01/12/2022
INALILLAHI WA INAILA HIRAJIUN...
Kelmarin dikejutkan lagi dengan berita yang meluluhkan hati tetangga kita... seorang anak muda Mersing kite, Allahyarham WAN MOHD NASYARUDIN BIN WAN ISMA'ON seorang mekanik yang baru berusa 38 tahun dari Bandar Endau maut akibat hilang kawalan kenderaan sewaktu memandu di hadapan Institut Latihan Perindustrian Mersing pada awal pagi 9:15 pada 30 November.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/30/mekanik-maut-van-jenazah-junam-gaung/
Tidak dilupakan, pasangan suami isteri berusia 37 dan 31 tahun yang juga maut setelah selesai menunaikan tanggungjawab mengundi... anak 3 tahun yang juga patah kaki kini yatim piatu... Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh tetangga kita yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah...
https://www.sinarharian.com.my/article/232246/berita/semasa/pru15-suami-isteri-maut-kemalangan-selepas-mengundi
YB Onn Hafiz Ghazi Onn Hafiz Ghazi mohon rujuk semula peruntukan jalan-jalan kami. Takkan lah nilai keselamatan anak-anak muda Mersing lebih rendah dari RM850,000 yang diberikan tahun ini untuk membaiki jalan usang di daerah terbesar Negeri Johor? Hancur hati rakyat melihat nyawa tergadai terutamanya anak muda yang berpotensi seperti Allahyarhamhuma dan cara yang sebegitu rupa... Bantulah kami dalam menunaikan hak orang-orang Mersing.
LA ILA HA ILA ANTA SUBHANA KA INNI KUNTU MIN AZ-ZALIMIN.... (Tiada Tuhan melainkan Maha suci Engkau, Aku telah tergolong dikalangan orang yang zalim)
KOTA TINGGI - Sepasang suami isteri maut manakala anaknya berusia tiga tahun patah kaki apabila kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan selepas pasangan itu selesai mengundi...