28/08/2026
๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Lahir bagi warga kerja yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai dan Ogos, yang turut diserikan dengan Majlis Perpisahan buat Puan Ezza Hazzeeqa binti Mohd Yusoff.
Majlis ini menjadi satu ruang untuk warga kerja berkumpul, meraikan hari istimewa rakan-rakan yang diraikan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam suasana yang penuh kemesraan dan kekeluargaan. ๐๐
Dalam kesempatan ini, seluruh warga kerja turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Ezza Hazzeeqa binti Mohd Yusoff atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bersama organisasi.
Semoga segala urusan Puan Ezza dipermudahkan, terus sukses dalam perjalanan seterusnya dan sentiasa diberikan kebahagiaan serta keberkatan dalam kehidupan. Selamat maju jaya dan semoga kenangan bersama terus terpahat dalam ingatan. ๐ค
Tidak dilupakan, Selamat Hari Lahir buat semua warga kerja yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai dan Ogos! ๐
๐ฅณ Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan terus mencapai kejayaan dalam kehidupan serta kerjaya.
Selamat maju jaya, Puan Ezza, dan selamat hari lahir kepada semua yang diraikan! ๐๐