05/08/2026
🔥 MASJID TANAH, INI MASANYA! 🔥
Buat pertama kalinya dalam sejarah, Masjid Tanah bakal menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia.
Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Bawalah keluarga, sahabat dan rakan-rakan untuk sama-sama memeriahkan Karnival Gelombang MADANI Masjid Tanah 2026.
Bukan sekadar hadir bertemu Perdana Menteri, malah inilah peluang terbaik untuk mengenali pelbagai agensi kerajaan yang menawarkan khidmat, bantuan dan inisiatif terus kepada rakyat. Pelbagai program menarik, pameran interaktif, khidmat nasihat, aktiviti keluarga, jualan Rahmah serta pelbagai kemudahan menanti anda sepanjang hari.
Inilah bukti usaha Kerajaan MADANI di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam mendekatkan kerajaan dengan rakyat supaya setiap lapisan masyarakat lebih mudah mendapatkan maklumat, bantuan dan peluang yang disediakan.
Kalau selalu tengok di televisyen atau media sosial, kali ini jumpa sendiri. Datang, beramah mesra dan rasai sendiri kemeriahan karnival terbesar yang menghimpunkan rakyat bersama pemimpin negara dalam suasana santai dan penuh manfaat.
📅 7 Ogos 2026 (Jumaat)
🕖 7.00 pagi hingga 7.00 petang
📍 Dewan Belia dan Sukan Masjid Tanah
Ayuh warga Masjid Tanah. Jadilah sebahagian daripada sejarah. Jumpa di sana dan kita gegarkan Karnival Gelombang MADANI Masjid Tanah 2026!