Pertubuhan Peladang Kawasan Marang

Pertubuhan Peladang Kawasan Marang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Peladang Kawasan Marang, Government Organization, pertubuhan peladang kawasan marang, Marang.

07/11/2024
25 OKTOBER 2023 ( RABU ) | PROJEK FERTIGASI KAMPUNG TEMALA, PROJEK KELAPA DAN MANISAN KAMPUNG BATU PUTIH MARANG.PPK Mara...
25/10/2023

25 OKTOBER 2023 ( RABU ) | PROJEK FERTIGASI KAMPUNG TEMALA, PROJEK KELAPA DAN MANISAN KAMPUNG BATU PUTIH MARANG.

PPK Marang telah menerima lawatan daripada PPK Pasir Panjang, Selangor seramai 25 orang yang terdiri daripada Pengerusi, Ahli Jemaah Pengarah, Ketua - ketua Unit Peladang dan Pengurus Besar serta kakitangan.

Rombongan lawatan telah dibawa ke projek fertigasi PPK Marang di Kampung Temala dan taklimat pengenalan projek telah disampaikan oleh Pengurus Besar dan Pengurus Projek.

Seterusnya rombongan dibawa ke projek usahawan PPK Marang yang mengusahakan kelapa seluas 3 ekar dan melihat teknik serta cara menyadap air nira kelapa oleh usahawan pok nasir.

Peserta juga dibawa ke projek usahawan peladangnita bagi melihat cara memproses air nira kelapa dan manisan kampung Puan Suri binti Abdul Ghani

Sebelum program lawatan berakhir rombongan dibawa ke Dataran Batu Putih bagi menikmati kopi nisan asli naciknaa.

Terima kasih PPK pasir panjang memilih PPK Marang sebagai destinasi lawatan. Semoga hasil lawatan ini memperolehi ilmu yang bermanafaat.

18/10/2023 | PPK MarangLawatan Sambil Belajar PPK Pengkalan Chepa, Kelantan ke PPK Marang.Telah menerima lawatan sambil ...
17/10/2023

18/10/2023 | PPK Marang

Lawatan Sambil Belajar PPK Pengkalan Chepa, Kelantan ke PPK Marang.

Telah menerima lawatan sambil belajar PPK Pengkalan Chepa, Kelantan ke Pertubuhan Peladang Kawasan Marang seramai 21 orang. Terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah, Ketua - Ketua Unit Peladang serta Ahli - Ahli dan juga Pihak Pengurusan.

Rombongan telah dibawa ke Projek Korporat Fertigasi Gantung dan Meja PPK Marang di Kampung Temala dan seterusnya ke projek usahawan peladangnita Puan Suri binti Abdul Ghani yang mengusahakan projek manisan.

Destinasi terakhir lawatan ke Dataran Putih, Marang bagi menikmati kopi nisang asli.

Pihak pengurusan PPK Marang mengucapkan terima kasih kepada PPK Pengkalan Chepa, Kelantan kerana memilih PPK Marang sebagai destinasi lawatan. Dengan lawatan sebegini dapatlah bertukar idea dan pandangan dalam membangunkan lagi agromakanan negara.

08 OKTOBER 2023 | LAMAN SUNGAI NOOR ARFA, CHENDERINGAllhamdunillah dan tahniah Peladangnita Pertubuhan Peladang Kawasan ...
08/10/2023

08 OKTOBER 2023 | LAMAN SUNGAI NOOR ARFA, CHENDERING

Allhamdunillah dan tahniah Peladangnita Pertubuhan Peladang Kawasan Marang yang telah memenangi tempat ke 2 bagi pertandingan memasak sempena program dari dapur peladangnita Peringkat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu Tahun 2023.

jom pakat mari belake yea.. pelbagai sayuran, buah- buahan, daging lembu tempatan, ayam dan produk industri asas tani ak...
03/10/2023

jom pakat mari belake yea.. pelbagai sayuran, buah- buahan, daging lembu tempatan, ayam dan produk industri asas tani akan dijual pada khamis 5 Oktober 2023..

14 SEPTEMBER 2023(KHAMIS) |PPK MARANG Lawatan Dari Sekolah Menengah Seberang Marang, Marang Terengganu.Telah menerima la...
15/09/2023

14 SEPTEMBER 2023(KHAMIS) |PPK MARANG

Lawatan Dari Sekolah Menengah Seberang Marang, Marang Terengganu.

Telah menerima lawatan daripada SMK Seberang Marang ( pendidikan khas) ke Pertubuhan Peladang Kawasan Marang seramai 25 orang yang terdiri dari 4 orang guru pengiring dan 21 orang pelajar.

Program dimulakan dengan taklimat pengenalan Pertubuhan Peladang yang disampaikan oleh Pengurus Besar PPK Marang Encik Roslaidi bin Haji Ali.

Seterusnya dibawa ke projek fertigasi gantung dan meja PPK Marang. Penerangan pengurusan projek telah disampaikan oleh Pengurus Projek Encik Mohd Huzaifah bin Che Liah.

Dalam lawatan ini juga, para pelajar turut diberi penerangan dan pertunjukan demotrasi pengunaan dron dalam industri pertanian.

Semoga lawatan ini akan melahirkan minat para pelajar dalam industri pertanian dan menjadikan pertanian salah satu kerjaya dan mata pencarian mereka kelak.

Terima kasih kepada semua guru dan warga SMK Seberang Marang memilih PPK Marang sebagai tempat lawatan.

27/12/2020

LEMBAGA Pertubuhan Peladang (LPP) komited menjadi agensi kerajaan yang mampu mengeluarkan makanan yang mencukupi kepada negara, sekaligus menjadikan negara sebagai pengeksport makanan dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pengerusinya, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, beliau optimis sasaran itu...

Tahniah YBhg. Dato' Azulita binti Salim
16/12/2020

Tahniah YBhg. Dato' Azulita binti Salim

Seluruh warga Lembaga Pertubuhan Peladang menzahirkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada YBhg. Dato’ Azulita binti Salim atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran DATO’.

Pengurniaan Darjah Bintang dan Pingat Kebesaran tersebut sempena sambutan ulang tahun ke-82 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Dr Ronald Kiandee
Ahmad Hamzah
Che Abdullah Mat Nawi - DCL
Ustaz Dr Nik Zawawi Bin Salleh



TIMUN BATANG (CUCUMIS SATIVUS)Tanaman Timun Batang secara fertigasi gantung penutup musim  bagi Tahun 2020 di Tapak proj...
10/12/2020

TIMUN BATANG (CUCUMIS SATIVUS)

Tanaman Timun Batang secara fertigasi gantung penutup musim bagi Tahun 2020 di Tapak projek Unit Peladang Kg Temala,Pengkalan Berangan.

Selain daripada menjalankan projek secara Korporat, PPK Marang juga mengorak langkah dengan membantu ahli/pekebun memasarkan tanaman mereka.

Kepada yang berminat memasarkan tanaman melalui PPK Marang, boleh berhubung terus dengan Pengurus Pemasaran, En. Wan Azuri ditalian 013-9400585 / 09-6805020.




Dapatkan pelbagai jenis baja Premium di kedai Niaga Tani PPK Marang. Kedai beroperasi setiap hari Ahad hingga Khamis. Un...
06/12/2020

Dapatkan pelbagai jenis baja Premium di kedai Niaga Tani PPK Marang. Kedai beroperasi setiap hari Ahad hingga Khamis. Untuk maklumat lanjut boleh terus call di talian 09-6805020 / 5022


Address

Pertubuhan Peladang Kawasan Marang
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Peladang Kawasan Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Peladang Kawasan Marang:

Share