Amanah Kawasan Jasin

Amanah Kawasan Jasin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amanah Kawasan Jasin, Merlimau.

Laman Rasmi AMANAH Kawasan JASIN Melaka
Memaparkan aktiviti dan program Amanah yang berlangsung di kawasan Jasin serta membahaskan isu-isu politik dan kemasyarakatan

18/05/2026

Ramai ingat Konvensyen PH semalam cuma acara politik dan ucapan atas pentas.

Tapi kalau betul-betul tengok apa yang diumumkan, sebenarnya banyak perkara yang terus beri kesan kepada kehidupan rakyat biasa.

Bukan sekadar slogan.
Bukan sekadar tepuk tangan dalam dewan.

Tetapi bantuan, insentif dan dasar yang rakyat sendiri boleh rasa.

Antara yang diumumkan dan telah dilaksanakan kerajaan MADANI:

• Gaji minimum naik daripada RM1,200 kepada RM1,700.
• Pelarasan gaji penjawat awam terbesar dalam sejarah moden negara.
• Hampir 169,000 peluang pekerjaan diwujudkan.
• Kadar kemiskinan dan miskin tegar menurun.
• Harga lantai belian padi naik daripada RM1,200 kepada RM1,500 satu tan metrik.
• Insentif penoreh getah dinaikkan.
• Program SARA diperluaskan sehingga 5.4 juta penerima.
• Bantuan SARA ditingkatkan sehingga RM2,100 setahun melalui MyKad.
• Peruntukan STR dan SARA naik kepada RM13 bilion, tertinggi dalam sejarah negara.
• Bantuan BUDI MADANI untuk rakyat yang terkesan dengan subsidi diesel bersasar termasuk petani dan penternak kecil.
• Bantuan tunai STR diteruskan kepada jutaan rakyat B40 dan M40.
• Program Payung Rahmah diteruskan untuk bantu kos sara hidup rakyat.
• Klinik, sekolah dan kemudahan asas mula dinaik taraf hasil penjimatan ket1r1san subsidi.
dan banyak lagi.

Ini sebab ramai rakyat mula nampak beza antara politik sembang dengan politik bekerja.

Dulu ramai hanya dengar janji.

Sekarang rakyat mula nampak pelaksanaan.

Ya, harga barang masih tinggi.
Ya, rakyat masih terbeban.

Tapi kena jujur juga tengok keadaan dunia sekarang.

Satu dunia bergelut dengan inflasi, perang ekonomi dan ketidaktentuan global.

Dalam keadaan macam itu, Malaysia masih mampu:

• tarik pelaburan,
• tambah peluang kerja,
• naikkan gaji minimum,
• dan terus salurkan bantuan kepada rakyat.

Itu bukan berlaku sendiri.

Itu hasil kestabilan politik dan pengurusan ekonomi.

Sebab itu PRU akan datang bukan sekadar pertandingan siapa paling kuat menjerit dalam ceramah.

Rakyat kena tanya:

Siapa yang ada pelan untuk urus negara?
Siapa yang ada rekod bekerja?
Siapa yang mampu tarik pelaburan dan stabilkan ekonomi?
Dan siapa yang hanya tahu bermain sentimen marah, takut dan fitn4h?

PH bukan sempurna.

Tak ada kerajaan sempurna.

Tetapi setakat ini, rakyat boleh nampak satu perkara:

Negara bergerak semula selepas bertahun-tahun politik huru-hara, kerajaan jatuh, lompat parti dan perebutan kuasa.

Nak pulihkan negara bukan boleh siap dalam setahun dua.

Ekonomi yang rosak bertahun-tahun perlukan masa untuk dipulihkan.

Sebab itu rakyat kena nilai dengan kepala, bukan dengan emosi semata-mata.

Kalau hari ini: gaji naik,
bantuan bertambah,
peluang kerja meningkat,
pelaburan masuk,
dan bantuan rakyat diperluaskan…

Bayangkan apa boleh jadi kalau kestabilan ini diteruskan lagi beberapa tahun.

Itu sebab masih ramai percaya PH perlu diberi peluang untuk teruskan kerja pemulihan negara pada PRU akan datang.



11/05/2026

Insya-Allah, lagi 7 hari kita akan berhimpun dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 di Johor.

Ayuh kita semarakkan konvensyen ini dengan semangat perpaduan dan tekad untuk terus bekerja demi rakyat dan masa depan Malaysia yang lebih baik.

📅 Ahad, 17 Mei 2026
📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor


Siap sedia.
04/05/2026

Siap sedia.

20/04/2026

Isu fitnah Yb Zulkifli Ismail terhadap Yb Fadlina Sidik yang berakhir di mahkamah ini bukan sekadar kes biasa ia adalah peringatan besar tentang amanah dalam berkata-kata.

Apabila seseorang memegang pelbagai jawatan seperti Ahli Parlimen Jasin, Mudir Pondok Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’, Ketua Dewan Ulamak di peringkat negeri dan pusat, masyarakat meletakkan harapan yang tinggi terhadap akhlak, disiplin ilmu dan tanggungjawabnya.

Namun, keputusan mahkamah yang mengarahkan permohonan maaf serta bayaran kos memberi isyarat jelas bahawa tuduhan yang dibuat tidak dapat dipertahankan. Ini bukan soal persepsi, tetapi soal fakta dan proses undang-undang.

Allah SWT telah mengingatkan dengan tegas:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (tabayyun) kebenarannya…”
— Surah Al-Hujurat: 6

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta apabila dia menceritakan setiap apa yang didengarnya.”
— Riwayat Muslim

Ayat dan hadis ini bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk diamalkan lebih-lebih lagi oleh mereka yang membawa imej agama.

Apabila prinsip tabayyun diabaikan, dan tuduhan dilempar tanpa bukti, ia bukan sahaja mencalar maruah individu lain, tetapi juga meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap institusi agama dan kepimpinan itu sendiri. Lebih menyedihkan apabila perkara ini datang daripada mereka yang sepatutnya menjadi contoh.

Jawatan tidak mencerminkan sifat jika akhlak tidak dijaga. Gelaran tidak memberi makna jika kebenaran dipinggirkan. Dalam Islam, menjaga lidah dan memastikan kebenaran adalah sebahagian daripada iman.

Kepada rakyat, jadikan kes ini sebagai pengajaran. Jangan mudah terpengaruh dengan tuduhan, jangan cepat menyebarkan berita tanpa semakan. Jauhi budaya fitnah dan kembalilah kepada prinsip tabayyun yang diajar oleh Islam.

Kebenaran mungkin lambat, tetapi ia tetap akan terserlah. Dan apabila ia datang, yang tinggal hanyalah nilai integriti sama ada dipertahankan, atau telah pun tergadai.

Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Melaka
20 April 2026


06/04/2026
14/02/2026

RAHAYU HAMZAH ANTARA NAMA DISEBUT SEBAGAI BAKAL CALON AMANAH MELAKA

Melaka – Nama Rahayu Hamzah kini menjadi antara sebutan utama dalam senarai bakal calon wanita yang diketengahkan oleh Pengerusi Datuk Ashraf Mukhlis Minghat bagi mewakili Parti Amanah Negara negeri Melaka pada pilihan raya akan datang.

Menurut kepimpinan AWAN Melaka sedang memberi fokus kepada penglibatan lebih ramai wanita berwibawa dan berkaliber untuk diketengahkan sebagai calon, sejajar dengan aspirasi memperkasa kepimpinan wanita dalam politik. Rahayu Hamzah dilihat sebagai antara tokoh yang berpotensi besar, khususnya dalam mendekati golongan wanita, anak muda serta komuniti akar umbi.

Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dalam kenyataan terbaharu semasa program Tanweer AWAN Melaka tempoh hari, menegaskan bahawa Amanah Melaka komited untuk menampilkan calon yang mempunyai rekod khidmat masyarakat yang baik, berintegriti serta memahami denyut nadi rakyat. Beliau turut menyebut bahawa kerusi wanita menjadi antara keutamaan dalam strategi parti untuk memperkukuh sokongan rakyat di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Rahayu Hamzah yang aktif dalam program kebajikan, pembangunan komuniti serta aktiviti kemasyarakatan dilihat memiliki kelebihan tersendiri dari segi komunikasi dan pendekatan mesra rakyat. Kehadiran beliau dalam pelbagai program turun padang sebelum ini turut mendapat maklum balas positif daripada masyarakat setempat.

Pemerhati politik berpendapat, sekiranya pencalonan itu dimuktamadkan, Rahayu berpotensi memberi nafas baharu kepada jentera wanita Amanah di Melaka serta membantu memperkukuh kedudukan parti dalam kalangan pengundi muda dan pengundi wanita.

Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenai senarai calon masih menunggu pengumuman daripada kepimpinan pusat parti dalam masa yang akan ditentukan. Apa yang pasti, nama Rahayu Hamzah kini semakin mendapat perhatian sebagai antara figura wanita yang disebut-sebut untuk membawa suara rakyat Melaka di pentas politik negeri dan nasional.

“Ikhlas Berkhidmat, Mendapat Berkat”
“Calon Bukan Hiasan, Janji Turun Padang”

08/12/2025

Address

Merlimau

Telephone

+60136279269

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Kawasan Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah Kawasan Jasin:

Share