Armada Masjid Tanah P134

Armada Masjid Tanah P134 Bersatu Beramanah Bermaruah

06/05/2020

[IHYA RAMADAN 1441H]

Tazkirah Dhuha Ramadan Siri 1





[IHYA' RAMADHAN 1441H]ARMADA BERSATU BAHAGIAN MASJID TANAH dan DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MASJID TANAH akan menganjurkan P...
30/04/2020

[IHYA' RAMADHAN 1441H]

ARMADA BERSATU BAHAGIAN MASJID TANAH dan DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MASJID TANAH akan menganjurkan Program Ihya' Ramadhan 1441H bagi bulan Ramadhan ini. Program yang dianjurkan ini terdiri daripada aktiviti :

✅ Tazkirah Interaktif
✅ Sumbangan Kit Makanan
✅ Penyediaan Juadah Berbuka & Juadah Bersahur
(Khas Buat Frontliners di Parlimen Masjid Tanah)

Penganjuran program juga akan mengikuti Standard Of Procedur (SOP) ketika PKP Fasa-4 ini. Jadi nantikan kehadiran Pemuda Perikatan Nasional di 5 Kawasan DUN didalam Parlimen Masjid Tanah.

P/s : Untuk menyumbang dan pertanyaan lanjut boleh hubungi/whatsapp :
📞 ARMADA : +6019-863 0313 (Syed Fauzi)
📞 PEMUDA PAS : +6014-522 8155 (Zahid)






[AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1441H]Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan ker...
23/04/2020

[AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1441H]

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah pada 24/4/2020 bersamaan 1 Ramadhan 1441H (Jumaat) ini seluruh umat Islam akan menjalani ibadah Puasa.

Saban tahun Rakyat Malaysia akan ke bazaar Ramadhan, berbuka puasa di Hotel atau Masjid dan bertarawikh di Masjid atau Surau. Namun tidak pada tahun ini dimana Rakyat Malaysia diperintahkan untuk berada dirumah masing-masing sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Raikan Ramadhan pada tahun ini dengan penuh tawadhuk, bersederhana dan bersyukur keatas nikmat-Nya.

Namun, saya pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah swt berfirman dalam Al-quran : "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(سورة الشرح Ayat 5 dan 6 )

Dikesempatan ini, Saya Abdul Iman Bin Jamaluddin mewakili Barisan Ahli Jawatankuasa ARMADA Bahagian Masjid Tanah mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1441H. Saya juga berharap kita dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan supaya kita semua terhindar dari wabak Covid-19. Semoga Ramadhan pada kali ini memberi seribu makna bersama keluarga dalam menunaikan ibadah. Terima kasih.

*ABDUL IMAN BIN JAMALUDDIN*
KETUA ARMADA,
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA,
BAHAGIAN MASJID TANAH.




Hebahan buat muslimin dan muslimat di Negeri Melaka.
22/04/2020

Hebahan buat muslimin dan muslimat di Negeri Melaka.

18 April 2020Ketua Armada Sdr Abdul Iman bersama Naib Ketua Armada Sdr Shahril Asrul@Apak Hari ini berkesempatan untuk m...
18/04/2020

18 April 2020

Ketua Armada Sdr Abdul Iman bersama Naib Ketua Armada Sdr Shahril Asrul@Apak Hari ini berkesempatan untuk memberi sumbangan kepada penduduk Kg Pinang yang memerlukan..

Sumbangan ini diberi melalui daripada Projek Armada Care.. Terima Kasih diucapkan kepada YB Datuk Hajjah Wira Mas Ermieyati Samsudin Ahli Parlimen Masjid Tanah yang banyak memberi sokongan untuk melancarkan misi projek Armada Care tersebut..

Kami Armada Masjid Tanah mengharapkan semua penduduk Masjid Tanah dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini agar Kita dapat bersama-sama terhindar dari virus Covid-19 ini..





14/4/2020 Alhamdulillah pada petang ini kami berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan berbentuk kit makanan kepada ...
14/04/2020

14/4/2020



Alhamdulillah pada petang ini kami berkesempatan untuk memberi sedikit sumbangan berbentuk kit makanan kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Pemberian ini diketuai sendiri oleh Ketua Armada Bahagian Masjid Tanah Sdr Abdul Iman Dan Pengerusi Biro Kebajikan Armada Bahagian Masjid Tanah Sdr Mohd Nazrul Haqimi.

Turut serta dalam program ini Sdr Muhammad Zaidil bin Sabtu (Ketua Cawangan Armada Ramuan China Besar merangkap Penyelaras Armada Dun Ayer Limau) dan Sdr Nizamuddin bin Abd Raof ( Pengerusi Biro Pendidikan Armada Masjid Tanah) serta ahli jawatankuasa Armada Masjid Tanah.

Terima Kasih juga diucapkan kepada YB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk meneruskan misi bantuan ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Semoga dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

In Sya ALLAH kami akan terus mencari dana/sumbangan untuk memberi kepada golongan yang memerlukan. Kami juga mengharap masyarakat Masjid Tanah khususnya dapat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar kita sama-sama terhindar dari wabak Covid-19..

Semoga anda sentiasa dalam Rahmat ALLAH..






11 April 2020 | MASJID TANAHARMADA Masjid Tanah terus komited untuk menyampaikan bantuan merupakan kit makanan kepada ma...
11/04/2020

11 April 2020 | MASJID TANAH

ARMADA Masjid Tanah terus komited untuk menyampaikan bantuan merupakan kit makanan kepada masyarakat yang memerlukan terutamanya di Parlimen Masjid Tanah..

Segala pergerakan penyampaian bantuan ini telah diketuai oleh Ketua ARMADA Masjid Tanah Sdr Abdul Iman Dan juga Naib Ketua ARMADA Masjid Tanah Sdr Shahril Asrul@Apak. Terima Kasih juga diucapkan kepada Pengerusi Biro Kebajikan & Masyarakat ARMADA Masjid Tanah Sdr Nazrul serta Barisan AJK ARMADA Masjid Tanah yang selalu bersama untuk menjayakan misi pemberian sumbangan ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi impak kepada semua masyarakat kerana ada dalam kalangan mereka yang bekerja sebagai buruh kasar, ada juga bekerja sendiri dan sebagainya. Oleh Yang demikian, YB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati Mas Ermieyati Samsudin; Tim. Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah serta Ketua BERSATU Bahagian Masjid Tanah telah berbesar hati untuk menjalankan misi pemberian sumbangan ini.

Selain itu, kami juga terus komited untuk memberi makanan kepada front liner yg bertungkus lumus melaksanakan arahan kerajaan agar dapat membendung wabak virus Covid-19. Kami mendoakan agar anda berada dalam keadaan sihat walafiat. Jasa anda tidak dapat kami balas selain ucapan Terima Kasih.

Kami menyeru agar rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Melaka dapat mematuhi segala arahan daripada kerajaan supaya kita semua dapat membendung penularan wabak Covid-19 ini in shaa Allah.

Saya mengambil sedikit dari petikan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 April 2020 'Terima Kasih juga kepada insan-insan yang bermurah hati membungkus makanan untuk dihantar kepada para petugas di barisan hadapan. Mereka membuat secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Anda adalah insan yang hebat'..

In shaa Allah, ARMADA Masjid Tanah akan terus berkhidmat kepada seluruh masyarakat di Parlimen Masjid Tanah yang memerlukan supaya dapat mengurangkan sedikit beban yang dialami dan dirasai ini.

Terima Kasih diucapkan kepada semua yang telah berjaya mematuhi arahan PKP.






Teks Perutusan Khas Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin..Pkp dilanjutkan sehingga 28 April 2020.. Ka...
10/04/2020

Teks Perutusan Khas Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin..

Pkp dilanjutkan sehingga 28 April 2020.. Kami dari Armada Masjid Tanah mengharapkan rakyat Malaysia terutama rakyat negeri Melaka dapat mematuhi segala perintah kawalan yg dikeluarkan oleh kerajaan agar virus ini dapat dibendung demi kesenangan semua pihak..



Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN PKS (Tambahan)
06/04/2020

Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN PKS (Tambahan)





Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat Mulai 6 April 2020
04/04/2020

Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat Mulai 6 April 2020

Address

Masjid Tanah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Armada Masjid Tanah P134 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share