Rhu Rendang Sejahtera Official

Rhu Rendang Sejahtera Official Rhu Rendang Sejahtera adalah satu platform untuk menyampaikan gerak kerja dan aktiviti Pejabat Ahli

HARI PERLAWANAN | MINGGU 2 | JUMAATTiga perlawanan dijadualkan akan berlangsung pada petang ini bagi meneruskan saingan ...
04/09/2026

HARI PERLAWANAN | MINGGU 2 | JUMAAT

Tiga perlawanan dijadualkan akan berlangsung pada petang ini bagi meneruskan saingan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB ADUN Rhu Rendang 2026.

Kumpulan A
Alor Pak Bang ๐Ÿ†š Rhu Muda

Kumpulan B
Kg Baru Rhu Muda ๐Ÿ†š Batangan

Kumpulan C
MDQ ๐Ÿ†š Rhu Rendang โ€” DITANGGUHKAN

๐Ÿ“… 4 September 2026 | Jumaat
โฐ 5.00 Petang

Untuk perlawanan Kumpulan C, tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Ayuh terus berikan sokongan kepada semua pasukan yang bertanding dan semarakkan lagi saingan bola sepak di Rhu Rendang!

Jadual Perlawanan Minggu 2 bagi Kejohanan Bola Sepak Piala YAB ADUN Rhu Rendang 2026 yang akan berlangsung pada 4 & 5 Se...
04/09/2026

Jadual Perlawanan Minggu 2 bagi Kejohanan Bola Sepak Piala YAB ADUN Rhu Rendang 2026 yang akan berlangsung pada 4 & 5 September 2026.

Saksikan aksi pasukan-pasukan yang bakal berentap dalam saingan kumpulan masing-masing. Nantikan perlawanan sengit dan sokongan padu daripada para penyokong!

Setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 2017, Jabatan Perikanan Malaysian Negeri Terengganu hari ini, mengumumkan ba...
03/09/2026

Setelah kali terakhir direkodkan pada tahun 2017, Jabatan Perikanan Malaysian Negeri Terengganu hari ini, mengumumkan bahawa gergasi samudera yang menjadi ikonik Negeri Terengganu iaitu Penyu Belimbing dipercayai telah mendarat di persisiran pantai Gong Balai, Marang, semalam.

Baca artikel di bawah ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“ข Pencarian ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ข๐ž ๐Œ๐ฎ๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ bagi Daerah Marang & Hulu TerengganuAnda beraspirasi untuk menjadi seorang ...
02/09/2026

๐Ÿ“ข Pencarian ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฉ๐ข๐ฌ ๐ƒ๐š๐ข๐ž ๐Œ๐ฎ๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ bagi Daerah Marang & Hulu Terengganu

Anda beraspirasi untuk menjadi seorang yang mahir dalam bidang muamalat?

Jika ya, maka anda selayaknya menyertai program Daie Muamalat Terengganu!

โœ… Berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun.
โœ… Mempunyai minat mendalam dalam fiqh muamalat
โœ… Terbuka kepada lelaki dan wanita
โœ… Komited dalam menghadiri semua siri yang ditetapkan.

Sesungguhnya, Allah SWT telah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Maka, Allah telah mensyariatkan melalui al-Quran dan Rasul-Nya akan fiqh muamalat sebagai panduan bagi kita dalam urusan jual beli dan kewangan.

Fiqh muamalat bukan sekadar teori, tetapi panduan hidup yang menentukan halal atau batilnya setiap urusan harta. Tanpa ilmu, transaksi menjadi kebiasaan, namun berisiko terjerumus dalam riba, gharar dan kezaliman.

Daie yang mengikuti program pastinya bakal membawa implikasi besar buat ummah khususnya pada komuniti setempat, insya-Allah :
โ€ข Bila difahami โ†’ urusan menjadi halal & terpelihara
โ€ข Bila diamalkan โ†’ ekonomi terbina atas keadilan & amanah
โ€ข Bila diabaikan โ†’ membuka ruang kepada penipuan & konflik
โ€ข Bila dikuasai โ†’ melahirkan sistem kewangan yang patuh syariah
โ€ข Bila dihayati โ†’ rezeki bukan sekadar banyak, tetapi berkat

Hakikatnya, muamalat bukan hanya soal keuntungan,
tetapi soal tanggungjawab di hadapan Allah SWT.

Program ini adalah anjuran Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah & Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu.

Sila tekan link pendaftaran di bawah untuk mendaftar ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป :
https://forms.gle/SHeRavc6ZsiJ3VucA

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi Pegawai Seranta DUAT DUN yang terlibat :

Alur Limbat - https://www.wasap.my/601156616673/NakDaftarDaieMuamalat

Bukit Payung -
https://www.wasap.my/60136691903/NakDaftarDaieMuamalat

Rhu Rendang - https://www.wasap.my/601112162858/NakDaftarDaieMuamalat

Pengkalan Berangan - https://www.wasap.my/60137252987/NakDaftarDaieMuamalat

Telemong - https://www.wasap.my/60145443417/NakDaftarDaieMuamalat

Manir - https://www.wasap.my/601115062083/NakDaftarDaieMuamalat

Kuala Berang - https://www.wasap.my/60199246831/NakDaftarDaieMuamalat

Ajil - https://www.wasap.my/60105855640/NakDaftarDaieMuamalat

"Indahnya Hidup Bersyariat"

๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐’๐”๐‹๐€๐ ๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“Susulan aduan daripada Encik Haikal, seorang penduduk di kawasan belakang Taman Kalungan Me...
01/09/2026

๐“๐ˆ๐๐ƒ๐€๐Š๐€๐ ๐’๐”๐’๐”๐‹๐€๐ ๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“

Susulan aduan daripada Encik Haikal, seorang penduduk di kawasan belakang Taman Kalungan Melor, Kampung Rhu Rendang, Jalan Bukit Kor berhubung masalah banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan, Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang telah turun ke lokasi bagi meninjau sendiri keadaan yang dihadapi.

Menurut aduan Encik Haikal, kediaman beliau sering dinaiki air ketika hujan, yang dipercayai berpunca daripada aliran air dari kawasan bukit berhampiran tapak RTB.

Turut bersama dalam tinjauan ini ialah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Encik Asyraff daripada Majlis Daerah Marang (MDM), Encik Kamal dan Puan Husna daripada Pejabat Daerah, serta Puan Nora daripada Pejabat Tanah.

Tinjauan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar keadaan di lapangan serta membincangkan tindakan susulan bersama pihak-pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi.

Insya-Allah, setiap aduan rakyat akan diberi perhatian dan diusahakan sebaik mungkin agar permasalahan yang berlaku dapat ditangani dengan sewajarnya.

๐’๐”๐‘๐๐‘๐ˆ๐’๐„ ๐๐ˆ๐‘๐“๐‡๐ƒ๐€๐˜ ๐ŸŽ‚Alhamdulillah, sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan, Beliawanis DUN Rhu Rendang berke...
01/09/2026

๐’๐”๐‘๐๐‘๐ˆ๐’๐„ ๐๐ˆ๐‘๐“๐‡๐ƒ๐€๐˜ ๐ŸŽ‚

Alhamdulillah, sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kemerdekaan, Beliawanis DUN Rhu Rendang berkesempatan menziarahi serta memberi kejutan kepada beberapa orang wanita muda yang lahir pada 25 dan 31 Ogos 2026.

Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta terus mencintai dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

๐’๐š๐ง๐š๐ก ๐‡๐ž๐ฅ๐ฐ๐š๐ก & ๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Alhamdulillah, Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang mewakili Pusat Khidmat Masyarakat ADUN...
01/09/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐

Alhamdulillah, Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang mewakili Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang telah turun menziarahi Puan Halimah binti Daraman, penduduk Taman Purnama, Rusila yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan akibat strok.

Turut disampaikan sedikit sumbangan daripada YAB ADUN Rhu Rendang sebagai tanda keprihatinan dan ingatan buat beliau sekeluarga.

Semoga Allah SWT memberikan beliau kekuatan, kesembuhan dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga. ๐Ÿคฒ

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—31 Ogos 2026 menjadi detik untuk kita mengenang perjuangan dan pengorbanan terdah...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—

31 Ogos 2026 menjadi detik untuk kita mengenang perjuangan dan pengorbanan terdahulu, menghargai nikmat kemerdekaan serta terus menyemarakkan semangat cintakan tanah air.

Semoga Malaysia terus aman, sejahtera dan harmoni, dengan perpaduan yang kukuh serta masa depan yang lebih gemilang buat seluruh rakyat.

Dirgahayu Malaysia. Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐Alhamdulillah, Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang mewakili Pusat Khidmat Masyarakat ADUN...
30/08/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐

Alhamdulillah, Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang mewakili Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang telah turun menziarahi Saudara Azami bin Abdul Ghani, atau lebih dikenali sebagai Pok Mi, penduduk Star Kanan yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Turut disampaikan sedikit sumbangan daripada YAB ADUN Rhu Rendang sebagai tanda keprihatinan dan ingatan buat beliau sekeluarga.

Semoga Allah SWT memberikan beliau kekuatan, kesembuhan dan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga.

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐‡๐€๐๐๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐€๐“ ๐ƒ๐”๐ ๐‘๐‡๐” ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐๐† ๐Ÿค๐ŸปAlhamdulillah, Didik Ulamaโ€™ Amilin Terengganu (DUAT) DUN Rhu Rendang berkesempata...
30/08/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐‡๐€๐๐๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐€๐“ ๐ƒ๐”๐ ๐‘๐‡๐” ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐๐† ๐Ÿค๐Ÿป

Alhamdulillah, Didik Ulamaโ€™ Amilin Terengganu (DUAT) DUN Rhu Rendang berkesempatan mengadakan ziarah mahabbah ke beberapa institusi pondok dan tokoh agama:

๐Ÿ“ Pondok Pasir Tumboh
๐Ÿ“ Yayasan Pondok Sungai Durian
๐Ÿ“ Manhal Al Nushiy
๐Ÿ“ Rumah Ustaz Zulkarnain Hassan, AJK Ulama Sedunia

Semoga ziarah ini mengeratkan ukhuwah, menyuburkan mahabbah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Address

No. 4640-3, Kg Kijing
Marang
21600

Telephone

+6096180802

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rhu Rendang Sejahtera Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rhu Rendang Sejahtera Official:

Shortcuts

Share