SKK SMK GHAFAR BABA

SKK SMK GHAFAR BABA SKK SMK GHAFAR BABA ini dihasilkan untuk perkongsian maklumat setiap warga SMK Ghafar Baba,tidak kir

26/05/2026
Selamat datang dan tahniah kami ucapkan kepada semua pelajar baharu Tingkatan 6 Semester 1.Kami mengalu-alu kehadiran an...
26/05/2026

Selamat datang dan tahniah kami ucapkan kepada semua pelajar baharu Tingkatan 6 Semester 1.
Kami mengalu-alu kehadiran anda menjadi ahli keluarga SMK Ghafar Baba. Gilap potensi diri, sahut cabaran STPM, dan mari bersama-sama membina masa depan yang gemilang. Anda mampu melakukannya!

.

18/05/2026


Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik SMK Ghafar Baba.Terima kasih atas segala pengorbanan, kesungguhan d...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh warga pendidik SMK Ghafar Baba.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat lelah. Setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan dan setiap usaha yang dilakukan menjadi cahaya yang membina masa depan generasi hari ini.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembimbing, inspirasi dan pencetus harapan buat setiap murid. Semoga semua guru SMK Ghafar Baba terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat untuk terus menabur bakti demi agama, bangsa dan negara.

“Guru Bitara Nadi Negara”

Selamat Hari Guru!
Ikhlas daripada
Pentadbir SMK Ghafar Baba

Selamat Hari Guru buat semua insan hebat yang bergelar guru, khususnya warga pendidik SMK Ghafar Baba.Di sebalik setiap ...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua insan hebat yang bergelar guru, khususnya warga pendidik SMK Ghafar Baba.

Di sebalik setiap kejayaan murid, ada doa guru yang tidak pernah putus. Di sebalik setiap langkah murid, ada usaha dan pengorbanan guru yang sering tidak terlihat. Walau kadangkala penat, kita tetap hadir dengan senyuman kerana percaya bahawa pendidikan mampu mengubah kehidupan.

Terima kasih kepada semua rakan guru yang sentiasa kuat, sabar dan saling menyokong dalam mendidik generasi masa depan. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Selamat Hari Guru 2026.
“Guru Bitara Nadi Negara”

Ikhlas daripada
Guru-guru SMK Ghafar Baba

15/05/2026

Selamat Hari Guru ; Guru Bitara Nadi Negara

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaTn. Hj. Nasruddin Bin Abdullahatas pelantikan sebagaiGuru Penolong Kanan Hal Ehw...
14/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
Tn. Hj. Nasruddin Bin Abdullah
atas pelantikan sebagai
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Ade Putra, Masjid Tanah.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta bakti yang telah dicurahkan sepanjang 19 tahun berkhidmat di SMK Ghafar Baba tanpa mengenal penat dan jemu. Kehadiran, kepimpinan serta tunjuk ajar Tuan amat bermakna dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga sekolah.

Pemergian Tuan meninggalkan seribu kenangan, namun kami yakin pengalaman dan dedikasi yang dimiliki akan terus membawa kecemerlangan di tempat baharu.

Semoga Tuan terus sukses dalam setiap amanah yang dipikul, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

“Jasa dikenang, budi disanjung,
Kasih terpahat sepanjang zaman.”

Ikhlas daripada
Warga SMK Ghafar Baba

Skuad Gemilang Berintegriti”Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan Pemimpin Murid SGB Council 20...
27/04/2026

Skuad Gemilang Berintegriti”

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan Pemimpin Murid SGB Council 2026 yang bertempat di Lembah Peladang Agro Park, Sungai Buloh, Selangor.

Program ini bertujuan membentuk jati diri, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta memupuk nilai integriti dalam kalangan pemimpin murid agar mampu menjadi contoh terbaik kepada rakan sebaya. Sepanjang kem ini, para peserta telah melalui pelbagai aktiviti yang mencabar minda, fizikal dan emosi, sekali gus mengukuhkan semangat kerjasama dan keyakinan diri.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan diri dan sekolah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

23/04/2026

BANDARAYA MELAKA 22 April - Lahir dan berasal daripada keluarga B40 bukan menjadi penghalang, sebaliknya menjadi pembakar semangat buat seorang pelajar untuk me

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka m...
12/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap alumni SMK Ghafar Baba, atas kesudian hadir memeriahkan Majlis Gema Klasik Syawal Seindah Kenangan.

Kehadiran YAB bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi satu inspirasi besar kepada seluruh warga sekolah, khususnya para pelajar. Sokongan dan keprihatinan yang berterusan terhadap pembangunan pendidikan serta kebajikan anak-anak di SMK Ghafar Baba amat kami hargai dan sanjungi.

Sesungguhnya, komitmen YAB dalam memastikan generasi muda mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti serta peluang masa depan yang lebih baik membuktikan keikhlasan seorang pemimpin yang tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Semoga hubungan erat antara pihak sekolah, alumni dan kepimpinan negeri ini akan terus utuh demi kecemerlangan SMK Ghafar Baba pada masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi YAB atas kehadiran, sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai.

Address

SMK Ghafar Baba
Masjid Tanah
78300

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 15:00
Thursday 07:30 - 15:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+6063841257

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKK SMK GHAFAR BABA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share