RISDA Melaka

RISDA Melaka Medium pantas hebahan info & maklumat berkenaan program & bantuan kerajaan kepada pekebun kecil ind

🌿𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 & 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐘 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐲𝐏𝐊🌿📅 1 September 2026📍 Kampung Ora...
02/09/2026

🌿𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 & 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐘 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐆𝐄𝐓𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐋𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐲𝐏𝐊🌿

📅 1 September 2026
📍 Kampung Orang Asli Lubuk Bandung
👥 25 orang pekebun kecil

Turun padang, berkongsi ilmu, memperkasa pekebun kecil. 🤝🌱

Pejabat RISDA Negeri Melaka telah melaksanakan sesi lawatan pemantauan aktiviti jualan getah skrap dan lateks, di samping memberi bimbingan berkaitan pemasaran hasil getah, kepentingan kualiti hasil serta kaedah pemasaran yang lebih bersesuaian bagi meningkatkan nilai dan p**angan kepada pekebun kecil.

Sesi ini turut melibatkan pengump**an dan pengemaskinian maklumat pekebun kecil melalui Aplikasi MyPK, selaras dengan pelaksanaan Learning Day.

🌱 Ilmu diperkasa, kualiti ditingkatkan, hasil dimaksimumkan.

RISDA Melaka — Sentiasa Dekat, Sentiasa Bersama Pekebun Kecil. 🇲🇾

📢 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀Peluang kerjaya bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)! 🌱RIS...
28/08/2026

📢 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀

Peluang kerjaya bersama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)! 🌱

RISDA kini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

🔧 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J1
📌 Taraf Jawatan: Tetap
💰 Gaji Permulaan: RM1,561.00 hingga RM1,683.00 mengikut kategori Sijil Kompetensi yang dimiliki.

✨ Antara syarat utama:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 18 tahun ke atas
✅ Memiliki kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
✅ Keutamaan kepada calon yang memiliki Kompetensi sebagai Pendawai Zon Selatan.

📲 Jangan lepaskan peluang ini!
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui kod QR pada poster.

🗓️ Tarikh tutup permohonan: 4 September 2026 (Jumaat)

Rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga RISDA dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan pekebun kecil negara. 🌱💚

🌙 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥, 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita sama-sama memperingati kelahiran junj...
24/08/2026

🌙 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥, 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita sama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak Baginda dan menghidupkan nilai kasih sayang, amanah serta ihsan dalam kehidupan seharian. 🤍

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW menjadi panduan dalam setiap langkah dan menyatukan kita dalam kebaikan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.



24/08/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐙𝐀𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐙𝐍𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈, 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Kump**an RISDA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA di atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada hari ini 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Didoakan semoga kehadapan ini, RISDA akan terus cemerlang, maju dan gemilang di bawah pimpinan YBhg. Datuk Ketua Pengarah demi kesejahteraan pekebun kecil dan kemakmuran negara, Insha Allah.

24/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐊𝐄-𝟕𝟕 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀 𝐃𝐑. 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐑𝐔𝐒𝐓𝐀𝐌, 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Warga Kerja Kump**an RISDA mengucapkan Selamat Hari Jadi Ke-77 kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.

Semoga Tun bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman serta seluruh keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan kurnia-Nya kepada Tun serta keluarga, dan mengurniakan kekuatan untuk terus memimpin Negeri Melaka menjadi negeri yang makmur dan maju.

Amin Ya Rabbal A’lamin.

🚨🌳 PEKEBUN GETAH MELAKA, JANGAN LEPAS INFO NI! 🌳🚨HARGA BELIAN 18/08/2026 🔥🟢 SKRAP — RM4.18/kg🔴 LATEKS — RM7.39/kg💰 Bukan...
17/08/2026

🚨🌳 PEKEBUN GETAH MELAKA, JANGAN LEPAS INFO NI! 🌳🚨

HARGA BELIAN 18/08/2026 🔥

🟢 SKRAP — RM4.18/kg
🔴 LATEKS — RM7.39/kg

💰 Bukan sekadar harga…
Yang penting harga adil + urusan telus + bayaran tunai + belian terus dalam kebun!

Sebab tu konsep BELIAN TERUS DALAM KEBUN penting — hasil pekebun lebih terjaga, urusan lebih mudah dan pekebun boleh bergerak lebih maju. 💪🌳

📍 Depo Getah
Pusat Pengump**an Getah & Lateks

📲 Hubungi ikut kawasan:
🔹 Alor Gajah — Azmi: 017-309 5571
🔹 Masjid Tanah — Khidir: 017-311 0722
🔹 Jasin — Syahir: 017-670 7106

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69!

Belian terus. Harga terbaik. Pekebun maju.
🔥 Mana lagi?? Melaker Lerrrr!!! 🔥

Kita cuba p**a pakai pen dan kertas, ada sambutan ke tak?📸🇲🇾 Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun...
15/08/2026

Kita cuba p**a pakai pen dan kertas, ada sambutan ke tak?

📸🇲🇾 Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun kecil getah!

Sertai Pertandingan Fotografi Lensa Merdeka RISDA 2026 : “Dua Bingkai, Satu Makna”.

Rakam DUA FOTO yang menggambarkan Semangat Kemerdekaan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil dalam satu penceritaan yang kreatif serta bermakna.

Hadiah menarik menanti pemenang! Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

📅 Tarikh penyertaan: 1 – 31 Ogos 2026 📲

Imbas kod QR pada poster untuk menghantar penyertaan anda!
Ayuh, sertai sekarang! Biar gambar anda mengabadikan makna kemerdekaan dan kemakmuran desa! 📷✨

Baca Terma Dan Syarat di pautan hantaran asal >>> https://www.facebook.com/share/p/1DPie1YtcH/

SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDukacita dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah Allahya...
13/08/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah Allahyarham Encik Noor Hisyam bin Sallehudin, Penjaga Jentera Elektrik, Pejabat RISDA Melaka pada petang tadi.

Seluruh warga kerja Pejabat RISDA Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati serta memuliakan rohnya, melapangkan dan menerangi kuburnya, serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞ آمِينَ

Ikhlas daripada Pengarah serta seluruh warga kerja Pejabat RISDA Negeri Melaka.

📢 Warga pekebun kecil Melaka, dengar sini!Nak jual getah? Kami datang terus ke kebun! 🚜🌳✅ Harga adil✅ Bayaran tunai✅ Uru...
12/08/2026

📢 Warga pekebun kecil Melaka, dengar sini!

Nak jual getah? Kami datang terus ke kebun! 🚜🌳

✅ Harga adil
✅ Bayaran tunai
✅ Urusan cepat dan mudah
✅ Tak perlu pening fikir pengangkutan

📅 13 Ogos 2026

💰 Harga Belian
🌿 Skrap (Getah Kering) : RM4.17/kg
🥛 Lateks : RM7.43/kg

📲 Pegawai Untuk Dihubungi
📍 Alor Gajah – Azmi : 017-3095571
📍 Masjid Tanah – Khidir : 017-3110722
📍 Jasin – Syahir : 017-6707106

Belian Terus Dalam Kebun — Mudah, Cepat dan Menguntungkan!

🌳 GETAH KEBUN KITA, HARGA KITA! 🌳Nak jual getah? Jual terus dalam kebun! 💰11/08/2026🟦 Skrap — RM4.10/kg🟥 Lateks — RM7.40...
11/08/2026

🌳 GETAH KEBUN KITA, HARGA KITA! 🌳

Nak jual getah? Jual terus dalam kebun! 💰

11/08/2026

🟦 Skrap — RM4.10/kg
🟥 Lateks — RM7.40/kg

✅ Harga terbaik
✅ Urusan telus
✅ Bayaran tunai
✅ Pekebun senang

Pekebun senang, hasil pun berbaloi.

Tak payah lorat, terus hubungi! 📲

👉 Alor Gajah: Azmi — 017-309 5571
👉 Masjid Tanah: Khidir — 017-311 0722
👉 Jasin: Syahir — 017-670 7106

Dah cun dah harga tu… nak tunggu ape lagi? 😏

🔥 Mana lagi?? MELAKER LERRR!!! 🌿

Negeri Hang Tuah, harga pun tak kalah!

Address

PEJABAT RISDA NEGERI MELAKA, NO 36, Jalan TUN SRI LANANG
Melaka
75100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share