Pejabat Tenaga Kerja Marudi

Pejabat Tenaga Kerja Marudi Khidmat Nasihat Perburuhan Pindaan Ordinan Buruh Sarawak Bab 76

11/06/2026

CONTOHI SARAWAK. KURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA PEKERJA ASING.

Ini bukan soal membenci pekerja asing.

Ini soal rasa keselamatan dan kesihatan awam apabila hampir semua ruang kerja asas dalam negara sendiri semakin dipenuhi oleh pekerja asing.

Pergi kedai makan, pembantu kedai warga asing.
Pergi pasar borong, ramai pekerja warga asing.
Pergi kedai runcit, yang menyusun barang warga asing.
Kadang-kadang sampai di kaunter cashier pun warga asing.

Akhirnya rakyat mula tertanya-tanya.

Di mana ruang kerja untuk anak tempatan?
Di mana peluang untuk belia kita?

Kenapa sektor paling asas pun terlalu mudah diserahkan kepada tenaga kerja luar?
Kenapa majikan lebih selesa mengambil pekerja asing berbanding melatih, membayar dan menjaga pekerja tempatan dengan baik?


Sebab itu Sarawak wajar dipuji.

Ada satu perkara yang boleh dipelajari daripada Sarawak.

Berdasarkan pemerhatian, kebergantungan kepada pekerja asing di sana tidak kelihatan dibiarkan terlalu bebas seperti di banyak kawasan lain.

Majikan perlu memohon lesen. Keperluan pekerja mesti dinyatakan. Kuota perlu dipohon. Laluan masuk, permit, rekod dan pemantauan dibuat melalui sistem yang lebih tersusun.

Inilah pendekatan yang kita perlukan.

Bukan operasi bermusim selepas sesuatu isu viral.
Bukan sekadar tangkap pekerja di hujung rantaian. Bukan hanya serbu kedai kecil sedangkan majikan, ejen, penyewa premis dan pihak yang mengambil untung terus terlepas.

Pekerja asing yang sah dan teratur bukan musuh.

Tetapi sistem yang terlalu longgar akan menjadikan negara ini bergantung, rakyat tempatan tersisih, gaji kekal rendah, premis tidak terkawal, dan komuniti setempat mula rasa asing di tempat sendiri.

Kita tidak mahu sampai satu hari nanti rakyat Malaysia hanya menjadi pelanggan, sementara semua ruang kerja di hadapan mata diisi oleh tenaga luar.

Kita perlukan sasaran pemutihan yang jelas.
Kita perlukan pengurangan kebergantungan secara berperingkat.

Kita perlukan latihan dan insentif untuk pekerja tempatan. Kita perlukan keberanian untuk menegur majikan yang terlalu selesa dengan buruh murah.

Ini bukan sentimen benci.

Ini suara rakyat yang sudah penat melihat negara sendiri terlalu bergantung kepada orang luar untuk kerja-kerja yang sepatutnya masih boleh dibuka kepada rakyat sendiri.

Sebab kalau pekerja asing tidak dikawal dengan sistem, akhirnya bukan mereka yang mengawal kita.

Yang gagal ialah sistem kita sendiri.

09/06/2026

PODCAST KESUMA JIWA🎙️

Saksikan Podcast KESUMA Jiwa bersama YBrs. Tuan Haji Yusoff bin Harun, Setiausaha Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang membincangkan topik “Gaji Minimum: Apa Yang Rakyat Perlu Tahu?”.

Antara yang dikupas adalah maksud gaji minimum, kepentingan pelaksanaannya serta peranan gaji minimum dalam melindungi kebajikan pekerja.

SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG ⤵️

https://youtu.be/BB9CSPv6jbs?si=GAJIMINIMUM

01/06/2026
25/05/2026
22/05/2026

📢 SIARAN LANGSUNG FACEBOOK JTK SARAWAK

Kanak-Kanak, Orang Muda & Kerja: Apa Yang Perlu Kita Tahu?

Jom ikuti perkongsian menarik bersama:

🎙️ Puan Bibi Diana Binti Abdul Manaf
Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja
JTK Sarawak

📅 25 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 10.00 Pagi
📍 Live di Facebook Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKSWK)

Isu melibatkan kanak-kanak, golongan muda dan dunia pekerjaan semakin mendapat perhatian dalam era moden kini.

Sertai siaran langsung ini untuk memahami hak, cabaran serta kepentingan perlindungan tenaga kerja demi masa depan generasi muda yang lebih sejahtera. ✨

📲 Imbas kod QR pada poster untuk terus menyertai siaran langsung.






20/05/2026
20/05/2026

Address

Marudi

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085755963

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Marudi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Marudi:

Share