PEJABAT KADI MERSING

PEJABAT KADI MERSING Pejabat Kadi Daerah Mersing merupakan sebuah organisasi yang mentadbir pengurusan dan segala aktiviti keagamaan Islam di daerah Mersing.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W PERINGKAT DAERAH MERSINGTAHUN 1448H/2026MTarikh:  12 Rabiulawal 1448H / 25 Ogos 2026...
16/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W PERINGKAT DAERAH MERSING
TAHUN 1448H/2026M

Tarikh: 12 Rabiulawal 1448H / 25 Ogos 2026M ( Selasa)
Masa : 7.30 Pagi
Tempat: Masjid Jamek Dato' Ghulam, Kampung Sri Pantai, Mersing

"Maju Johor dihayati Ummah diberkati"

Muslimin dan muslimat dipersilakan hadir

Timbangtara sebaiknya sebelum buat keputusan..
16/08/2026

Timbangtara sebaiknya sebelum buat keputusan..

โš ๏ธ NIKAH DI LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN? FIKIRKAN KESANNYA.

Jangan kerana mahu memudahkan urusan hari ini, pasangan dan keluarga terpaksa berdepan kesulitan pada masa akan datang.

Antara kesan yang mungkin timbul:
๐Ÿ”น Proses pendaftaran perkahwinan menjadi lebih rumit
๐Ÿ”น Boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan yang berkuat kuasa
๐Ÿ”น Menyukarkan urusan perceraian dan tuntutan hak pasangan
๐Ÿ”น Menimbulkan kesulitan dalam urusan anak dan dokumen rasmi
๐Ÿ”น Menyukarkan tuntutan nafkah, harta sepencarian dan hak-hak lain
๐Ÿ”น Risiko ditipu oleh pihak atau sindiket yang tidak bertanggungjawab

๐Ÿ“Œ Pastikan perkahwinan dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.

Nikah dengan cara yang betul, hak terpelihara, keluarga sejahtera.

Sebagai rujukan dan panduan..
16/08/2026

Sebagai rujukan dan panduan..

SUSUNAN TERTIB WALI DALAM PERKAHWINAN

๐Ÿ’Siapa yang sebenarnya berhak menjadi wali pengantin perempuan?

Dalam urusan perkahwinan, wali bukan sekadar menjadi pelengkap akad nikah. Tertib wali perlu dipatuhi mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak.

Ramai yang mungkin tertanya-tanya:
โ“ Adakah bapa mesti menjadi wali?
โ“ Jika bapa tiada, siapa yang menggantikannya?
โ“ Bolehkah terus menggunakan abang atau pak cik sebagai wali?
โ“ Bagaimana p**a jika wali yang lebih dekat tidak layak atau tidak dapat menjadi wali?

๐Ÿ“Œ Jangan buat andaian sendiri. Kenali susunan tertib wali dan pastikan urusan perkahwinan dilaksanakan dengan betul serta mengikut ketetapan hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa.

๐Ÿ‘‰ **Simpan dan kongsikan infografik ini kepada bakal pengantin, ibu bapa dan ahli keluarga yang sedang membuat persiapan perkahwinan.

Perkahwinan yang sah bermula dengan kefahaman yang betul.

Alhmdulillah
16/08/2026

Alhmdulillah

LIMA PASANGAN BERJAYA DIAKADNIKAHKAN DI DAERAH MERSING

15 Ogos 2026, seramai lima pasangan pengantin berjaya diakadnikahkan dalam Majlis Walimatulurus Perdana Peringkat Daerah Mersing yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-undang Syariah PEJABAT KADI MERSING.

Majlis ini menjadi satu wadah bermakna dalam meraikan pasangan pengantin serta menyemarakkan institusi kekeluargaan Islam dalam masyarakat.

Semoga kesemua pasangan yang diraikan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah, serta dipermudahkan dalam melayari bahtera rumah tangga hingga ke syurga. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Bolehlah buat persiapan bg yg hendak bernikah d Luar negara
16/08/2026

Bolehlah buat persiapan bg yg hendak bernikah d Luar negara

SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK NIKAH DI LUAR NEGARA.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi mendapatkan kebenaran bernikah di luar negara daripada Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor .

Unit Nikah Cerai dan Rujuk, UUS






16/08/2026

โš ๏ธ NIKAH DI LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN? FIKIRKAN KESANNYA.

Jangan kerana mahu memudahkan urusan hari ini, pasangan dan keluarga terpaksa berdepan kesulitan pada masa akan datang.

Antara kesan yang mungkin timbul:
๐Ÿ”น Proses pendaftaran perkahwinan menjadi lebih rumit
๐Ÿ”น Boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan yang berkuat kuasa
๐Ÿ”น Menyukarkan urusan perceraian dan tuntutan hak pasangan
๐Ÿ”น Menimbulkan kesulitan dalam urusan anak dan dokumen rasmi
๐Ÿ”น Menyukarkan tuntutan nafkah, harta sepencarian dan hak-hak lain
๐Ÿ”น Risiko ditipu oleh pihak atau sindiket yang tidak bertanggungjawab

๐Ÿ“Œ Pastikan perkahwinan dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.

Nikah dengan cara yang betul, hak terpelihara, keluarga sejahtera.

15/08/2026
15/08/2026

LIMA PASANGAN BERJAYA DIAKADNIKAHKAN DI DAERAH MERSING

15 Ogos 2026, seramai lima pasangan pengantin berjaya diakadnikahkan dalam Majlis Walimatulurus Perdana Peringkat Daerah Mersing yang dianjurkan oleh Bahagian Undang-undang Syariah PEJABAT KADI MERSING.

Majlis ini menjadi satu wadah bermakna dalam meraikan pasangan pengantin serta menyemarakkan institusi kekeluargaan Islam dalam masyarakat.

Semoga kesemua pasangan yang diraikan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah, serta dipermudahkan dalam melayari bahtera rumah tangga hingga ke syurga. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

15/08/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.

Semoga Allah merahmati usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Sembah takzim daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHPejabat Kadi Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Yang Ber...
15/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Pejabat Kadi Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin, K.B.; P.A. atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, berintegriti dan cemerlang demi terus memperkukuh kecemerlangan pengurusan serta pembangunan hal ehwal Islam di Negeri Johor.

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ูˆูˆูู‚ูƒู… ุงู„ู„ู‡ ู„ูƒู„ ุฎูŠุฑ

Ikhlas daripada
As-Syeikh Kadi Daerah Mersing
serta seluruh warga kerja Pejabat Kadi Daerah Mersing.

Address

Jalan Masjid
Mersing Kechil

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:45 - 17:00

Telephone

+6077991601

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEJABAT KADI MERSING posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PEJABAT KADI MERSING:

Shortcuts

Share