16/06/2026
SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙
Selamat menyambut Tahun Baru Islam kepada seluruh warga sekolah, murid serta ibu bapa. Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa sinar hijrah yang lebih baik, meningkatkan keimanan, serta menguatkan azam untuk terus maju dalam kehidupan dan pendidikan.
✨ “Hijrah Mencipta Perubahan, Membina Masa Depan Berlandaskan Iman dan Ilmu.”
📌 Dimaklumkan bahawa cuti sempena Awal Muharram adalah pada 17 Jun 2026 (Rabu) dan sesi persekolahan akan bersambung semula pada 18 Jun 2026 (Khamis).
Terima kasih. 🤍