Unit Taman Laut dan Pengurusan Sumber

Unit Taman Laut dan Pengurusan Sumber Cawangan Taman laut,Pengurusan & Perlindungan Sumber, Johor Darul Takzim Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya.

Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Malaysia telah diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna.

Negara ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia. Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan di Johor empat di Kedah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Perikanan Malaysia. Taman laut diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut. . Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut. Menerusi pewartaan Taman Laut,DOF membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa. Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.

Address

Pejabat Taman Laut Dan Pengurusan Sumber, JKR 341, Jalan Taman Drive Ismail
Mersing
86800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Taman Laut dan Pengurusan Sumber posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Taman Laut dan Pengurusan Sumber:

Share