13/05/2026
ILMU HARI INI
Istilah tapak gajah digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bahagian pangkal pokok getah membesar secara tidak normal dan membengkak berbanding bahagian batang atasnya, setepatnya pada leher cantuman.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor fisiologi pembiakan pokok getah. Pokok getah komersial dihasilkan melalui teknik cantuman mata tunas antara pokok penanti (rootstock) dan klon atas (scion).
Jika genetik pokok penanti tidak serasi dengan klon atas, pengaliran makanan hasil fotosintesis terganggu lalu terkumpul di kawasan cantuman, menyebabkan bahagian bawah membengkak seperti kaki gajah.
Sebenar ia bukan isu besar tapi ia menjadi isu andai saranan tanaman dalam cuba dipraktikkan agar tapak kaki gajah konon diatasi. Ini gambar tapak kaki gajah yang perlu difahami, ia terhasil dari ketidak serasian mata tunas dan penanti, boleh jadi kualiti tunas bermasalah , atau penanti bermasalah dan benih ini wajar dibuang dari awal.
Sedang syor penanaman terlalu dalam secara umum kepada semua anak pokok adalah tidak tepat. Walau semua pokok klon dihasilkan secara cantuman, tidak semua akan wujud masalah kaki gajah @ ketidak serasian tunas dan penanti. Tapi semua pokok klon cantuman yang serasi itu tetap wujud sakat pembeza pada bahagian perantaraan, fahamkan?
Masalah sebenar benih semacam ini patut ditakai dari awal, ia dah nyata ciri bantut dan boleh dibuang. Saranan tanam dalam keterlaluan tiada berkaitan terutama pada benih cantuman yang cergas, konon untuk memaksimakan penorehan.
Bila masa torehan yang baik perlu kepada torehan rapat kepada permukaan tanah? Adakah mangkuk nak digali pada permukaan tanah setelah ditoreh secara maksima?