IMITS Rhu Rendang

Call Directions Contact the organization

IMITS Rhu Rendang Jangan lupa dan untuk melihat perkembangan dan maklumat-maklumat berkaitan DUN Rhu Rendang. Terima kasih. :)

๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐€๐-๐๐”๐‘ | ๐‚๐€๐‡๐€๐˜๐€ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐ˆ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐.Bila hati disinari al-Quran, insya-Allah kehidupan akan lebih terara...
27/10/2026

๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐€๐-๐๐”๐‘ | ๐‚๐€๐‡๐€๐˜๐€ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐ˆ ๐Š๐„๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐๐€๐.

Bila hati disinari al-Quran, insya-Allah kehidupan akan lebih terarah dan diberkati.

Alhamdulillah, Program Bicara An-Nur anjuran Hal Ehwal Wanita i-MiTS Rhu Rendang berlangsung pada pagi ini dengan pengisian ilmu yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hj. Kamaruzaman Abdullah, Pengarah i-MiTS Negeri Terengganu.

Surah An-Nur bukan sekadar berbicara tentang cahaya, tetapi mendidik kita bagaimana membina kehidupan yang bersih, menjaga maruah, memelihara batas pergaulan serta menjauhi fitnah dan prasangka.

Antara pengajaran penting Surah An-Nur ialah menjaga pandangan, memelihara kehormatan diri, menjaga adab sesama manusia dan tidak mudah menyebarkan sesuatu berita tanpa memastikan kebenarannya.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur, ayat 35 yang bermaksud:

โ€œAllah adalah cahaya bagi langit dan bumi.โ€

Sesungguhnya, masyarakat yang sejahtera bermula daripada hati yang dekat dengan Allah, keluarga yang menjaga akhlak dan kehidupan yang berpandukan al-Quran.

Semoga majlis ilmu ini bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi asbab perubahan diri ke arah yang lebih baik serta melahirkan masyarakat yang beriman, berakhlak dan diberkati Allah SWT.

Kerana cahaya al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk menerangi setiap langkah kehidupan.

๐Ÿ“ Surau Toki Rosdi, Marang, Terengganu
๐Ÿ“… Selasa | 27 Oktober 2026

** **

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ | ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐๐˜๐€๐–๐€ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽKasih sayang tidak t...
27/10/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ | ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐๐˜๐€๐–๐€ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Kasih sayang tidak terhenti dengan sebuah pemergian, hanya doa yang terus menghubungkan.

Suasana hiba menyelubungi keluarga Allahyarhamah Monna binti Ramli di Kampung Paya yang telah kembali ke rahmatullah setelah diuji dengan penyakit kronik buah pinggang.

Sebagai tanda ingatan dan keprihatinan,Ustaz Najmuddin Rani, Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, mewakili Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang telah hadir menziarahi keluarga Allahyarhamah bagi menyampaikan ucapan takziah.

Dalam kunjungan tersebut, sedikit sumbangan daripada YAB ADUN Rhu Rendang turut disampaikan sebagai tanda sokongan dan bagi meringankan beban keluarga yang sedang berduka.

Sesungguhnya, kehilangan insan tersayang amat perit, namun setiap yang pergi tetap hidup dalam ingatan dan doa.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebaikannya serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat keluarga yang ditinggalkan, semoga Allah mengurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

๐ŸŒง๏ธโš ๏ธ MONSUN TIMUR LAUT 2026/2027Musim tengkujuh bakal tiba! Semua diminta agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga meng...
27/10/2026

๐ŸŒง๏ธโš ๏ธ MONSUN TIMUR LAUT 2026/2027

Musim tengkujuh bakal tiba! Semua diminta agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga menghadapi risiko hujan lebat, banjir serta kenaikan paras air sungai.

โœ… Ambil tindakan awal dan sediakan keperluan kecemasan.
โœ… Pantau perkembangan cuaca dan amaran banjir.
โœ… Patuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah segera jika diarahkan.

Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi parah. Bersedia lebih awal demi keselamatan diri dan keluarga!

๐ŸŒง๏ธ BERWASPADA โ€ข BERSIAP SIAGA โ€ข AMBIL TINDAKAN AWAL

๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—” | ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ฆ๐—š๐Ÿฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKUALA LUMPUR, 26 Oktober โ€“ Sorotan sekitar Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4...
27/10/2026

๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—” | ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ก๐—ข๐— ๐—œ ๐—ฆ๐—š๐Ÿฐ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

KUALA LUMPUR, 26 Oktober โ€“ Sorotan sekitar Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Forum berprestij ini menghimpunkan kepimpinan empat negeri SG4 iaitu Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis bersama pelabur, pemain industri serta pakar ekonomi bagi memperkukuh kerjasama strategik, meneroka potensi pelaburan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serantau.

Penganjuran forum ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina ekosistem ekonomi yang lebih berdaya saing, mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat.

Empat Negeri, Satu Visi Ekonomi.

MULHAQ : Mulakan Hari Dengan Al-QuranSurah Al-Baqarah : Ayat 216 hingga 219Kadangkala sesuatu yang hati kita benci seben...
27/10/2026

MULHAQ : Mulakan Hari Dengan Al-Quran
Surah Al-Baqarah : Ayat 216 hingga 219

Kadangkala sesuatu yang hati kita benci sebenarnya membawa kebaikan, sedangkan sesuatu yang kita cintai boleh menjadi jalan keburukan.

Allah mengajar kita tunduk kepada ketetapan-Nya dan tidak mengikuti sangkaan sendiri.

Dalam urusan harta, jangan biarkan dunia menguasai jiwa. sedekah dan pengorbanan perlu didahulukan.

Arak dan judi p**a membawa dosa besar serta kerosakan.

Pilihlah apa yang mendekatkan diri kepada Allah, kerana hanya Dia mengetahui hakikat baik dan buruk bagi kita.

๐‰๐Ž๐Œ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ! | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐€๐-๐๐”๐‘ Hati yang disirami ilmu, insya-Allah akan sentiasa bercahaya dengan iman.Dalam k...
26/10/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐‘๐ˆ! | ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐€๐-๐๐”๐‘

Hati yang disirami ilmu, insya-Allah akan sentiasa bercahaya dengan iman.

Dalam kesibukan mengurus kehidupan seharian, jangan kita lupa menyediakan sedikit ruang untuk mengisi jiwa dengan santapan rohani.

Ayuh bersama-sama kita hadir ke Program Bicara An-Nur, satu medan ilmu yang penuh manfaat, bagi menyuburkan iman, menenangkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

๐ŸŽ™๏ธ Pentazkirah:
YBhg. Ustaz Hj Kamaruzaman Abdullah
Pengarah i-MiTS Negeri Terengganu

๐Ÿ“… Selasa | 27 Oktober 2026
โฐ 9.00 Pagi
๐Ÿ“ Surau Toki Rosdi, Marang, Terengganu

Jangan biarkan peluang menuntut ilmu berlalu begitu sahaja. Moga setiap langkah kita menuju majlis ilmu menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Jom pakat ajak keluarga, sahabat dan jiran tetangga!

Semua dijemput hadir. Pakat mari, pakat imarah!

Anjuran: Hal Ehwal Wanita i-MiTS Rhu Rendang

26/10/2026

Siaran langsung!!!

๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฏ๐‘น๐‘ฐ๐‘ฉ ๐‘ซ๐‘พ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต

๐Ÿ‘ค : Ustaz Mohd Zulkhairi Ngah
๐Ÿ—“ : 26 Okt 2026 | Isnin
๐Ÿ•Œ : Masjid Hj Ahmad Ibrahim Kg Rhu Rendang Marang Tganu.

Tajuk :
Mengagungkan Al Quran





TERIMA KASIH KERANA MENONTON . SILA LIKE , FOLLOW & SHARE

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 kepada semua calon khususnya anak-anak Terengganu.Pepe...
26/10/2026

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 kepada semua calon khususnya anak-anak Terengganu.

Peperiksaan ini merupakan salah satu fasa penting dalam perjalanan menuntut ilmu. Hadapilah setiap ujian dengan tenang, penuh keyakinan dan kesungguhan. Manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari, urus masa dengan baik dan telitilah setiap jawapan sebelum diserahkan. Jangan biarkan tekanan mengatasi keyakinan terhadap usaha dan persediaan yang telah dilakukan.

Kepada semua calon, ingatlah bahawa kejayaan bukan hanya bergantung pada kebijaksanaan tetapi turut menuntut disiplin, kesabaran dan ketekunan. Teruskan berusaha, mohon doa dan restu ibu bapa serta guru-guru, di samping bertawakal kepada Allah SWT. Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang baik dan menjadi langkah awal untuk melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu serta membina masa depan.

Saya mendoakan agar semua calon SPM 2026 dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan bermanfaat untuk diri, keluarga dan agama.

Kredit page Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Sebanyak 606 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu dikenal pasti bagi menghadapi kemungkinan banjir sep...
26/10/2026

Sebanyak 606 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu dikenal pasti bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

KUALA TERENGGANU, 26 Oktober โ€“ Sebanyak 606 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu dikenal pasti bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Mo...

๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ - ๐€๐ฅ๐ข๐š๐ฌKUALA LUMPUR, 25 Oktober - Peruntukan pembangunan K...
26/10/2026

๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐…๐š๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ - ๐€๐ฅ๐ข๐š๐ฌ
KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Peruntukan pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hanya meningkat RM5 juta dalam Belanjawan 2027 menimbulkan persoalan mengenai keupayaan kerajaan memenuhi keperluan pembangunan fasiliti kesihatan, khususnya di wilayah yang masih berdepan kekurangan kapasiti hospital dan kemudahan rawatan.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datoโ€™ Dr. Alias Razak berkata, walaupun peruntukan keseluruhan KKM meningkat kepada RM47.7 bilion, pertambahan bagi perbelanjaan pembangunan masih terlalu kecil berbanding keperluan sebenar sistem kesihatan negara.
Menurut beliau, berdasarkan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2027, perbelanjaan pembangunan KKM hanya meningkat daripada RM6.744 bilion kepada RM6.749 bilion, iaitu pertambahan sekitar 0.07 peratus.
โ€œPersoalannya, sejauh manakah peningkatan yang begitu kecil ini mampu memenuhi keperluan pembangunan fasiliti kesihatan, terutama di kawasan yang masih berdepan kekurangan kapasiti hospital dan kemudahan rawatan?,โ€ soalnya.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info terkini dengan cepat dan tepat.
Jom muat turun sekarang! Menerusi Google Play Store atau App Store.
Muat Turun di http://apps.trdi.my

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Peruntukan pembangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hanya meningkat RM5 juta dalam Belanjawan 2027 menimbulkan persoalan...

Address

No. 4640-3, Kampung Kijing
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

09-6182080

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMITS Rhu Rendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IMITS Rhu Rendang:

Shortcuts

Share