Klinik Pergigian Mentakab

Klinik Pergigian Mentakab Perkongsian maklumat dan aktiviti-aktiviti semasa melibatkan Klinik Pergigian Mentakab

02/08/2026
🦷 HARI KESIHATAN PERGIGIAN DI PPDK CAHAYA WARISAN 🦷📅 Tarikh: 15 Julai 2026Alhamdulillah, Program Hari Kesihatan Pergigia...
30/07/2026

🦷 HARI KESIHATAN PERGIGIAN DI PPDK CAHAYA WARISAN 🦷

📅 Tarikh: 15 Julai 2026

Alhamdulillah, Program Hari Kesihatan Pergigian telah berjaya dilaksanakan di PPDK Cahaya Warisan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut, antaranya:
✨ Ceramah Kesihatan Pergigian
🦷 Pemeriksaan Pergigian
😁 Rawatan Pergigian
📚 Pameran Pendidikan Kesihatan Pergigian

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta memupuk amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik untuk kehidupan yang lebih sihat.

Terima kasih kepada warga PPDK Cahaya Warisan dan IGG Klinik Pergigian Mentakab atas kerjasama dan sambutan yang amat menggalakkan. Semoga kita berjumpa lagi pada program akan datang! 💙🦷






Pergigian Daerah Temerloh

28/07/2026

Terima kasih adik-adik Tabika KEMAS sudi melawat Klinik Pergigian Mentakab🫶🏻
Jaga gigi elok-elok ya😊

✨Gigi Sihat, Senyuman Memikat💫Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti / Program Transformation With 1 Smile Together (T...
26/06/2026

✨Gigi Sihat, Senyuman Memikat💫

Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti / Program Transformation With 1 Smile Together (TW1ST) telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Komuniti Temerloh pada 26 Jun 2026.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah berlangsung, antaranya:
🎙️ Ceramah Kesihatan Pergigian
🦷 Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian
🪥 Pameran Pergigian
🎨 Pertandingan Poster Pergigian

Terima kasih kepada semua pihak yang telah meluangkan masa dan menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini.

Semoga kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian terus dipupuk demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat!💙

Pergigian Daerah Temerloh
Kolej Komuniti Temerloh, Pahang



20/05/2026

Nak senyuman kekal cantik, yakin dan sihat?
Rahsianya bukan pada gigi putih semata-mata… tapi bermula dengan gusi yang sihat 🦷✨

Ramai tak sedar, gusi berdarah ketika gosok gigi, gusi bengkak atau mulut berbau sebenarnya boleh menjadi tanda awal penyakit gusi. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan menjejaskan senyuman anda 🥺

Ingat, gusi yang sihat membantu anda mengekalkan senyuman yang lebih yakin dan berkekalan. Jom jaga gusi hari ini demi senyuman yang lebih sihat esok!

“Good cause wellness on wheels “ by OSK Group  dengan kerjasama PKD Temerloh ( KK Kuala Krau ) & PKPD Temerloh (KP Menta...
20/05/2026

“Good cause wellness on wheels “ by OSK Group dengan kerjasama PKD Temerloh ( KK Kuala Krau ) & PKPD Temerloh (KP Mentakab) telah berlangsung pada 9 Mei 2026. Sambutan sangat menggalakkan dari semua pihak. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Pergigian Daerah Temerloh


06/05/2026

🦷 HARI KESIHATAN PERGIGIAN WARGA EMAS
60 Tahun, 20 Batang Gigi!

Program telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga emas sekitar Mentakab 🤍

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti:
✨ Ceramah kesihatan pergigian
✨ Demo penjagaan gigi & gigi palsu
✨Anugerah Mulut Sihat untuk Warga Emas yang mempunyai 20 batang gigi
✨ Pameran penjagaan gigi
✨Kuiz Kesihatan Pergigian untuk pesakit yang hadir ke klinik

Semoga segala perkongsian dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut, terutama dalam kalangan warga emas.

🦷 Senyum sihat, sepanjang hayat!
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini 🙌

#6020

Pergigian Daerah Temerloh

23/04/2026

🦷 Umur 60 Tahun, Sekurang-kurangnya 20 Batang Gigi 💜

Tahukah anda?
Menjelang usia 60 tahun, kita disarankan mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang masih berfungsi dengan baik.

Kenapa penting?
✅ Mudah menikmati makanan berkhasiat
✅ Membantu penghadaman yang lebih baik
✅ Bertutur dengan jelas & yakin
✅ Kekal bergaya dengan senyuman menawan

💡 Jaga gigi dari sekarang — pencegahan lebih baik daripada rawatan.

#6020

🦷 JOM SERTAI KAMI!Hari Kesihatan Pergigian Warga Emas60 Tahun, 20 Batang Gigi!Adakah anda atau ahli keluarga berusia 60 ...
22/04/2026

🦷 JOM SERTAI KAMI!
Hari Kesihatan Pergigian Warga Emas
60 Tahun, 20 Batang Gigi!

Adakah anda atau ahli keluarga berusia 60 tahun ke atas?
Jangan lepaskan peluang untuk belajar cara menjaga gigi agar kekal sihat sepanjang hayat 💙

📣 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
✨ Ceramah kesihatan pergigian
✨ Demo penjagaan gigi & gigi palsu
✨ Pameran penjagaan gigi
✨ Aktiviti interaktif & kuiz

📅 Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 10 pagi & 3 petang
📍 Tempat: Ruang Menunggu Klinik Pergigian Mentakab

🎯 Terbuka kepada semua warga emas & penjaga

Jom hadir beramai-ramai!
🦷 Senyum sihat, sepanjang hayat!

#6020

Address

Jalan Karak
Mentakab
28400

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6092784062

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Mentakab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share