Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjong Dawai

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjong Dawai Dapatkan Info Mengenai Pusat Khidmat Wakil Rakyat Di Sini

Alhamdulillah.Majlis penyerahan Baucer Bantuan Persekolahan “Back To School” kepada 99 orang pelajar.Program bantuan fas...
20/02/2024

Alhamdulillah.

Majlis penyerahan Baucer Bantuan Persekolahan “Back To School” kepada 99 orang pelajar.

Program bantuan fasa pertama ini adalah kerjasama PKWR Tanjong Dawai dan Ahli Majlis Perbandaran Sg Petani (MPSPK) bagi Zon 12; Encik Mohd Syafik bin Hj Hassan.

Turut hadir, Pegawai MPSPK; Encik Jamaluddin bin Ali.

Majlis berlangsung di dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Merbok (PUTIM), Pengkalan Kakap.

Semoga sesi persekolahan baharu nanti dimulakan dengan ceria.

“Sikit Tanda Ingat. Banyak Tanda Ada”

Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua.

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU BAGI TAHUN 2024 MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH & MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL ...
14/02/2024

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU BAGI TAHUN 2024 MAKTAB MAHMUD NEGERI KEDAH & MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL AMAN

Keputusan Kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Mahmud Negeri Kedah & Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Bagi Tahun 2024 boleh disemak di portal rasmi Lembaga Maktab Mahmud atau klik link di bawah

Maktab Mahmud Negeri Kedah (LELAKI)
https://drive.google.com/file/d/1GL2i8tgHpNipO0PcjjYcKdGGsJGyVcSp/view?usp=sharing

Maktab Mahmud Negeri Kedah (PEREMPUAN)
https://drive.google.com/file/d/1QO0O32zfGRqCTIU2EkDSw9VP3Abe8r79/view?usp=sharing

Maahad Tahfiz Sains Darul Aman
https://drive.google.com/file/d/1CYlQD2i0SJ0u3Kq9_tLb2XqgT93jRw_I/view?usp=sharing

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit HEM Lembaga Maktab Mahmud di talian 04-7728973


___
🖱Portal : https://www.lmm.gov.my/
📱Twitter : https://twitter.com/MahmudMaktab
💻page : https://www.facebook.com/lembagamaktabmahmud

Alhamdulillah.Program ziarah pada hari ini berlangsung di Kg Pasir. Sumbangan Beras Sejahtera dan barangan dapur disampa...
14/02/2024

Alhamdulillah.

Program ziarah pada hari ini berlangsung di Kg Pasir.

Sumbangan Beras Sejahtera dan barangan dapur disampaikan di dewan Masjid Jamek Al Abidi.

Turut hadir; Pak Lang Hamzah (Tuan Imam) dan pegawai masjid serta Puan Zabedah.

“Sikit Tanda Ingat. Banyak Tanda Ada”

Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua

Sedih dan pilu bila team PKWR Tanjong Dawai sampai ke rumah Tok Maimunah yang terletak di Kampung Pasir, Merbok.Mana tak...
14/02/2024

Sedih dan pilu bila team PKWR Tanjong Dawai sampai ke rumah Tok Maimunah yang terletak di Kampung Pasir, Merbok.

Mana taknya, Tok Maimunah hanya berlaskan toto dan berlantaikan mozek sebelum ini menanggung sakit tuanya.

Alhamdulillah apabila mendapat permohonan dan info mengenai keadaan Tok Maimunah, pihak PKWR sedaya upaya menyediakan Katil Wakaf bagi memenuhi keperluan Tok Maimunah.

Kami doakan agar beliau terus diberi kesihatan yang baik dan sihat sejahtera, InsyaAllah.



Dun Tanjung Dawai mula mengalami tekanan air yang rendah akibat kemarau dan fenomena elnino yang melanda Kedah ketika in...
13/02/2024

Dun Tanjung Dawai mula mengalami tekanan air yang rendah akibat kemarau dan fenomena elnino yang melanda Kedah ketika ini.

Dua kaedah aduan sekiranya rumah anda mengalami gangguan bekalan air dan mohon untuk pihak SADA menghantar bekalan air :

Kaedah 1 melalu aduan email:

Langkah 1 cari www.sada.com.my di bahagian enjin carian, klik di bahagian aduan. Langkah 2 ialah dengan mengisi maklumat peribadi yang diminta dan akhirnya tekan butang hantar aduan.

Kaedah 2 melalui aduan WhatsApp:

Langkah 1 simpan no WhatsApp SADA +6011-65210500 kemudian taip perkatan "Aduan Air". Pihak SADA akan membalas dengan menghantar maklumat berkaitan peribadi dan jenis aduan yang perlu diisi oleh pihak pengadu. Isi semua maklumat dan send kembali kepada pihak SADA.

Moga maklumat ini membantu pihak tuan puan yang menghadapi gangguan bekalan air.



06/02/2024
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pada pagi ini, En Fadzil Salleh mewakili YB Adun Tanjong Dawai telah turun me...
22/01/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada pagi ini, En Fadzil Salleh mewakili YB Adun Tanjong Dawai telah turun menziarahi dan menyantuni penduduk dan masyarakat Kampung Tupah Lama, Merbok.

Dalam program sumbangan pada pagi tadi, pihak PKWR Tanjong Dawai telah memberikan taklimat mengenai bantuan-bantuan yang boleh dimohon oleh golongan yang memerlukan yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah.

Usai taklimat tersebut, telah diadakan penyerahan sumbangan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Harapan kami, agar sedikit bantuan ini dapat meringankan bebanan kesemua penerima pada hari ini.

Tanjong Dawai Di Hati
"Sedikit Tanda Ingat, Banyak Tanda Ada"
Kedah Sejahtera - Nikmat untuk Semua





Pegawai Khas YB Tanjong Dawai, En Fadzil Salleh bersama team PKWR Tanjung Dawai hari ini turun menzirahi dan menhantar p...
22/01/2024

Pegawai Khas YB Tanjong Dawai, En Fadzil Salleh bersama team PKWR Tanjung Dawai hari ini turun menzirahi dan menhantar permohonan katil wakaf kepada Puan Siti Ismail.

Pihak PKWR telah menghantar katil ini di rumah beliau yang terletak di Kampung Sungai Derhaka.

Kami doakan Puan Siti Asa Ismail diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik selepas ini.

Tanjung Dawai Di Hati
Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua




Sempat hadir memberi penghormatan kepada arwah Badeli Bin Daud di Masjid Tanjung Dawai pada hari ini.Sama-sama kita doak...
08/01/2024

Sempat hadir memberi penghormatan kepada arwah Badeli Bin Daud di Masjid Tanjung Dawai pada hari ini.

Sama-sama kita doakan agar roh arwah ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Mati Itu Pasti

Address

Pusat Tarbiyah Islam Merbok
Merbok
08400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60162016567

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjong Dawai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjong Dawai:

Share