RISDA Plantation Wilayah Timur

RISDA Plantation Wilayah Timur RPSB Wilayah Timur

12/08/2026
01/08/2026
01/08/2026
01/08/2026

29/7/2026
KG CHABANG


JUALAN BERKELOMPOK DEPO GETAH SKRAP RISDA DAERAH KEMAMAN

Jualan Depo Berkelompok telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 28 orang pekebun kecil.

{KEPUTUSAN RASMI}
Pembeli: RPSB
πŸ“Š Jumlah Berat: 3,174 kg
πŸ’° Harga Belian: RM4.70/kg
πŸ‘₯ Jumlah Peserta: 28 orang

Program Pembelian di Depo Pemasaran Getah merupakan salah satu usaha RISDA dalam membantu pekebun kecil memasarkan hasil getah secara berkelompok serta meningkatkan peluang memperoleh harga belian yang lebih baik dan bermaruah.

Terima kasih atas kerjasama dan penyertaan semua pekebun kecil yang terlibat pada hari ini. Min rasa seronok dan bersyukur harga di Depo Kg Chabang mencecah hingga RM4.70 harini.

RISDA – Bersama Membina Masa Depan Pekebun Kecil






🌧️ Hujan Bukan Penghalang, Demi Harga Yang Lebih Bermaruah.Di sebalik hujan yang turun mencurah, terselit sebuah kisah t...
26/07/2026

🌧️ Hujan Bukan Penghalang, Demi Harga Yang Lebih Bermaruah.

Di sebalik hujan yang turun mencurah, terselit sebuah kisah tentang perjuangan seorang pekebun kecil.

Mereka tetap setia menunggu di lokasi pembelian kerana yakin hasil titik peluh mereka akan dihargai dengan sewajarnya.

Inilah komitmen RISDA Plantation sebagai Agen Belian Getah RISDA. Kami bukan sekadar membeli getah, malah hadir mendekati pekebun melalui Perkhidmatan Pembelian Getah Secara Bergerak, supaya urusan jualan menjadi lebih mudah, cepat dan telus.

Setiap kilogram getah yang dijual bukan sekadar hasil tuaian, tetapi merupakan sumber rezeki buat keluarga pekebun kecil di seluruh negara.

🀝 Kami turun ke lapangan.
🌧️ Kami tetap berkhidmat walaupun hujan.
πŸ’š Kerana kesejahteraan pekebun kecil adalah keutamaan kami.

πŸ“’ Jom Jual Getah Ke RISDA!

βœ… Harga yang bermaruah
βœ… Timbangan yang telus
βœ… Pembelian yang mudah & pantas
βœ… Perkhidmatan lebih dekat dengan pekebun

RISDA Plantation – Bersama Memartabatkan Industri Getah Negara.







IKLAN JAWATAN KOSONG – RISDA PLANTATIONRISDA Plantation kini membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia yang ...
05/07/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG – RISDA PLANTATION

RISDA Plantation kini membuka peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penyelia Operasi (Terengganu & Kelantan)

Jawatan ini menawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,700 sebulan berserta elaun.

Calon mestilah merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta memiliki Sijil Pertanian atau Diploma berkaitan. Selain itu, calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi dan rundingan yang baik, bersedia bekerja di lapangan serta mengurus operasi wilayah.

Calon juga hendaklah mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan baik, mempunyai integriti yang tinggi, amanah serta boleh bekerja secara individu atau berkumpulan. Di samping itu, calon perlu bersedia bekerja dalam keadaan mendesak bagi mencapai sasaran operasi serta mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

Antara manfaat yang disediakan ialah:

* Caruman KWSP
* Caruman PERKESO (SOCSO)

βΈ»

2. Kerani Pusat Timbang (Dungun & Marang)

Jawatan ini menawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,700 sebulan berserta insentif.

Calon mestilah merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan memiliki sekurang-kurangnya SPM, manakala Diploma merupakan satu kelebihan. Calon juga perlu mahir menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Word.

Selain itu, calon hendaklah mempunyai kemahiran komunikasi dan rundingan yang baik, berintegriti, amanah serta mampu bekerja secara individu atau berkumpulan. Calon juga perlu mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

Antara manfaat yang disediakan ialah:

* Caruman KWSP
* Caruman PERKESO (SOCSO)

βΈ»

Cara Permohonan

Calon yang berminat hendaklah menghantar resume dalam format PDF bersama dokumen berikut:

* Resume terkini
* Salinan MyKad
* Salinan sijil akademik
* Dokumen sokongan (jika berkaitan)

Permohonan juga boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada iklan.

05/07/2026

Address

Lot 54551 Taman D'Istiwa Fasa IV, Wakaf Tapai
Marang
21040

Telephone

+6096801423

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Plantation Wilayah Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RISDA Plantation Wilayah Timur:

Shortcuts

Share