Pejabat Penerangan Daerah Marang

Pejabat Penerangan Daerah Marang Menyediakan pelbagai sumber maklumat dan info-info menarik dan terkini kepada masyarakat.

02/09/2026

130 dialek bahasa digunakan dalam masyarakat mencerminkan kekayaan identiti Malaysia dan menjadi antara keunikan yang perlu dihargai seluruh rakyat. 🇲🇾❤️




02/09/2026

Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan secara berperingkat melibatkan 13 kawasan di tiga negeri berikutan keadaan jerebu yang semakin memburuk, dan membantu lokasi terkesan akibat cuaca panas, bermula 3 hingga 5 Sept ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan terlibat ialah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang di Sarawak.

Beliau berkata kawasan yang terlibat di Kedah ialah Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris, manakala di Perlis melibatkan Empangan Timah Tasoh, serta akan dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Tentera Udara Malaysia.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2601584




Zahid Hamidi

02/09/2026

Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermula hari ini.

Kementerian Kewangan (M*F) menerusi hantaran Facebook memaklumkan pelarasan itu melibatkan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2601530




Kementerian Kewangan

02/09/2026

Kemunculan sulung Fifi sempena Hari Kebangsaan membawa karakter tempatan lebih dekat kepada generasi muda sambil menyemarakkan identiti, perpaduan dan semangat kebangsaan. 🇲🇾✨




02/09/2026

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melaksanakan “Operasi Sifar Tertangguh” bagi mempercepat penyelesaian projek, bayaran, isu tanah, utiliti, kontrak, aset dan keputusan tertunggak sebelum akhir 2026, sekali gus mengelakkan kos terus meningkat akibat kelewatan. ⏳




02/09/2026

Operasi pembenihan awan (OPA) akan dilaksanakan secepat mungkin dengan nasihat MetMalaysia bagi membantu Sarawak yang terjejas susulan kebakaran meluas di Kalimantan. 🌧️




02/09/2026

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencatatkan kira-kira 1.5 juta pengunjung setakat semalam, dengan merekodkan nilai jualan langsung hampir RM8.7 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata jumlah itu, menunjukkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap penganjuran MAHA 2026 yang bermula Jumaat lepas.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2601596




Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

02/09/2026

Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermula hari ini. ⛽️📈🛢️

Permohonan baharu bagi tambahan 100 liter BUDI Diesel boleh dibuat melalui portal budimadani.gov.my




02/09/2026

Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan secara berperingkat melibatkan 13 kawasan di tiga negeri iaitu Sarawak, Kedah dan Perlis berikutan keadaan jerebu yang semakin memburuk, dan membantu lokasi terkesan akibat cuaca panas, bermula 3 hingga 5 Sept ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan terlibat ialah Empangan Batang Ai, Bakun, Murum, Bengoh, Gerugu, Assyakirin, Sika dan Matang di Sarawak.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2601584




Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

02/09/2026

Address

Marang
21600

Telephone

+6096181823

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Marang:

Shortcuts

Share