FELDA Puteri Malu - Jengka 13

FELDA Puteri Malu - Jengka 13 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from FELDA Puteri Malu - Jengka 13, Government Organization, Pejabat FELDA Jengka 13 (Puteri Malu), Maran.

Salam Aidilfitri 1447H ๐ŸŒ™Ikhlas daripada Samsuri bin Mohamad, Pengurus FELDA Jengka 13.Maaf Zahir & Batin ๐Ÿคโœจ
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H ๐ŸŒ™

Ikhlas daripada Samsuri bin Mohamad, Pengurus FELDA Jengka 13.

Maaf Zahir & Batin ๐Ÿคโœจ





Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jengka 13 ๐Ÿซฐ๐Ÿป
21/03/2026

Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Jengka 13 ๐Ÿซฐ๐Ÿป


PENYERAHAN BARANGAN KELENGKAPAN PROGRAM SELAMAT DATANG KE SEKOLAH 2026Tarikh        : 13 Mac 2026 (Jumaat)Tempat      : ...
17/03/2026

PENYERAHAN BARANGAN KELENGKAPAN PROGRAM SELAMAT DATANG KE SEKOLAH 2026

Tarikh : 13 Mac 2026 (Jumaat)
Tempat : Dewan Semalu SK(F)J13

FELDA dengan kerjasama Yayasan FELDA dan FGV Holdings Berhad selaku penyumbang utama kelengkapan persekolahan, telah menyediakan set kelengkapan persekolahan bagi Program Selamat Datang ke Sekolah Tahun 2026 untuk pelajar Tahun 1 di FELDA.

โœจ JOM SERTAI! PERTANDINGAN PELITA RAYA 2026 โœจSemarakkan suasana Ramadan dengan cahaya pelita yang penuh kreativiti! ๐ŸŒ™๐Ÿช”๐Ÿ“ฃ ...
28/02/2026

โœจ JOM SERTAI! PERTANDINGAN PELITA RAYA 2026 โœจ

Semarakkan suasana Ramadan dengan cahaya pelita yang penuh kreativiti! ๐ŸŒ™๐Ÿช”

๐Ÿ“ฃ Terbuka kepada semua penduduk Felda Jengka 13
๐ŸŽจ Tema bebas & kreatif โ€“ hias ikut idea masing-masing!
โญ Hadiah lumayan menanti sehingga RM300 + saguhati
๐Ÿ† ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐’•๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’๐’๐’–๐’” ๐‘น๐‘ด100 ๐’‹๐’Š๐’Œ๐’‚ ๐’•๐’Š๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’๐’๐’‚๐’“/๐’†๐’๐’†๐’Œ๐’•๐’“๐’Š๐’Œ 100%

Inilah peluang kita menghidupkan warisan, menceriakan kampung & merapatkan silaturrahim sepanjang Ramadan ๐Ÿค

๐Ÿ’ก Ayuh, hias rumah anda seindah mungkin dan sama-sama kita meriahkan malam Ramadan!

๐Ÿ“ฒ Sebarang pertanyaan boleh hubungi:011-3501 7380 Anem
boleh terus daftar :
1) nama
2) nombor rumah
3) blok

Jangan lepaskan peluang โ€” JOM SERTAI RAMAI-RAMAI! ๐Ÿช”โœจ




๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak ๐ŸŒ™Pengurusan Rancangan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Muba...
18/02/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak ๐ŸŒ™

Pengurusan Rancangan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh penduduk dan komuniti FELDA Jengka 13.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amalan, mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuhkan perpaduan dan meningkatkan rasa prihatin sesama jiran.

โœจ Selamat berpuasa dan semoga segala amal ibadah diterima Allah SWT. โœจ

Ikhlas daripada,
Pengurusan Rancangan FELDA Jengka 13


Selamat Tahun Baru Cina 2026 ๐Ÿงง๐ŸŽSemoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ...
16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026 ๐Ÿงง๐ŸŽ

Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah kepada keluarga peneroka Jengka 13 berbangsa Tionghua dan seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia amnya.

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus kukuh dalam komuniti kita.

Ikhlas daripada
Pengurusan FELDA Jengka 13


๐ŸŒŸ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐”๐’๐€๐‡๐–๐€๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ (๐€๐”๐…) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐‰๐„๐๐†๐Š๐€๐ŸŒŸ(Tahun Penilaian 2025)9 Februari 2026 | IsninUsahawan ...
10/02/2026

๐ŸŒŸ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐”๐’๐€๐‡๐–๐€๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ (๐€๐”๐…) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐–๐ˆ๐‹๐€๐˜๐€๐‡ ๐‰๐„๐๐†๐Š๐€๐ŸŒŸ(Tahun Penilaian 2025)

9 Februari 2026 | Isnin

Usahawan FELDA Jengka 13 telah terpilih untuk dinilai bagi mencari calon AUF 2026 mewakili FELDA Wilayah Jengka. Hanya 1 Calon AUF terbaik bagi setiap kategori sahaja yang akan mewakili wilayah ke peringkat seterusnya.

Anugerah Usahawan FELDA (AUF) merupakan sebuah program anugerah berprestij yang bertujuan mengiktiraf pencapaian usahawan dalam kalangan warga peneroka FELDA. Inisiatif ini juga mencerminkan usaha berterusan FELDA dalam melahirkan usahawan yang berwibawa, berdaya maju serta menjadi contoh dan inspirasi kepada pembangunan keusahawanan FELDA.

Uahawan yang mewakili FELDA Jengka 13 adalah seperti berikut:

๐Ÿ† Kategori Perniagaan
- AMF Enterprise (Perniagaan Kerepek Pisang - Pn. Khairul Nisak binti Mat Piah)

๐Ÿ† Kategori Luar Rancangan
- Butik Norfa Bandar Pusat Jengka (Butik Pengnatin, Noraini binti Abdul Rahim)

Terima kasih kepada Panel Penilai dari Cawangan Pembangunan Ekonomi Komuniti FELDA Wilayah Jengka iaitu Pn. Farah Syazwani binti Hasbullah (Penolong Pengarah Kanan) & Pn. Nur Abidah Binti Kasman (Penolong Pengarah). Turut serta Penyelaras Usahawan Rancangan, En. Muhammad Alif Azri bin Shukri.

Semoga Usahwan kita layak ke peringkat seterusnya.




๐‘ฎ๐’๐’•๐’๐’๐’ˆ ๐‘น๐’๐’š๐’๐’๐’ˆ ๐‘ท๐’†๐’“๐’–๐’Ž๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’Gotong royong membersihkan lanskap sepanjang jalan perumahan kakitangan telah diadakan...
08/02/2026

๐‘ฎ๐’๐’•๐’๐’๐’ˆ ๐‘น๐’๐’š๐’๐’๐’ˆ ๐‘ท๐’†๐’“๐’–๐’Ž๐’‚๐’‰๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’‚๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’

Gotong royong membersihkan lanskap sepanjang jalan perumahan kakitangan telah diadakan pada 7 Februari 2026 melibatkan semua penghuni rumah kakitangan bersama kepimpinan rancangan.

Keceriaan perumahan kakitangan FELDA sering menjadi penanda aras dan inspirasi bagi penduduk setempat dalam usaha menceriakan keseluruhan kawasan kampung. Amalan pengurusan landskap, kebersihan dan susun atur yang sistematik di kuarters kakitangan ini menjadi inspirasi mewujudkan persekitaran kampung yang bersih, indah dan ceria oleh warga peneroka untuk memperkasa imej rancangan.

๐™•๐™„๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™ƒ ๐™†๐™€๐™‹๐™„๐™ˆ๐™‹๐™„๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜พ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰Program Ziarah Kasih kepimpinan rancangan FELDA Jengka 13 telah diadakan pada 5 Februar...
08/02/2026

๐™•๐™„๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™ƒ ๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™ƒ ๐™†๐™€๐™‹๐™„๐™ˆ๐™‹๐™„๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜พ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐˜ผ๐™‰

Program Ziarah Kasih kepimpinan rancangan FELDA Jengka 13 telah diadakan pada 5 Februari 2026 merupakan inisiatif turun padang untuk menyantuni peneroka, golongan kurang berkemampuan dan pesakit terlantar. Ia bertujuan menjaga kebajikan, menyampaikan bantuan, serta mengeratkan hubungan mesra warga rancangan.

Lawatan Kerja Pengurus Rancangan ke Projek Stesen Minyak smart04 Februari 2026 Encik Samsuri Mohamad, Pengurus FELDA Jen...
08/02/2026

Lawatan Kerja Pengurus Rancangan ke Projek Stesen Minyak smart

04 Februari 2026

Encik Samsuri Mohamad, Pengurus FELDA Jengka 13 telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembinaan Stesen Minyak Smart (Kerjasama Koperasi rancangan dengan Smart Stream Resources Sdn. Bhd.)

Encik Mohd Khairuddin Bin Saimon, Pengarah Urusan Smart Stream telah memberikan penerangan ringkas dan kemajuan kerja projek yang telah mencapai 90% dan dijangka akan mula beroperasi pada bulan Ramdhan yang akan datang tidak lama lagi.

Turut hadir lawatan ini ialah:
Encik Mohammad bin Mohd Yusoff (Ketua Peneroka FELDA Jengka 13), Encik Muhammad Adha Shahriman Shaidan
(Technical Assistant FIC IPM - Wilayah Jengka), Encik Mohammad Yadi Zulkapli
(Penyelia FELDA Jengka 13/Penyelaras Koperasi Rancangan)

Lawatan ini menzahirkan komitmen Pengurusan Rancangan dalam memperkasa kesejahteraan peneroka melalui pelaksanaan program pembangunan yang tersusun, berkesan dan berimpak tinggi.



๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ด๐Ÿ†‚๐Ÿ†ˆ๐Ÿ†„๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†ƒ ๐Ÿ…ฑ๐Ÿ…ป๐Ÿ…พ๐Ÿ…บ 6, 8, 16 & 17 ๐Ÿ…ฑ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ป. 1/2026๐Ÿ—“๏ธ 30 Januari 2026 (Jumaat)โฑ๏ธ 3.00 Petang๐Ÿ  Rumah Encik Izat bin Ismayatim (Ketua...
07/02/2026

๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ด๐Ÿ†‚๐Ÿ†ˆ๐Ÿ†„๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†ƒ ๐Ÿ…ฑ๐Ÿ…ป๐Ÿ…พ๐Ÿ…บ 6, 8, 16 & 17 ๐Ÿ…ฑ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ป. 1/2026

๐Ÿ—“๏ธ 30 Januari 2026 (Jumaat)
โฑ๏ธ 3.00 Petang
๐Ÿ  Rumah Encik Izat bin Ismayatim (Ketua Blok 17), FELDA Jengka 13

Dengan pelaksanaan Mesyuarat Blok 6, 8,16 &17 ini, maka telah selesai kesemua 17 Blok mengadakan mesyuarat bagi bilangan 1 tahun 2026.

Antara maklumat yang disampaikan oleh Pengurus Rancangan adalah seperti berikut:-
1) Pencapaian Blok sepanjang tahun 2025 dari segi Hasil Ladang dan juga Kecemerlangan Rancangan.
2) Insentif-Insentif FELDA terkini.
3) Isu Perwarisan
4) Kempen Tanam Semula Tahun 2027

Jemputan :
1. En. Samsuri bin Mohamad,
Pengurus FELDA Jengka 13
2. En. Mohd Hisyam bin Hassan,
Field Controller FPMSB Jengka 12/13
3. Petugas FELDA & FPM FELDA Jengka 13




Address

Pejabat FELDA Jengka 13 (Puteri Malu)
Maran
26420

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+60387444902

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FELDA Puteri Malu - Jengka 13 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share