01/09/2026
INFOGRAFIK JEREBU UNTUK SEKOLAH KPM NEGERI JOHOR
Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor) menyeru semua Pejabat Pendidikan Daerah, pihak sekolah, warga pendidik, ibu bapa/penjaga serta murid agar sentiasa peka terhadap tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU), khususnya ketika cuaca panas dan berjerebu.
๐ซ๏ธ TINDAKAN SEKOLAH BERDASARKAN BACAAN IPU
๐ธ IPU melebihi 100
Semua aktiviti di luar bilik darjah hendaklah dihentikan. Aktiviti keramaian, sukan dan aktiviti luar bangunan hendaklah ditangguhkan.
๐ธ IPU melebihi 200
Semua sekolah di kawasan atau daerah yang terlibat hendaklah ditutup serta-merta.
๐ธ IPU melebihi 500
Guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah.
๐ธ Pembukaan semula sekolah
Bergantung kepada bacaan IPU di bawah 200 dan trend bacaan yang menunjukkan penurunan.
โ LANGKAH PERLINDUNGAN WARGA SEKOLAH
Warga sekolah disarankan memakai pelitup muka, minum air dengan kerap serta sentiasa memantau bacaan IPU semasa melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Murid yang tidak sihat hendaklah dirujuk segera kepada ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa dan penjaga yang bimbang akan kesihatan anak juga dinasihatkan agar tidak menghantar anak ke sekolah serta memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.
Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan.
๐ UTAMAKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN MURID
Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita
๐บ YouTube Rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/
๐ Facebook Rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/
๐ธ Instagram Rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/
๐๏ธ YouTube Cikgu Podcast
https://youtube.com/
๐ต TikTok Cikgu Podcast
https://www.tiktok.com/
๐ Laman Sesawang Rasmi JPN Johor
http://jpnjohor.moe.gov.my