Taman Pertanian Johor Kong-Kong

Taman Pertanian Johor Kong-Kong Taman rekreasi gabungan buah-buahan, bunga-bungaan, & lanskap

21 Julai 2024 - Sekitar lawatan keluarga dari negeri Selangor dan Melaka di Taman Pertanian Johor. Pelawat diberi sediki...
21/07/2024

21 Julai 2024 - Sekitar lawatan keluarga dari negeri Selangor dan Melaka di Taman Pertanian Johor. Pelawat diberi sedikit taklimat oleh pegawai bertugas berkenaan morfologi pokok, jenis tanaman & tarikan yang terdapat di sini.

Pelawat di bawa ke galeri tani, dusun buah, plot kelapa tacunan serta taman lebah diiringi pegawai yang bertugas.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

15 Julai 2024 - Sekitar lawatan Penghulu Mukim Sungai Tiram, Encik Mohd Zainul Abdul Razak & kunjungan ketua-ketua kampu...
15/07/2024

15 Julai 2024 - Sekitar lawatan Penghulu Mukim Sungai Tiram, Encik Mohd Zainul Abdul Razak & kunjungan ketua-ketua kampung ke Taman Pertanian Johor.

Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan persiapan tempat untuk program komuniti Training of trainer (TOT) Community Empowerment yang akan dikendalikan oleh agensi AADK JOHOR Johor Bahru bagi komuniti masyarakat Sungai Tiram. Program tersebut akan diadakan pada 20 Julai 2024 hari Sabtu di bilik seminar Taman Pertanian Johor.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

4 Julai 2024 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari  Ulu Tiram di Taman Pertanian Johor. Seramai 25 orang...
04/07/2024

4 Julai 2024 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Ulu Tiram di Taman Pertanian Johor. Seramai 25 orang pelajar termasuk guru pengiring yang turut serta dalam lawatan ini.

Pelajar didedahkan dengan ilmu berkaitan tumbuhan serta tarikan yang terdapat di sini oleh pegawai bertugas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke galeri tani, dusun buah serta mengelilingi Taman Pertanian Johor dengan menaiki trem.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

28 Mei 2024 (Selasa)  |  Sekitar lawatan kerja Yang Berhormat Dato' Zahari bin Sarip Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, I...
28/05/2024

28 Mei 2024 (Selasa) | Sekitar lawatan kerja Yang Berhormat Dato' Zahari bin Sarip Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor ke Taman Pertanian Johor.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Tn. Hj Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, YB Tn. Hj Azizul bin Bachok ADUN Tiram dan kakitangan Taman Pertanian Johor. Taklimat berkaitan peranan dan aktiviti di Taman Pertanian Johor juga telah disampaikan kepada YB Dato' disamping lawatan ke plot tanaman yang ada di sini. Terima kasih diatas kerjasama & kehadiran semua kakitangan yang terlibat di dalam kunjungan ini.





Onn Hafiz Ghazi
Zahari Sarip.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

6 Mei 2024 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Tuition D'Kaseh Pusat Perkembangan Minda Genius Anakku ...
06/05/2024

6 Mei 2024 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Tuition D'Kaseh Pusat Perkembangan Minda Genius Anakku Dikasih di Taman Pertanian Johor. Seramai 36 orang pelajar termasuk penjaga serta 5 orang guru pengiring yang turut serta.

Pelajar didedahkan dengan ilmu berkaitan tumbuhan serta info asas pertanian oleh pegawai bertugas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke laman kelulut untuk menghisap madu & lawatan ke galeri tani Taman Pertanian Johor.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

Khamis, 21 Mac 2024 - Sekitar hari terakhir En Mustaffa Kamal Bin Abas selaku ketua seksyen Taman Pertanian Johor, Penol...
21/03/2024

Khamis, 21 Mac 2024 - Sekitar hari terakhir En Mustaffa Kamal Bin Abas selaku ketua seksyen Taman Pertanian Johor, Penolong Pegawai Pertanian G32. Beliau akan bersara wajib mulai hari ini 21 Mac 2024 pada usia 60 tahun.

Pihak kakitangan Taman Pertanian Johor mengucapkan jutaan terima kasih & setinggi penghargaan di atas khidmat sumbangan membangun & memajukan Taman Pertanian Johor selama bertugas di sini. Semoga tuan sentiasa diberikan kesihatan berpanjangan & sentiasa di dalam rahmatNYA. Selamat menikmati alam persaraan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

14 Disember 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al Iman di Taman Pertanian Johor. S...
14/12/2023

14 Disember 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz Al Iman di Taman Pertanian Johor. Seramai 50 orang pelajar dan 11 orang guru pengiring yang turut serta. Pelajar didedahkan dengan ilmu berkaitan tumbuhan serta info pertanian oleh pegawai bertugas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke laman kelulut & galeri tani serta keliling taman menaiki trem.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

24 November 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar - pelajar dari SMK Layang-Layang Kluang  di Taman Pertanian Jo...
24/11/2023

24 November 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar pelajar - pelajar dari SMK Layang-Layang Kluang di Taman Pertanian Johor. Seramai 29 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring yang turut serta dalam lawatan ini.

Tujuan lawatan adalah bagi memenuhi sukatan pelajaran pelajar iaitu berkaitan Sains Tanah & Sains Tumbuhan yang dipelajari. Pelajar dikongsi & didedahkan dengan info pertanian yang berkaitan serta sedikit aktiviti praktikal dibantu oleh pegawai bertugas.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke laman kelulut , lawatan ke galeri tani dan pameran, mengelilingi taman menaiki trem serta pendedahan asas untuk membuat cantuman dan teknik Tut pada pokok.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

23 November 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar Tabika Kemas Taman Flora Heights di Taman Pertanian Johor. Seramai 20 ...
23/11/2023

23 November 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar Tabika Kemas Taman Flora Heights di Taman Pertanian Johor. Seramai 20 orang pelajar, 2 orang guru pengiring serta penjaga yang turut serta. Pelajar didedahkan dengan ilmu berkaitan tumbuhan serta penjagaan asas tumbuhan oleh pegawai bertugas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke laman kelulut untuk merasa madu, galeri tani dan pameran serta mengelilingi taman menaiki trem.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

22 November 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar Taska Kemas Semurni Kasih di Taman Pertanian Johor. Seramai 25 orang p...
22/11/2023

22 November 2023 - Sekitar lawatan sambil belajar Taska Kemas Semurni Kasih di Taman Pertanian Johor. Seramai 25 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring yang turut serta. Pelajar didedahkan dengan ilmu berkaitan tumbuhan serta penjagaan asas tumbuhan oleh pegawai bertugas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke laman kelulut & galeri tani serta keliling taman menaiki trem.





Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

30 Oktober 2023 - Menerima kunjungan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) dari Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kepu...
30/10/2023

30 Oktober 2023 - Menerima kunjungan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) dari Program Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian Pelancongan Dan Hospitaliti Pengurusan Pelancongan serta 3 orang pensyarah yang turut serta.

Tujuan utama lawatan adalah untuk membincangkan usaha sama yang dapat dilakukan bagi merancakkan lagi aktiviti agropelancongan serta jumlah pelawat di sini dengan keterlibatan pelajar secara langsung. Pelbagai cadangan dan idea yang telah di kongsi oleh pelajar dan pensyarah dalam lawatan ini.

Pelajar dan pensyarah kemudiannya di bawa melawat ke galeri tani, lapangan, laman kelulut dan kawasan sekitar dan diberikan penerangan maklumat yang diperlukan oleh pegawai yang bertugas.






Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

25 Oktober 2023 - Menerima kunjungan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dari Program Diploma Pengurusan Pelancongan. Tuju...
25/10/2023

25 Oktober 2023 - Menerima kunjungan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dari Program Diploma Pengurusan Pelancongan. Tujuan kunjungan adalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran dan penggunaan peralatan yang terdapat di sini bagi melancarkan dan menjayakan projek akhir mereka.

Pelajar di bawa melawat ke galeri tani, lapangan dan kawasan sekitar dan diberikan penerangan maklumat yang diperlukan oleh pegawai yang bertugas.






Jabatan Pertanian Negeri Johor
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia

Address

Lot 584, Mukim Sg Tiram, Kong-Kong
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072666707

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taman Pertanian Johor Kong-Kong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Taman Pertanian Johor Kong-Kong:

Share