛
SMK Maran Pasti Boleh!

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Warga SMK MARAN. Jom Saksikan sebuah Filem Pendek “SEINDAH SYAWAL” hasil karya guru ...
16/03/2026

Assalamualaikum dan salam Sejahtera Warga SMK MARAN. Jom Saksikan sebuah Filem Pendek “SEINDAH SYAWAL” hasil karya guru dan murid SMK MARAN sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. Jom follow dan subcribes media social TV PSS SMK MARAN.

LINK TEASER FILEM PENDEK : https://www.tiktok.com/.pss.smkm/video/7617692038573657364

LINK TIKTOK : https://www.tiktok.com/.pss.smkm

LINK YOUTUBE : https://www.youtube.com/

Sama-sama kita mempromosikan aktiviti Warga SMK MARAN, Terima kasih.

Check out TV PSS SMKM’s video.

Address

SMK MARAN, MARAN DARUL MAKMUR
Maran
26500

Telephone

+6094771243

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Maran (official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share