PAS Kawasan Merbok

PAS Kawasan Merbok Kami update info politik setiap hari!
📢 Nak ikuti perkembangan terkini ADUN?

Sila buat carian :

👉 DUN Bukit Selambau: YB Ustaz Azizan bin Hamzah, ADUN N.25 Bukit Selambau
👉 DUN Tanjung Dawai: Ustaz Hanif bin Haji Ghazali

KEPUTUSAN KES SAMAN FITNAH TERHADAP MB SANUSI (KEDAH AGRO)17 Ogos 2026 @ 9.15pagiSiti Aishah & 2 lagi lwn MB Sanusi (Ked...
17/08/2026

KEPUTUSAN KES SAMAN FITNAH TERHADAP MB SANUSI (KEDAH AGRO)

17 Ogos 2026 @ 9.15pagi

Siti Aishah & 2 lagi lwn MB Sanusi (Kedah Agro)

Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Dato Ibrahim bin Osman telah *MENOLAK dengan kos sebanyak RM10,000-00* saman fitnah yang dibawa oleh Plaintif-Plaintif.

Saman fitnah ini difailkan berkenaan dengan isu viral kegagalan pembayaran gaji oleh Kedah Agro pada menjelang PRN 6 Negeri pada 2023;

Setelah mempertimbankan hujahan pihak-pihak dan keterangan saksi-saksi perbicaraan, Mahkamah memutuskan atas imbangan kebarangkakalian bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kesnya atas alasan bahawa:-

(a) Plaintif gagal untuk membuktikan kenyataan-kenyataan MB adalah merujuk kepada Plaintif-Plaintifsamada secara langsung atau innuendo;

(b) Ucapan-ucapan MB hanya melibatkan operasi dan dasar Kerajaan Negeri Kedah berkaitan Kedah Agro;

(c) Sebagai MB, Defendan berhak membuat ulasan yang wajar;

(d) Kenyataan tersebut hanya dibuat bagi menjawab/respon terhadap isu yang tular pada masa itu. MB bertanggungjawab untuk megulas khususnya soal pembayaran gaji, yang mana jika tidak dijelaskan ia akan memberi kesan yang buruk kepada Kerajaan Negeri Kedah;

(e) Tiada rujukan dibuat oleh MB terhadap Plaintif-Plaintif;

(f) Kenyataan dibuat secara umum tanpa menamakan sesiapa;

(g) Fakta-fakta yang diucapkan adalah diakui oleh Plaintif-Plaintif sendiri sebagai faktanya yang benar;

(h) Tiada mana-mana perkataan yang bersifat memfitnah Plaintif-Plaintif;

(i) MB berhak bergantung kepada pembelaan justifikasi berkaitan prestasi kewangan Kedah Agro termasuk isu kegagalan membayar gaji.

(j) MB layak bergantung kepada pembelaan fair comment atas kapasiti sebagai MB Kedah;

(k) Tiada sebarang elemen niat jahat dalam kenyataan-kenyataan;

(l) MB tidak pernah langsung mengenali Plaintif-Plaintif;

(m) Frasa-frasa yg dirujuk tidak berupaya menjatuhkan reputasi Plaintif-Plaintif bahkan terlalu remote;

Atas alasan—alasan tersebut, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif.

YAB MB Sanusi diwakili oleh Tuan Mohd Faizi bin Che Abu, Dr Hj Yusfarizal bin Yussoff dan YB Wan Rohimi bin Wan Daud.

-TAMAT-

LUHAM Pusat
Kompleks Mahkamah Alor Setar
17 Ogos 2026 | 4 Rabiul awal 1448 H

17/08/2026

"RM50,000 Dalam 24 Jam: Rakyat Kedah Bangkit, Jangan Cabar Prinsip Kami!"

1. Belum pun 24 jam, dana RM50,000 bagi kos mahkamah isu judi sudah mencapai sasaran.Ini bukan sekadar angka, tetapi isyarat kuat sokongan rakyat.

2. Saat ada yang mempertikaikan perjuangan Kedah,rakyat p**a tampil menunjukkan bahawa mereka tidak mahu isu judi dipandang ringan.

3. RM50,000 berjaya dikumpulkan hasil sokongan orang ramai dan NGO yang mahu perjuangan ini diteruskan melalui saluran undang-undang.

4. Kutipan yang begitu pantas membuktikan isu ini menyentuh hati dan keresahan sebahagian masyarakat Kedah.

5. Jangan anggap perjuangan mempertahankan prinsip agama akan terhenti hanya kerana berdepan kos dan tekanan.

6. Ini bukan soal wang semata-mata. Ini soal prinsip, pendirian dan keberanian mempertahankan apa yang diyakini benar.

7. Kepada mereka yang menyangka perjuangan ini mudah dipatahkan, rakyat Kedah sudah memberikan jawapannya.

Kesimp**an:
RM50,000 terkumpul dalam kurang 24 jam! Ini bukti bahawa apabila sesuatu perjuangan menyentuh prinsip dan maruah, rakyat sanggup berdiri bersama. Jangan cabar semangat rakyat Kedah!

Disediakan oleh:
Penerangan Pas Kawasan Merbok
"Fakta diangkat, Rakyat dibela "

16/08/2026

"DI MANA SUARA ULAMA MADANI? JUDI KEDAH BUKAN ISU KECIL!"

1. Isu perjudian di Kedah bukan sekadar soal lesen perniagaan, tetapi menyentuh hukum yang jelas dalam Islam. Al-Quran menyifatkan judi sebagai rijsun min ‘amalish-shaytan dan memerintahkan orang beriman menjauhinya.

2. Kerajaan Kedah sejak 2023 mengambil pendirian tidak memperbaharui lesen premis perjudian. Namun keputusan itu dicabar di mahkamah dan kini dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

3. Persoalannya,di manakah suara ulama yang dikaitkan dengan pentadbiran Madani? Mengapa isu judi tidak kedengaran lantang seperti isu-isu politik dan kepentingan lain?

4. Jika benar mahu menjadikan Malaysia negara yang menghormati nilai Islam, suara ulama sepatutnya jelas.Judi ialah haram, bukan sekadar isu pentadbiran.

5. Masyarakat berhak bertanya: adakah suara agama hanya diperlukan ketika pilihan raya?

Kesimp**an:
Jangan biarkan hukum Allah tenggelam di bawah alasan politik dan birokrasi. Kalau judi pun ulama memilih diam, bila lagi suara mereka mahu didengar?

Disediakan oleh:
Penerangan Pas Kawasan Merbok
"Fakta diangkat, Rakyat dibela "

13/08/2026

"JUDI DI KEDAH: KAMI TIDAK AKAN PERNAH BERUNDUR!"

1. PAS Kedah menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dengan penuh hormat. Namun, jangan sesekali disangka bahawa perjuangan ini sudah berakhir!

2. Keputusan mahkamah mungkin menjadi satu ujian, tetapi cita-cita untuk melihat Kedah bebas daripada perjudian tidak akan pernah dipadamkan.

3. PAS Kawasan Merbok menyatakan sokongan penuh terhadap segala usaha PAS Kedah untuk menghapuskan dan tidak meneruskan lesen premis perjudian di negeri ini, selagi usaha tersebut dilaksanakan dalam ruang yang dibenarkan undang-undang.

4. Kita berjuang bukan untuk pop**ariti atau tepukan, tetapi demi menyelamatkan keluarga, melindungi anak-anak dan menjaga masa depan generasi.

5. Setiap usaha membendung perjudian adalah langkah mempertahankan masyarakat daripada ketagihan, hutang, kehancuran rumah tangga dan penderitaan.

6. PAS Kawasan Merbok akan terus berdiri bersama PAS Kedah, menggunakan segala ruang yang sah melalui pentadbiran, perundangan dan suara rakyat untuk menjayakan hasrat tersebut.

7. Kita mungkin diuji dalam satu medan, tetapi kita tidak akan menyerah dalam perjuangan!

8. Selagi nafas masih ada, PAS Kawasan Merbok akan terus memberikan sokongan kepada perjuangan PAS Kedah. Kalau memerlukan seribu langkah, kita akan melangkah. Kalau memerlukan seribu usaha, kita akan berusaha!

Kesimp**an:
Judi mungkin belum dapat dihapuskan hari ini, tetapi cita-cita melihat Kedah bebas daripada judi tidak akan pernah kami kuburkan. PAS Kawasan Merbok berdiri teguh menyokong segala usaha PAS Kedah untuk menghapuskan lesen premis perjudian.
Selagi hayat dikandung badan, perjuangan ini akan diteruskan.Demi keluarga, demi anak-anak dan demi masa depan generasi Kedah!

Disediakan oleh:
Penerangan PAS Kawasan Merbok
“Fakta Diangkat, Rakyat Dibela.”

Dekat 4 tahun dia peram laporan RCI, masa PRN dia baling bom asap, masa nak perang hari ni dia hilang. Itulah perangai P...
12/08/2026

Dekat 4 tahun dia peram laporan RCI, masa PRN dia baling bom asap, masa nak perang hari ni dia hilang.

Itulah perangai PMX kita.

31/07/2026

"Munajat 1 Ogos: Ya Allah, Satukan Hati, Kurniakan Kemenangan dan Keberkatan"

1. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa, pada hari yang penuh harapan ini kami menadah tangan memohon rahmat-Mu. Limpahkanlah ketenangan, keikhlasan dan kekuatan kepada seluruh jentera serta para penyokong PN–BN yang berjuang dengan aman dan beradab.

2. Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada PN–BN yang membawa kebaikan, keadilan, keberkatan serta kesejahteraan buat agama, rakyat dan Negeri Sembilan. Satukanlah hati para penyokong, teguhkan langkah mereka, dan permudahkan segala urusan mereka dengan pertolongan-Mu.

3. Ya Allah, jauhkanlah bumi Negeri Sembilan daripada perpecahan, fitnah, kezaliman, rasuah dan permusuhan. Tanamkanlah rasa kasih sayang, perpaduan dan amanah dalam kalangan seluruh rakyat.

4. Ya Allah, anugerahkanlah kepada para pemimpin yang dipilih hati yang takut kepada-Mu, lidah yang benar, jiwa yang amanah serta keberanian untuk menegakkan keadilan dan membela kepentingan rakyat.

5. Ya Allah, jadikanlah keputusan pilihan raya ini sebagai titik permulaan kepada pentadbiran yang diberkati, memelihara agama, menyatukan rakyat, memakmurkan negeri dan membawa manfaat kepada seluruh masyarakat.

Kesimp**an:
Marilah seluruh penyokong, pendokong dan sahabat yang mengharapkan kemenangan PN–BN terus memperbanyakkan munajat, berdoa dan memohon pertolongan Allah SWT sepanjang berlangsungnya pilihan raya ini. Iringilah setiap usaha dengan keikhlasan, kesabaran dan tawakal, kerana doa adalah senjata orang beriman. Jangan berhenti bermunajat sehingga peti undi ditutup dan keputusan diumumkan. Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada PN–BN yang membawa kebaikan, keadilan dan keberkatan buat agama, rakyat serta Negeri Sembilan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Disediakan oleh:
Penerangan PAS Kawasan Merbok
"Fakta Diangkat, Rakyat Dibela."

PRN 6 negeri tahun 2023 - Sanusi minta semua yang berada di perantauan, jangan berkira untuk balik mengundi. PRN Negeri ...
28/07/2026

PRN 6 negeri tahun 2023 - Sanusi minta semua yang berada di perantauan, jangan berkira untuk balik mengundi.

PRN Negeri Sembilan - Sanusi buka mata orang-orang Melayu.

Kita perlukan pemimpin yang berani dan boleh membuka mata rakyat seperti beliau.

25/07/2026

"Dua Darjat dalam Politik? Bila Sanusi Membela Melayu, Terus Diserang; Bila DAP Bersuara, Dianggap Menuntut Hak"

1. Laporan polis terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan sekali lagi mencetuskan perdebatan mengenai had kebebasan bersuara dalam politik. Ramai melihat setiap kenyataan beliau pantas menjadi polemik dan mengundang tindakan serta kritikan.

2. Rakyat melihat apabila Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bercakap mengenai kepentingan orang Melayu, beliau sering dituduh memainkan sentimen perkauman atau bersikap rasis. Namun apabila ada pemimpin DAP menyuarakan kepentingan masyarakat yang mereka wakili, ia lebih kerap dilihat sebagai usaha mempertahankan hak yang dijamin Perlembagaan. Perbezaan persepsi ini menimbulkan persoalan sama ada wujud layanan yang tidak seimbang.

3. Terdapat penganalisis politik berpendapat beliau sering menjadi sasaran serangan politik setiap kali mempertahankan isu berkaitan orang Melayu, walaupun mereka melihat beliau hanya menyuarakan pandangan yang selaras dengan Perlembagaan dan kedudukan Melayu serta Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Dalam sebuah negara demokrasi, semua pemimpin berhak menyuarakan pandangan. Jika sesuatu kenyataan dianggap melampaui batas, penilaiannya hendaklah dibuat berdasarkan kandungan, konteks dan undang-undang, bukannya identiti parti atau individu yang mengeluarkannya.

5. Keadilan yang sebenar bukan sekadar menghukum, tetapi memastikan ukuran yang sama digunakan terhadap semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Undang-undang akan dihormati apabila ia dilihat dilaksanakan secara adil dan konsisten.

Kesimp**an:
Rakyat mahukan keadilan yang tidak memilih bulu. Jika Sanusi dipersoalkan kerana kenyataannya, maka semua pemimpin juga wajar dinilai menggunakan piawaian yang sama.Hanya dengan prinsip keadilan yang konsisten, keyakinan rakyat terhadap institusi negara dapat terus diperkukuhkan, tanpa wujud persepsi bahawa ada pihak yang lebih mudah diserang, manakala pihak lain menerima layanan yang berbeza.

Disediakan oleh:
Penerangan PAS Kawasan Merbok
"Fakta Diangkat, Rakyat Dibela."

18/07/2026

Sebak bercampur gembira.

Melihat penyokong Perikatan Nasional dan BN berkumpul bersama di pusat penamaan calon DUN PRN Negeri Sembilan.

Dulu mungkin berbeza warna dan haluan, tapi pagi ini masing-masing boleh berdiri bersama dalam suasana yang tenang dan penuh hormat.

Salam dihulur, senyuman dibalas. Dari situ terasa seperti ada harapan baharu sedang tumbuh harapan untuk melihat ummah kembali rapat dan bersatu.

Penyatuan ini bukan tentang siapa lebih besar atau siapa lebih kuat. Ini tentang rakyat, agama dan Negeri Sembilan yang sama-sama kita sayang.

Bila PN dan BN memilih jalan muafakat, insya-Allah ummah akan menjadi lebih kuat.

Nismilan, Kito Jago!

Address

Pusat Tarbiah Islamiah Merbok (PUTIM), Jalan Kampung Pengkalan Kakap
Merbok
08400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Merbok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share