04/09/2026
Muktamar bukan sekadar medan menghimpunkan perwakilan, tetapi ruang untuk kita melihat semula arah perjuangan dan amanah yang sedang dipikul.
Tema “Penyelesaian Islam Mengisi Kemenangan” membawa satu mesej yang cukup besar, apabila Allah memberikan kemenangan, ia hadir bersama tanggungjawab untuk membuktikan bahawa Islam mampu membawa penyelesaian kepada kehidupan manusia.
Kemenangan perlu diterjemahkan kepada amal, khidmat dan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.
Semoga Muktamar kali ini menjadi medan memperkukuh iltizam, menyatukan saf dan menyegarkan kembali tekad untuk terus berkhidmat demi ummah.