11/08/2026
๐๐11.08.2026๐๐
ANGAN UNDERESTIMATE PERMAINAN INI!
Plastisin. Blok. Puzzle. Penyepit baju. Kertas untuk dikoyak dan ditampal.
Nampak macam anak hanya bermain.
Sebenarnya, aktiviti ini sedang melatih fine motor skills, iaitu keupayaan mengawal pergerakan kecil jari, tangan dan pergelangan tangan.
1. Plastisin
Mencubit, menggentel dan menekan membantu menguatkan otot jari.
2. Menyusun blok
Melatih koordinasi tangan-mata, fokus dan kawalan pergerakan.
3. Puzzle dan shape sorter
Mengajar anak memadankan bentuk, merancang dan menyelesaikan masalah.
4. Penyepit baju
Menguatkan ibu jari dan jari telunjuk, penting untuk pegangan pensel.
5. Koyak, gunting dan tampal
Melatih kedua-dua tangan bekerja bersama serta meningkatkan ketepatan pergerakan.
Kenapa penting?
Kemahiran inilah yang digunakan untuk menulis, mewarna, menggunakan gunting, menyuap makanan, memasang butang, membuka zip dan mengikat tali kasut.
Kajian longitudinal perkembangan kanak-kanak mendapati kemahiran fine motor pada usia awal mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik kemudian.
Systematic review yang melibatkan puluhan kajian juga menunjukkan hubungan positif antara fine motor dengan kemahiran membaca, menulis, mengeja dan matematik.
Ini tidak bermaksud bermain plastisin terus menjadikan anak genius.
Tetapi permainan tangan melatih fokus, koordinasi, perancangan, ketekunan dan kawalan diri. Semua ini penting untuk school readiness.
Anak yang tangannya belum cukup kuat mungkin cepat penat ketika menulis, lambat menyalin atau mula mengelak aktiviti mewarna.
Jangan terus kata dia malas.
Kadangkala tangannya memang belum bersedia.
Tablet bukan musuh.
Tetapi jangan sampai jari anak hanya mahir swipe, sedangkan tangannya belum kuat memegang pensel.
Hari ini mereka menyusun blok.
Esok mereka perlu menyusun huruf, nombor dan idea.
Biarkan rumah sedikit bersepah.
Dalam permainan kecil itu, anak sedang membina asas untuk belajar dan berdikari.