08/12/2025
LAPORAN KES VIRAL PEMANDU M/MPV MEMBUAT PUSINGAN U DI KAWASAN LARANGAN.
Fakta kes:
Pada 05/12/2025 jam lebih kurang 1350Hrs telah viral satu video di muat naik di group Facebook ( MEDIA KOMUNITI MERSING ) yang memaparkan video sebuah M/Mpv jenis Nissan Grand Livina warna putih pendaftaran ( JNU 7885 ) telah melakukan kesalahan dilarang Belok Kekanan di Km 2 Jalan Jemaluang Mersing.
Hasil semakan melalui nombor pendaftaran kenderaan tersebut telah memperolehi identiti dan alamat pemilik kenderaan tersebut. Pemandu M/Mpv tersebut dipanggil hadir ke Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Mersing.
Pada 07/12/2025 jam lebih kurang 1830 Hrs pemandu M/Mpv telah hadir serah diri di BSPT IPD MERSING dan telah keluarkan saman pol 257 no siri (K3199G000572) atas kesalahan *TIDAK BOLEH BUAT PUSINGAN ‘U’*
https://www.facebook.com/share/v/14WM3m1ZEif/?mibextid=wwXIfr