AADK Daerah Maran, Pahang

AADK Daerah Maran, Pahang LEBIH BAIK CEGAH
Terkawal 2025
Dadah Tanggungjawab Bersama

AADK DAERAH MARAN HADIR MERIAHKAN ACARA POTONG RIBEN PONDOK DARVIH SK SEKARA.Sekara, 20 Ogos 2026– Agensi Antidadah Keba...
20/08/2026

AADK DAERAH MARAN HADIR MERIAHKAN ACARA POTONG RIBEN PONDOK DARVIH SK SEKARA.

Sekara, 20 Ogos 2026– Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Maran telah menghadiri acara potong riben Pondok DARVIH ( Bahaya Dadah, Alkohol, Rokok, V**e, Inhalan dan Hiv/AIDS ) Sekolah Kebangsaan Sekara.

Pondok DARVIH yang membawa mesej pencegahan terhadap Dadah, Alkohol, Rokok, V**e, Inhalan dan HIV/AIDS merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah dalam memperkukuhkan pendidikan serta kesedaran murid terhadap pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan, keselamatan dan masa depan mereka.

AADK Daerah Maran diwakili oleh Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, Mohd Fitri Harris bin Ibrahim, yang hadir mewakili Ketua Daerah AADK Daerah Maran.

Kehadiran AADK Daerah Maran dalam acara tersebut mencerminkan sokongan berterusan agensi terhadap usaha pihak sekolah dalam memperkasakan Program PPDa, khususnya melalui penyediaan ruang pembelajaran dan penyampaian mesej pencegahan yang lebih dekat dengan murid.

Pondok PPDa Anti DARVIH ini diharap dapat dimanfaatkan sebagai medium pendidikan kepada warga sekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta amalan dan gaya hidup yang berisiko.

Kerjasama erat antara AADK Daerah Maran dan pihak Sekolah Kebangsaan Sekara juga diharap dapat terus diperkukuhkan bagi melaksanakan pelbagai program pencegahan secara berterusan demi melahirkan generasi muda yang sihat, berdisiplin, berdaya tahan dan bebas daripada dadah serta gejala sosial.

AADK Daerah Maran kekal komited untuk terus menyokong inisiatif institusi pendidikan dalam usaha memperkasakan pendidikan pencegahan dadah dan membentuk persekitaran sekolah yang selamat serta kondusif untuk perkembangan murid.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Rugi kalau terjebak. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.






AADK DAERAH MARAN DAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKARA METERAI JALINAN KERJASAMA PINTARSekara, Maran, 20 Ogos 2026– Agensi Anti...
20/08/2026

AADK DAERAH MARAN DAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKARA METERAI JALINAN KERJASAMA PINTAR

Sekara, Maran, 20 Ogos 2026– Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Maran dan Sekolah Kebangsaan Sekara terus memperkukuhkan hubungan strategik menerusi Majlis Menandatangani Sijil Jalinan Kerjasama Pintar yang berlangsung di Dewan Al-Farabi, sekolah tersebut.

Majlis tersebut menyaksikan SK Sekara diwakili oleh Guru Besar, Puan Shamsiah binti Salim, manakala AADK Daerah Maran diwakili oleh Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam, Mohd Fitri Haris bin Ibrahim, yang hadir mewakili Ketua Daerah AADK Daerah Maran.

Jalinan kerjasama pintar ini merupakan satu inisiatif bagi merapatkan hubungan antara SK Sekara dengan pihak AADK Daerah Maran, di samping mewujudkan peluang kerjasama yang lebih luas dalam pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah.

Kerjasama tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kecemerlangan serta membangunkan potensi kemenjadian murid-murid SK Sekara, khususnya melalui program yang dapat membentuk sahsiah, jati diri, disiplin serta daya tahan murid dalam menghadapi cabaran semasa.

Melalui jalinan kerjasama ini, AADK Daerah Maran dan SK Sekara diharap dapat terus berganding bahu dalam melaksanakan program pembangunan murid, termasuk usaha memperkukuhkan pendidikan dan kesedaran pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid.

Majlis berkenaan mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam membina jaringan kerjasama yang kukuh dan berterusan demi melahirkan generasi murid yang cemerlang, berakhlak, berdaya saing serta mempunyai potensi kemenjadian yang positif.

AADK Daerah Maran akan terus komited menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan dalam memperkasakan usaha pencegahan dadah dan pembangunan generasi muda selaras dengan aspirasi melahirkan masyarakat yang sihat, sejahtera dan bebas daripada dadah.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Rugi kalau terjebak. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.






AADK DAERAH MARAN MERIAHKAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa ) SEKOLAH KEBANGSAAN SEKARA 2026Sekara, Maran, 20 O...
20/08/2026

AADK DAERAH MARAN MERIAHKAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa ) SEKOLAH KEBANGSAAN SEKARA 2026

Sekara, Maran, 20 Ogos 2026– Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Maran telah memenuhi jemputan pihak Sekolah Kebangsaan Sekara bagi menjayakan program Anti Dadah, Alkohol, Rokok, V**e, Inhalan dan Hiv/Aids (DARVIH) sempena Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang diadakan di sekolah berkenaan.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta membentuk sikap dan jati diri yang positif agar mereka mampu menjauhi gejala penyalahgunaan dadah sejak di bangku sekolah.

Pengisian utama program dimulakan dengan ceramah antidadah bertajuk “Dadah Membunuh: Tak Nak, Tak Payah…” yang disampaikan oleh penceramah daripada Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam (PCKA) AADK Daerah Maran, Nor Shaheedah binti Che Abd Manan.

Dalam ceramah tersebut, para murid diberikan pendedahan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, kesan negatif terhadap diri, keluarga dan masa depan serta kepentingan membuat pilihan yang bijak dengan menjauhi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah.

Selain ceramah, program turut dimeriahkan dengan pameran antidadah, kuiz spontan antidadah serta edaran risalah antidadah kepada warga sekolah. Aktiviti berkenaan dilaksanakan secara interaktif bagi menarik minat murid dan memberikan kefahaman yang lebih mudah mengenai mesej pencegahan dadah.

Penglibatan AADK Daerah Maran dalam program tersebut diharap dapat memperkukuhkan kerjasama strategik antara AADK dan pihak sekolah dalam usaha memperkasakan pendidikan pencegahan dadah serta melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, berdaya tahan dan bebas daripada ancaman dadah.

AADK Daerah Maran terus komited dalam memperluaskan pendidikan pencegahan dadah kepada golongan pelajar sebagai usaha membentuk generasi masa hadapan yang sihat, selamat dan bebas daripada dadah.

____________________________________________________________________________________________________

Rugi kalau terjebak. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.






AADK TUBUHKAN UNIT DRON, KUKUHKAN PEMANTAUAN 'HOTSPOT' SALAH GUNA DADAH.PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) me...
19/08/2026

AADK TUBUHKAN UNIT DRON, KUKUHKAN PEMANTAUAN 'HOTSPOT' SALAH GUNA DADAH.

PUTRAJAYA: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan serta meningkatkan keupayaan penguatkuasaan terutama di kawasan panas penyalahgunaan dadah.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan serta meningkatkan keupayaan penguatkuasaan terutama di kawasan panas penyalahgunaan dadah.

LEBIH 2000 INDIVIDU SUKARELA DAPAT RAWATAN DADAH.PUTRAJAYA: Sebanyak 2,145 individu secara sukarela mendapatkan rawatan ...
19/08/2026

LEBIH 2000 INDIVIDU SUKARELA DAPAT RAWATAN DADAH.

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,145 individu secara sukarela mendapatkan rawatan sejak Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) dikuatkuasakan pada Ogos tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata daripada jumlah itu, 1,401 individu menjalani rawatan komuniti manakala 744 lagi menerima rawatan institusi, sekali gus menunjukkan perkembangan positif penguatkuasaan akta tersebut.

Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkata akta berkait rawatan dan pemulihan mula tunjuk keberhasilan sejak kuat kuasa Ogos tahun lalu.

AADK DAERAH MARAN TURUT SAMA MERIAHKAN KARNIVAL KOPERASI MADANI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI JAYA 2026.MARA...
19/08/2026

AADK DAERAH MARAN TURUT SAMA MERIAHKAN KARNIVAL KOPERASI MADANI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI JAYA 2026.

MARAN, PAHANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Maran telah mengambil bahagian dalam Karnival Koperasi Madani peringkat Smk Sri Jaya yang telah diadakan di sekolah tersebut, dengan mengadakan ceramah pencegahan dadah serta pameran antidadah kepada warga sekolah dan pengunjung karnival tersebut.

Ceramah yang bertajuk “Remaja Bijak Tanpa Dadah. Bagaimana Mengatakan Tidak!” disampaikan oleh Ketua Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK Daerah Maran, Mohd Fitri Harris bin Ibrahim.

Ceramah tersebut memberi penekanan kepada kepentingan golongan remaja membuat pilihan yang bijak serta berani menolak sebarang bentuk pengaruh yang boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah. Para pelajar turut diberikan pendedahan mengenai faktor risiko, kesan penyalahgunaan dadah terhadap diri, keluarga dan masa depan, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjauhi gejala tersebut.

Selain ceramah, AADK Daerah Maran turut mengadakan pameran antidadah sebagai medium pendidikan dan kesedaran kepada para pelajar. Pameran tersebut memberi peluang kepada warga sekolah dan pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan bahaya dadah, pencegahan penyalahgunaan bahan serta peranan masyarakat dalam membanteras masalah dadah.

Penglibatan AADK Daerah Maran dalam Karnival Koperasi Madani ini mencerminkan komitmen agensi dalam memperkukuh usaha pencegahan dadah di peringkat sekolah, khususnya dalam membentuk generasi remaja yang berilmu, berdaya tahan dan mampu membuat keputusan yang positif.

Melalui pendekatan pendidikan, penerangan dan interaksi bersama pelajar, AADK berharap mesej “Remaja Bijak Tanpa Dadah” dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian demi melahirkan generasi muda yang sihat, cemerlang dan bebas daripada ancaman dadah.

____________________________________________________________________________________________________

Rugi kalau terjebak. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.






Dulu masa kecil, kita fikir hidup dewasa mesti best,rasa bebas, ada duit sendiri dan boleh buat apa saja. Masa tu, semua...
18/08/2026

Dulu masa kecil, kita fikir hidup dewasa mesti best,rasa bebas, ada duit sendiri dan boleh buat apa saja. Masa tu, semua nampak seronok. Nak cepat besar, nak jadi “orang dewasa”.

Tapi bila dah dewasa… kerja bertimbun, bil menunggu, tanggungjawab menekan. Kadang rasa macam tengah “race”. Berlari tiap hari, tapi tak sampai ke mana..

Kadang rindu nak jadi budak kecil, main tanpa fikir masa depan, ketawa tanpa beban, tidur tanpa “deadline”.

Kebebasan sebenar bukan sekadar buat apa saja. Jiwa merdeka ialah bila kita pilih jalan yang membina, walaupun susah.

📌 Kalau boleh pilih satu masa, anda nak balik jadi budak sebentar atau terus hadapi realiti dewasa tapi lebih matang?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH ASPIRASI “DADAH TERKAWAL 2030”Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi b...
18/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH ASPIRASI “DADAH TERKAWAL 2030”

Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Ogos 2026 telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, hari ini bertempat di Auditorium, Aras 5, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diberi kepercayaan sebagai agensi penganjur bagi perhimpunan bulanan kali ini yang menjadi wadah memperkukuh semangat kebersamaan serta komitmen warga KDN dalam mendukung agenda keselamatan dan kesejahteraan negara.

Dalam amanatnya, YB Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa hala tuju negara kekal jelas, iaitu mewujudkan Masyarakat Malaysia Bebas Daripada Dadah.

Namun, ancaman dadah yang semakin kompleks menuntut pendekatan yang lebih dinamik, menyeluruh dan bersepadu.

Sehubungan itu, KDN dan AADK menetapkan aspirasi “Dadah Terkawal 2030” bagi memastikan penyalahgunaan dan penagihan dadah dapat ditekan melalui pendekatan holistik yang merangkumi aspek pencegahan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan serta kerjasama strategik.

Perhimpunan kali ini turut menyaksikan peluncuran KDN Gen AI Platform, Unit Dron AADK dan Pelan Strategik AADK 2026-2030, selain penyampaian Anugerah Ikon Merdeka 2026 KDN serta penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Jabatan.

Usai perhimpunan, YB Menteri Dalam Negeri turut meluncurkan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Kementerian Dalam Negeri Tahun 2026 yang membawa semangat patriotisme dan kebersamaan warga KDN.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.”

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman; Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh; serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri (KDN)





18/08/2026

PELUNCURAN PELAN STRATEGIK AADK 2026-2030

Pelan Strategik AADK 2026-2030 dilancarkan sebagai dokumen rujukan utama yang bakal menjadi panduan dalam memperkukuh usaha pencegahan, penguatkuasaan, rawatan dan pemulihan dadah sepanjang lima tahun akan datang.

Pelan ini mencerminkan komitmen berterusan AADK dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan, berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi negara ke arah mencapai matlamat Dadah Terkawal 2030.

Usaha membanteras ancaman dadah bukanlah tanggungjawab sesebuah agensi semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan serta komitmen seluruh lapisan masyarakat.

Bersama-sama, kita jayakan agenda Malaysia bebas daripada ancaman dadah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Mema...
18/08/2026

Ramai yang ingat secawan kopi tu 'ubat' untuk segala benda.
Mengantuk? Cari kopi. Tak fokus? Refill lagi satu cawan. Memang betul, kafein boleh bantu kita pusing sekejap untuk bagi tumpuan. Tapi kalau dah hari-hari 'bergantung' nyawa dengan kopi, kesannya akan terbalik.

Malam kita mula susah nak lelap, badan rasa gelisah, hujung-hujung fokus pun makin melayang. Kadang-kadang, badan kita bukan nak kafein sangat, dia cuma minta rehat yang cukup, air kosong dengan pemakanan yang betul. Sayangi badan dulu, baru kerja pun jalan.

📌 Anda p**a macam mana? Jenis 'pantang nampak kopi' atau sekadar minum sekali-sekala?

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

NO. 18-20, Lorong Maran Impian1, Taman Maran Impian
Maran
26500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Maran, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share