Balai Polis Permas Jaya

Balai Polis Permas Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Polis Permas Jaya, Government Organization, Balai Polis Permas Jaya, , G-09 Blok A3 Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya, Masai.

Balai Polis Permas Jaya memainkan peranan yang penting dalam menjaga keselamatan, ketenteraman dan kemesraan kepada seluruh penduduk di kawasan Permas Jaya & Senibong

LATIHAN GEMPARAN APIPada 23 Jun 2026 (Selasa), Balai Polis Permas Jaya dengan kerjasama Bomba & Penyelamat Johor Jaya te...
23/06/2026

LATIHAN GEMPARAN API

Pada 23 Jun 2026 (Selasa), Balai Polis Permas Jaya dengan kerjasama Bomba & Penyelamat Johor Jaya telah melaksanakan Program Gemparan Api, Ceramah Keselamatan, Demonstrasi Penggunaan Alat Pemadam Api serta Kawad Pengungsian Bangunan.

πŸ”Ή OBJEKTIF :
▢️ Memberi pendedahan berkaitan tindakan keselamatan ketika berlaku kebakaran atau kecemasan.
▢️ Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesiapsiagaan warga balai dalam menghadapi situasi kecemasan.

πŸ”Ή ULASAN :
▢️ Program berjalan lancar dengan penglibatan warga balai melalui taklimat, demonstrasi dan latihan praktikal kawad pengungsian bangunan.
▢️ Program ini berjaya meningkatkan kesedaran aspek keselamatan serta memperkukuhkan kerjasama antara PDRM dan JBPM dalam pengurusan kecemasan.

πŸ”Ή Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pihak JBPM sebagai tanda penghargaan.


&PenyelamatJohorJaya

22/06/2026
22/06/2026
22/06/2026

JANGAN ABAIKAN TITIK BUTA

Titik buta merupakan kawasan di sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat melalui cermin pandang belakang atau cermin sisi. Mengabaikannya boleh mengundang risiko kemalangan serius dan meragut nyawa.







πŸ”„ Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya

22/06/2026

TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA YDH ACP RAUB BIN SELAMAT & YBHG. PUAN FATIMAH BINTI MISKEN

, 22 Jun 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH ACP Raub Bin Selamat serta YBhg. Puan Fatimah Binti Misken atas segala jasa, bakti dan pengorbanan sepanjang berkhidmat di IPD Johor Bahru Selatan.

Semoga terus maju jaya dalam apa jua lapangan yang diceburi.

22/06/2026
PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN DAN LALU LINTAS Pada 6 Jun 2026, Balai Polis Permas Jaya bersama Trafik IPD Johor Bahru Se...
06/06/2026

PENUGASAN KAWALAN KESELAMATAN DAN LALU LINTAS

Pada 6 Jun 2026, Balai Polis Permas Jaya bersama Trafik IPD Johor Bahru Selatan telah melaksanakan penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena Konvoi Bermotosikal Campuran DUN Permas 2026 – Jelajah Orang Johor (JOJ) yang melibatkan kira-kira 200 buah motosikal.

Konvoi bermula dari Bandar Baru Permas Jaya menuju ke Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang dengan kawalan keselamatan dan lalu lintas dilaksanakan sepanjang laluan yang dipertanggungjawabkan.

Hasil pemantauan mendapati program berlangsung dengan lancar, teratur dan selamat tanpa sebarang kemalangan, gangguan keselamatan atau kejadian tidak diingini.

Terima kasih atas kerjasama semua peserta dan orang awam yang membantu menjayakan program ini.



01/06/2026

SELAMAT MEMYAMBUT HARI WESAK TAHUN 2026.

YDH ACP Raub bin Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan mengucapkan Semoga sambutan Hari Wesak diraikan dalam suasana penuh kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian terutamanya dibawah pentadbiran Ibupejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang menyambutnya.



πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”  Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha ...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada YDH DCP Hoo Chuan Huat, Pemangku Ketua Polis Johor bersama isteri YBhg Puan Saw See Na, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor serta seluruh warga Polis Kontinjen Johor.



Address

Balai Polis Permas Jaya, , G-09 Blok A3 Jalan Permas Utara, Bandar Baru Permas Jaya
Masai
81750

Telephone

+60 7-386 4522

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Permas Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share