04/09/2026
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69
KAMPUNG PLENTONG BARU 🇲🇾
31 Ogos 2026 | Isnin
Alhamdulillah, tanggal 31 Ogos 2026, Kampung Plentong Baru kembali meriah dengan semangat patriotisme menerusi Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 yang dianjurkan oleh PDM Pemuda UMNO Kampung Plentong bersama KPKPB dan Komuniti Pemuda Kampung Plentong Baru.
Program ini berlangsung penuh warna-warni dengan perarakan kemerdekaan, paluan kompang serta persembahan seni silat Kerawangan Peradin Chemande, sekali gus mengangkat keunikan budaya dan warisan masyarakat setempat.
Majlis telah dirasmikan oleh Saudara Mohd Akmal Bin Mohd Za’ai, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, selaku wakil rasmi Saudara Noor Azleen Ambros, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi menyemarakkan sambutan, antaranya pertandingan pakaian beragam, sepak takraw, Street Soccer 3V3, Fun Run dan sukaneka, yang berjaya menghimpunkan masyarakat serta anak-anak muda dalam suasana penuh kemeriahan, persahabatan dan semangat kesukanan.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, sukarelawan dan komuniti Kampung Plentong Baru atas usaha menjayakan program yang cukup bermakna ini.
Bagi kita, kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi menyemai rasa cinta kepada negara, memperkukuh perpaduan dan membina generasi muda yang berani, aktif serta bertanggungjawab.
Semangat Merdeka harus terus hidup dalam jiwa setiap rakyat daripada generasi terdahulu kepada generasi anak muda yang bakal mencorakkan masa depan Malaysia.
Anak muda bersatu, komuniti diperkasa, Malaysia terus maju.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾