Balai Polis Mentakab

Balai Polis Mentakab Balai Polis Mentakab, Jalan Stesen Keretapi, 28400 Mentakab Pahang

Tel: 09-2771222
Fax: 09-2771523

26/07/2026

*Rondaan Cegah Jenayah & Comunity Policing bersama SRS kawasan Mentakab*

*A) Butir-Butir program*

Tarikh :*25 Julai 2026 (Sabtu)*
Masa : *2200 hrs hingga 2400 hrs*
Lokasi :*Sekitar Taman-taman, SRS Taman Sri Layang & SRS Taman Tualang Indah Mentakab Temerloh Pahang*

*๐Ÿ˜Ž Kehadiran*

1- KPB Mentakab Asp Mohd Bijuri Abdullah bersama
8 APR BP mentakab
2- Anggota SRS Tmn Sri layang dan SRS Tmn tualang serta masyarakat setempat.

*C)Pengisian Program:*

1. KPB bersama 8 APR melakukan rondaan sekitar Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Saga menggunakan motosikal URB dan singgah di SRS Taman Sri layang dan SRS Taman Tualang Indah Mentakab Pahang.

2. Menunjukan kehadiran polis kepada orang awam secara tidak langsung meningkatkan tahap keselamatan serta keyakinan masyarakat kepada PDRM

3. Menjalinkan kerjasama bersama team SRS dalam membantu menyalurkan maklumat dan mencegah kejadian jenayah.

4. Beramah mesra dan berkongsi maklumat tentang trend jenayah terkini kepada anggota SRS.

*D) Ulasan:*

1. Aktiviti mendapat respond positif dari team SRS dan masyarakat setempat.

*E) Gambar dilampirkan.*

*Sekian, Terima Kasih*

*Rondaan Cegah Jenayah   & Comunity Policing bersama SRS kawasan Mentakab**A) Butir-Butir program*Tarikh :*25 Julai 2026...
26/07/2026

*Rondaan Cegah Jenayah & Comunity Policing bersama SRS kawasan Mentakab*

*A) Butir-Butir program*

Tarikh :*25 Julai 2026 (Sabtu)*
Masa : *2200 hrs hingga 2400 hrs*
Lokasi :*Sekitar Taman-taman, SRS Taman Sri Layang & SRS Taman Tualang Indah Mentakab Temerloh Pahang*

*B) Kehadiran*

1- KPB Mentakab Asp Mohd Bijuri Abdullah bersama
8 APR BP mentakab
2- Anggota SRS Tmn Sri layang dan SRS Tmn tualang serta masyarakat setempat.

*C)Pengisian Program:*

1. KPB bersama 8 APR melakukan rondaan sekitar Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Saga menggunakan motosikal URB dan singgah di SRS Taman Sri layang dan SRS Taman Tualang Indah Mentakab Pahang.

2. Menunjukan kehadiran polis kepada orang awam secara tidak langsung meningkatkan tahap keselamatan serta keyakinan masyarakat kepada PDRM

3. Menjalinkan kerjasama bersama team SRS dalam membantu menyalurkan maklumat dan mencegah kejadian jenayah.

4. Beramah mesra dan berkongsi maklumat tentang trend jenayah terkini kepada anggota SRS.

*D) Ulasan:*

1. Aktiviti mendapat respond positif dari team SRS dan masyarakat setempat.

*E) Gambar dilampirkan.*

*Sekian, Terima Kasih*

20/07/2026
๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™Selamat Menyambut Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah 1448H.Semoga kedatangan tahun baharu Hi...
16/06/2026

๐ŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Awal Muharram dan Salam Maal Hijrah 1448H.

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuhkan iman dan meningkatkan amal ibadah. Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik, penuh keberkatan, kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta akhirat.

โ€œHijrah Membawa Perubahan, Keimanan Membawa Keberkatan.โ€

Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keselamatan, rezeki yang melimpah serta rahmat-Nya kepada kita semua.

Salam Maal Hijrah 1448H
Ikhlas daripada
ASP Hj. Mohd Bijuri Bin Abdullah
Ketua Polis Balai Mentakab

๐Ÿคฒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ู‡ูฐุฐูู‡ู ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุณูŽู†ูŽุฉูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุฉู ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ู„ูŽู†ูŽุง ุฌูŽู…ููŠุนู‹ุง

โ€œYa Allah, jadikanlah tahun ini tahun yang penuh kebaikan, keberkatan dan rahmat buat kami semua.โ€



01/06/2026

KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Datoโ€™ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran โ€œTan Sriโ€.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.





#01062026

26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan, saya selaku Ketua Polis Balai Mentakab mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat khususnya warga Mentakab dan daerah Temerloh.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mempereratkan silaturahim serta menanam semangat pengorbanan, keikhlasan dan perpaduan dalam kehidupan kita semua.

Berhati-hati di jalan raya, utamakan keselamatan keluarga dan sentiasa menjaga keharmonian masyarakat.

โ€œPengorbanan Mengajar Erti Keikhlasanโ€

Ikhlas daripada,
ASP HJ MOHD BIJURI BIN ABDULLAH
Ketua Polis Balai Mentakab

๐ŸŒ™๐Ÿ„๐Ÿ•Œ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐Ÿ•Œ๐Ÿ„๐ŸŒ™

Setinggi-tinggi penghargaan dari Warga Balai Polis Mentakab kepada Insp. Razzi Bin Ismail yang bertukar ke Cawangan Perl...
18/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dari Warga Balai Polis Mentakab kepada Insp. Razzi Bin Ismail yang bertukar ke Cawangan Perlesenan IPD Temerloh. Segala tunjuk ajar, nasihat dan kepimpinan yang tuan curahkan sepanjang menjadi Ketua Polis Balai Mentakab amat bermakna kepada kami semua. Selamat maju jaya dan semoga tuan terus cemerlang dalam memikul amanah demi bangsa, agama dan negara.
Terima Kasih Tuan ๐Ÿซก๐Ÿซก๐Ÿซก

LAWATAN KEBAJIKAN ZIARAH KEMATIAN IBU MERTUA ANGGOTA BALAI POLIS MENTAKAB04/05/2026 ( Isnin ) - Sm Normala Binti Leman (...
04/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN ZIARAH KEMATIAN IBU MERTUA ANGGOTA BALAI POLIS MENTAKAB

04/05/2026 ( Isnin ) - Sm Normala Binti Leman ( P/Kpb ), Kpl Sazreen Binti Samat, Kpl Nurshihah Binti Che Man, Kpl Syarifah Noorliyana Binti Syed Othman, Kons Mohammad Hairullah Bin Ab Manan wakil dari Balai Polis Mentakab dan Kpl Nor Baizura Binti Abdul Barudin, Ustaz Nasirudin Bin Mohamadon wakil Caw. Kebajikan Ipd Temerloh telah membuat lawatan kebajikan ziarah kematian ibu mertua Kpl Mohd Fitri Bin Wan Teh anggota Balai Polis Mentakab.

Allahyarhamah Jamaโ€™ayah Binti Sulaiman berumur 64 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang.

Warga Balai Polis Mentakab dan seluruh warga IPD Temerloh menzahirkan ucapan takziah dan marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Al-Fatihah.



01/05/2026

Address

Jalan Stesen Keretapi
Mentakab
28400

Telephone

+6092771222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Mentakab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share