JPKK Kg. Sentosa

JPKK Kg. Sentosa Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sentosa, Maran, Pahang

"Berkhidmat untuk Agama, Bangsa, dan Negara"
"Muafakat membawa Berkat"

πŸͺ”βœ¨PESTA PELITA RAYA PAHANG - HOMESTAY KAMPUNG SENTOSA✨πŸͺ”πŸ“… Tarikh : 13hb Mac 2026πŸ“ Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Sent...
16/03/2026

πŸͺ”βœ¨PESTA PELITA RAYA PAHANG - HOMESTAY KAMPUNG SENTOSA✨πŸͺ”

πŸ“… Tarikh : 13hb Mac 2026
πŸ“ Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Pesta Pelita Raya Pahang 2026 – Homestay Kampung Sentosa telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah pada 13hb Mac 2026 yang bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa.

Pihak JPKK Kampung Sentosa menzahirkan rasa amat bersyukur dan berbangga atas kejayaan penganjuran program ini yang telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelbagai pihak serta warga kampung.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini, khususnya Ahli Jawatankuasa Pesta Pelita Raya Kampung Sentosa, yang terdiri daripada:
Penghulu Mukim Chenor Bandar, JPKK Kampung Sentosa, Persatuan Pengusaha Homestay Kampung Sentosa, WADIRA Gugusan Felcra Sentosa, SK Sentosa, NADI Kampung Sentosa, KRT Kampung Sentosa, TABIKA KEMAS Kampung Sentosa, Pusat Sumber KEMAS Kampung Sentosa, Galeri M Warna, Masjid Al-Ehsan Kampung Sentosa, Polis Diraja Malaysia Daerah Maran, Bomba Daerah Maran serta Pejabat Kesihatan Daerah Maran.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada seluruh warga penduduk Kampung Sentosa yang turut hadir memeriahkan suasana pada malam tersebut. Kehadiran dan sokongan semua telah menjadikan program ini lebih bermakna dan penuh dengan kemeriahan.

Semoga semangat kebersamaan ini akan terus mekar dan menjadi inspirasi untuk kita terus bekerjasama dalam menjayakan lebih banyak program komuniti pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kampung kita, kebanggaan kita.✨πŸͺ”

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA"
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

πŸŒ™βœ¨PROGRAM PESTA PELITA RAYA PAHANGπŸŽ‰πŸŽ†Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Kampung SentosaDengan penuh rasa sukacita,...
09/03/2026

πŸŒ™βœ¨PROGRAM PESTA PELITA RAYA PAHANGπŸŽ‰πŸŽ†

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Kampung Sentosa

Dengan penuh rasa sukacita, pihak JPKK Kampung Sentosa mewakili Jawatankuasa Program Pesta Pelita Raya Pahang Kg. Sentosa ingin menjemput seluruh warga penduduk Kampung Sentosa untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Pelita Raya Pahang yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 13hb Mac 2026
⏰ Masa: 10.00 malam
πŸ“ Tempat: Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa

Untuk makluman semua, program ini adalah satu pertandingan anjuran Tourism Pahang & MOTAC Pahang. Penyertaan pertandingan ini melibatkan kesemua 11 daerah dalam Negeri Pahang serta 19 kluster Pengusaha Homestay Negeri Pahang dan Kampung Sentosa terpilih untuk mewakili Daerah Maran.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan suasana malam dengan cahaya pelita, mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kejiranan dalam komuniti kita. Kehadiran Ybhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan sekeluarga amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi program ini. Makan moreh juga akan disediakan.

β€œBersama kita menyinari malam, bersama kita mengukuhkan ukhwah.”

Jumpa anda di sana! 🌟

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA"
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

28/02/2026

Ucapan dari Dato' Jisshaelyz Hamzah, Penyelaras Dun Luit dan Tokpat Kintan Ma, Pengerusi JPKK Kg. Sentosa selepas selesai Kejohanan Futsal Remaja Kg. Sentosa Edisi Bulan Ramadhan 2026.

Ribuan terima kasih kepada Dato' Jisshaelyz atas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada warga Kg. Sentosa. Terima kasih juga kepada semua yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.

βš½πŸŒ™ PROGRAM KEJOHANAN FUTSAL REMAJA KG. SENTOSA EDISI BULAN RAMADHAN 2026 πŸ†βœ¨πŸ“† Tarikh: 28hb Februari 2026πŸ“ Tempat: Padang ...
28/02/2026

βš½πŸŒ™ PROGRAM KEJOHANAN FUTSAL REMAJA KG. SENTOSA EDISI BULAN RAMADHAN 2026 πŸ†βœ¨

πŸ“† Tarikh: 28hb Februari 2026
πŸ“ Tempat: Padang Futsal Kg. Sentosa

Dengan penuh sukacita, pihak JPKK Kg. Sentosa melalui Biro Belia, Sukan & NGO JPKK Kg. Sentosa telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Remaja Kg. Sentosa Edisi Bulan Ramadhan yang berlangsung dengan penuh meriah di Padang Futsal Kg. Sentosa.

Kejohanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para remaja serta sokongan padu komuniti setempat. Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia khususnya di bulan yang penuh keberkatan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Dato' Jisshaelyz Hamzah, Penyelaras DUN Luit atas kesudian menghadiri dan memeriahkan kejohanan ini serta atas sumbangan hadiah hamper kepada para pemenang. Sokongan dan keprihatinan beliau amatlah dihargai.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pasukan yang telah menyertai kejohanan ini, khususnya kepada para pemenang yang telah mempamerkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus aktif dalam aktiviti sihat dan bermanfaat.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi pembangunan belia dan kesejahteraan komuniti Kg. Sentosa. πŸ’ͺβš½πŸ…

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA"
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"



πŸŒ™βœ¨ PROGRAM BERBUKA PUASA PERDANA JPKK KG. SSENTOSA BERSAMA ANAK MUDA & BELIA KG. SENTOSA 2026 πŸ€πŸ˜οΈπŸ“† Tarikh: 28hb Fabruari...
28/02/2026

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM BERBUKA PUASA PERDANA JPKK KG. SSENTOSA BERSAMA ANAK MUDA & BELIA KG. SENTOSA 2026 🀝🏘️

πŸ“† Tarikh: 28hb Fabruari 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tempat: Halaman Kediaman Encik Razali, Kg. Sentosa

Alhamdulillah, pihak JPKK Kg. Sentosa telah menganjurkan Program Berbuka Puasa Perdana JPKK Kg. Sentosa Bersama Anak Muda & Belia Kg. Sentosa yang bertempat di kediaman Encik Razali.

Program ini telah menghimpunkan anak muda dan belia kampung dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk. Selepas berbuka puasa, para hadirin turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Terima kasih kepada tuan rumah, Encik Razali yang sudi menyediakan halaman rumah untuk menjayakan program ini. Ucapan syabas juga kepada anak muda & belia kampung yang bersama-sama memeriahkan suasana.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memperkukuhkan perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga Kampung Sentosa. 🀲✨

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA"
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK TAHFIZ SENTOSA βœ¨πŸŒ™πŸ“… Tarikh: 25hb Mac 2026 (Rabu)πŸ“ Tempat: Mahaad Tahfiz Al Qur...
25/02/2026

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK TAHFIZ SENTOSA βœ¨πŸŒ™

πŸ“… Tarikh: 25hb Mac 2026 (Rabu)
πŸ“ Tempat: Mahaad Tahfiz Al Quran Al Usmaniah Sentosa

Alhamdulillah, pihak JPKK Kg. Sentosa telah menganjurkan Program Berbuka Puasa bersama anak-anak di Maahad Tahfiz Al Quran Al Usmaniah Sentosa.

Program ini diadakan sebagai tanda sokongan dan kasih sayang kepada anak-anak tahfiz, di samping merebut keberkatan bulan Ramadan yang mulia.

Semoga dengan penganjuran program ini, kita semua beroleh keberkatan, rahmat dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, NEGARA"
"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

25/04/2025

Selamat datang ke laman Facebook rasmi JPKK Kg. Sentosa

Address

Pejabat JPKK Kampung Sentosa, Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa, Kampung Sentosa
Maran
26500

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg. Sentosa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share