14/09/2025
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
12 SEPTEMBER 2025
✨Ucapan Tahniah & Syabas✨
Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SK Taman Permas Jaya 2 atas kejayaan menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul SAW dengan penuh keberkatan dan penghayatan. 🌹✨
Program ini bukan sahaja menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bahkan juga berjaya menyatukan warga sekolah dalam menghayati sirah serta mencontohi akhlak Baginda.
Syabas dan terima kasih kepada semua guru, murid, PIBG, serta warga sekolah yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT. 🤲🏼
ummah madani