Japerun Bandar Merlimau

Japerun Bandar Merlimau Menyampaikan info-info semasa dan aktiviti ADUN Merlimau YB. Dr Akmal Saleh serta JAPERUN Merlimau.

21 April 2026- YB Datuk Dr Muhammad Akmal Bin Saleh telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada pelajar cemerlang S...
20/05/2026

21 April 2026- YB Datuk Dr Muhammad Akmal Bin Saleh telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM Tahun 2025 peringkat Parlimen Jasin yang berjaya memperoleh keputusan Straight A.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta mengharumkan nama keluarga dan masyarakat.



Jom semua orang kampung dan seluruh rakyat Malaysia kita meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Merlimau Dr. Akmal Saleh...
01/04/2026

Jom semua orang kampung dan seluruh rakyat Malaysia kita meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Merlimau Dr. Akmal Saleh pada Sabtu, 4/4/2026 bermula jam 8.00 malam di Dataran Orang Kampung Merlimau. Pelbagai juadah disediakan untuk anda sekeluarga dan yang paling penting kita dapat bertemu serta bermesra mengeratkan hubungan sesama insan. Kita jumpa Sabtu ini.


25 Mac 2026 – Staff Japerun Merlimau telah mewakili Yb Datuk Dr Akmal Saleh dalam menyampaikan sumbangan katil kepada pe...
31/03/2026

25 Mac 2026 – Staff Japerun Merlimau telah mewakili Yb Datuk Dr Akmal Saleh dalam menyampaikan sumbangan katil kepada pesakit terlantar Encik Munaji di Taman Botani Parkland dan Adik Iqbal di Kg Kilang Berapi.
Bantuan ini merupakan sumbangan daripada Dr. Akmal Saleh yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat. Semoga sedikit sumbangan ini dapat memberi keselesaan dan meringankan beban penerima.



5 Mac 2026 - Setiausaha Japerun Merlimau, Encik Zakariah Hj Samsudin telah mewakili Yb Datuk Dr Akmal Saleh dalam menyam...
06/03/2026

5 Mac 2026 - Setiausaha Japerun Merlimau, Encik Zakariah Hj Samsudin telah mewakili Yb Datuk Dr Akmal Saleh dalam menyampaikan sumbangan katil dan juga kit makanan kepada pesakit terlantar yang berada di Merlimau.Sumbangan ini juga turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan Merlimau Tengah.

Perkara ini menunjukkan keprihatinan YB Datuk Dr. Akmal Saleh di mana beliau sentiasa komited membantu masyarakat setempat. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban serta memberi sedikit keselesaan kepada penerima.



1 Mac 2026- Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2026 dan Majlis Berbuka Puasa telah berlangsung dengan jayanya di Seko...
02/03/2026

1 Mac 2026- Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2026 dan Majlis Berbuka Puasa telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Merlimau. Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Akmal Saleh dalam suasana yang meriah dan penuh keharmonian.

Kehadiran masyarakat Cina, India dan Melayu bersama-sama memeriahkan majlis jelas mencerminkan semangat perpaduan yang utuh dalam komuniti di DUN Merlimau. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran semua.



23 Februari 2026- Pembantu Kebajikan Japerun Merlimau, Puan Nurehan, telah mewakili YB Datuk Dr Akmal Saleh dalam menyam...
24/02/2026

23 Februari 2026- Pembantu Kebajikan Japerun Merlimau, Puan Nurehan, telah mewakili YB Datuk Dr Akmal Saleh dalam menyampaikan sumbangan katil kepada seorang pesakit di Taman Mesra Rim.

Sumbangan katil ini adalah hasil keprihatinan daripada YB Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, yang sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat setempat.

Semoga bantuan ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit serta meringankan beban keluarga yang menjaga.



15 Februari 2026 | Dewan MPJ Lipat KajangTelah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan YAB Ketua Menteri Melaka sempena...
16/02/2026

15 Februari 2026 | Dewan MPJ Lipat Kajang

Telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan YAB Ketua Menteri Melaka sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

YB Datuk Dr. Akmal Saleh telah mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dalam menyampaikan sumbangan kepada para penerima di Dewan MPJ Lipat Kajang.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberi manfaat serta menceriakan sambutan perayaan kepada para penerima. ✨



13/02/2026

Address

Bandar Merlimau
Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Japerun Bandar Merlimau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Japerun Bandar Merlimau:

Shortcuts

Share