Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah

Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah Dewan Muslimat Pas Kawasan Masjid Tanah

03/09/2026
https://www.facebook.com/share/1DuqNdMvDV/?mibextid=wwXIfr
03/09/2026

https://www.facebook.com/share/1DuqNdMvDV/?mibextid=wwXIfr

🌿 SELAMAT DATANG KE MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA KE-66 🌿

✨ Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum! ✨
Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami mengalu-alukan seluruh para muktamirin, perwakilan serta AJK DMPP ke bumi Kelantan Darul Naim.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya kita dipertemukan kembali dalam Muktamar Tahunan DMPP Ke-66 — medan menyatukan hati, memperkukuh ukhwah dan menyemarakkan semangat perjuangan.

Selamat datang sahabat seperjuangan!

Semoga setiap langkah menuju muktamar ini menjadi langkah yang diberkati, setiap pertemuan mengeratkan silaturahim dan setiap bicara menyumbang kepada kekuatan perjuangan Muslimat.

🌸 Islam Berdaulat, Wanita Bermartabat 🌸

Selamat bermuktamar!
Semoga muktamar kali ini berlangsung dengan penuh keberkatan dan menghasilkan keputusan terbaik buat perjuangan Islam dan ummah. 💚




03/09/2026
https://www.facebook.com/share/1GAR9NJqWm/?mibextid=wwXIfr
02/09/2026

https://www.facebook.com/share/1GAR9NJqWm/?mibextid=wwXIfr

NAK CARI TEMPAT BEST NAK OOTD DENGAN SAHABAT-SAHABAT?

Muktamar nanti bukan sekadar bertemu dan bersua muka…
tapi inilah masa untuk cipta kenangan bersama sahabat seperjuangan!

Dah sampai Pantai Irama Bachok, jangan lupa cari spot cantik untuk bergambar!

Nak suasana meriah? Singgah Pasar Siti Khadijah

Nak bergambar dengan latar penuh sejarah? Jom ke Masjid Jamek Muhammadi

📸 Satu gambar, seribu kenangan.

Satu pertemuan, mengeratkan ukhwah.

Sahabat bertemu, muktamar jadi lebih bermakna!

Jadi… sahabat dah ready nak OOTD dengan siapa nanti? 😍



02/09/2026
https://www.facebook.com/share/18wx1Dv6Jk/?mibextid=wwXIfr
02/09/2026

https://www.facebook.com/share/18wx1Dv6Jk/?mibextid=wwXIfr

🌿 SEHARI LAGI! 🌿

Esok kita bertemu! 🥰💚
Hari ini, para AJK Muktamar bertungkus-lumus menyiapkan segala kelengkapan dan keperluan bagi memastikan perjalanan muktamar berjalan lancar.

Dari awal pagi hingga selesai, satu demi satu persiapan disusun, diperiksa dan disempurnakan. 💪🏻

Di sebalik kemeriahan yang bakal kita saksikan esok, ada tenaga, masa dan pengorbanan para petugas yang bekerja tanpa jemu.

Terima kasih buat semua AJK dan petugas yang sedang berusaha sebaik mungkin. 🤲🏻

✨ TINGGAL 1 HARI SAHAJA LAGI! ✨
Kita bakal bertemu sahabat-sahabat seperjuangan, mendengar suara perwakilan dan bersama-sama menghidupkan muktamar.

Esok… kita jumpa di Kelantan! 💚





Address

Kompleks PAS Jalan Hujan Panas
Masjid Tanah
78300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share