17/08/2026
MERSING, 14 Ogos 2026 β Program Kick-Off Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026 peringkat daerah Mersing berlangsung meriah di Dataran Amphiteater, dengan penglibatan warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Mersing, COMBI, KOSPEN, Panel Penasihat serta PROSIS Politeknik Mersing, Johor.
Program tersebut telah dilancarkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Mersing, Dr. Amirul Akmal bin Sohor, sebagai tanda komitmen dalam memperkukuh agenda promosi kesihatan serta menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja dan komuniti.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti Fit Circle: βJom Cari Sebab untuk Bergerakβ yang mengajak peserta menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin harian. Aktiviti yang dilaksanakan dalam suasana santai dan bertenaga itu bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, stamina dan tahap kesihatan, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerja berpas**an.
Turut diadakan ialah aktiviti Literasi Minda Sihat yang memberi fokus kepada kepentingan menjaga kesejahteraan mental. Melalui aktiviti ini, peserta didedahkan kepada kepentingan mengenali dan mengurus emosi, menangani tekanan dengan cara yang positif serta membina pemikiran yang lebih sihat. Kesedaran terhadap kesihatan mental penting bagi membantu individu menjalani kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab harian dengan lebih seimbang.
Penganjuran BMSS 2026 turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama antara agensi kesihatan, komuniti dan institusi pendidikan dalam menjayakan usaha promosi kesihatan. Penglibatan COMBI, KOSPEN, Panel Penasihat dan PROSIS menunjukkan bahawa usaha membudayakan kehidupan sihat memerlukan sokongan dan penglibatan semua pihak.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kebersamaan itu diharapkan dapat menjadi pencetus kepada perubahan positif dalam kalangan peserta untuk lebih aktif bergerak, menjaga kesihatan mental dan mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan. BMSS 2026 bukan sekadar kempen, tetapi satu usaha bersama ke arah membentuk masyarakat yang lebih sihat, cergas dan sejahtera.
**an