Perkhidmatan Pergigian Daerah Mersing

Perkhidmatan Pergigian Daerah Mersing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkhidmatan Pergigian Daerah Mersing, Government Organization, Mersing.

29/06/2026

🦷🚭 Program "60 Tahun, Sekurang-kurangnya 20 Batang Gigi" 🚭🦷

Pada 16 Jun 2026 yang lalu, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Mersing telah menjayakan Program "60 Tahun, Sekurang-kurangnya 20 Batang Gigi" Peringkat Negeri Johor bersama Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Hari Kesedaran Kanser Kolorektal Peringkat Daerah Mersing yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Mersing.

Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Mersing, Hospital Mersing dan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh, termasuk kesihatan pergigian, pencegahan tabiat merokok, dan pengesanan awal kanser kolorektal.

Tahukah anda? Mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli pada usia 60 tahun membolehkan seseorang terus menikmati fungsi mengunyah, bertutur dan menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti. Penjagaan kesihatan mulut yang baik bermula sejak usia muda dan perlu diteruskan sepanjang hayat.

Terima kasih kepada semua pengunjung, peserta serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat menyemai kesedaran bahawa mulut yang sihat adalah cerminan tubuh yang sihat, di samping menggalakkan gaya hidup bebas tembakau dan amalan saringan kesihatan secara berkala.

✨ Kekalkan gigi asli, jauhi tembakau, dan lakukan saringan awal demi kesihatan yang lebih baik.

📢 JOM SERTAI PROGRAM INTEGRASI KESIHATAN 2026! 🦷💙🚭Kesihatan yang baik adalah aset paling berharga dalam kehidupan. Sempe...
08/06/2026

📢 JOM SERTAI PROGRAM INTEGRASI KESIHATAN 2026! 🦷💙🚭

Kesihatan yang baik adalah aset paling berharga dalam kehidupan. Sempena KEMPEN 6020, Sambutan Hari Tanpa Tembakau dan Hari Kesedaran Kanser Kolorektal, kami menjemput seluruh warga Mersing untuk bersama-sama memeriahkan Program Integrasi Kesihatan 2026 yang menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik, bermanfaat dan sesuai untuk seisi keluarga.

✨ Tema Program:
"60 Tahun, Sekurang-kurangnya 20 Gigi"
Sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut sepanjang hayat, di samping menggalakkan gaya hidup sihat tanpa tembakau serta pencegahan awal kanser kolorektal.

📅 Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 7.00 pagi
📍 Lokasi: Dewan Jubli Intan, Mersing

🎯 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
1. 🍱 Pertandingan Bento Sihat & Gubahan Buah-buahan
2. 🦷 Ceramah, Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian
3. ⁠📱 Kuiz Digital Live
4. ⁠🚶‍♂️🚶‍♀️ Fun Walk
5. ⁠🎁 Cabutan Bertuah

Pelbagai hadiah menarik menanti peserta yang hadir!

👨‍👩‍👧‍👦 Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu, menjalani pemeriksaan kesihatan, menyertai aktiviti menyeronokkan dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga serta komuniti.
📣 Semua dijemput hadir!
Mari bersama-sama membina komuniti yang lebih sihat, aktif dan sejahtera.
🦷💙🌿

🔊 MAKLUMAN OPERASI SEMULA KLINIK PERGIGIAN ENDAU 🔊Dimaklumkan bahawa bermula 3 Februari 2026 (Selasa), Klinik Pergigian ...
02/02/2026

🔊 MAKLUMAN OPERASI SEMULA KLINIK PERGIGIAN ENDAU 🔊
Dimaklumkan bahawa bermula 3 Februari 2026 (Selasa), Klinik Pergigian Endau akan dibuka dan beroperasi semula seperti biasa.
Waktu Operasi:
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
Waktu Rehat:
♦️ Isnin – Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
♦️ Jumaat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat tempahan temu janji melalui aplikasi MySejahtera bagi sebarang pemeriksaan dan rawatan pergigian.
📞Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian : 07-7942485
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN TALIAN TELEFON KLINIK PERGIGIAN MERSINGDimaklumkan bahawa talian telefon Klinik Pergigian Mersing kini telah be...
01/02/2026

MAKLUMAN TALIAN TELEFON KLINIK PERGIGIAN MERSING

Dimaklumkan bahawa talian telefon Klinik Pergigian Mersing kini telah berfungsi dan boleh dihubungi melalui nombor berikut:

📞 07-799 1671
📞 07-799 2385

Sebarang pertanyaan dan urusan lanjut boleh dibuat melalui talian yang dinyatakan.

Sekian, terima kasih.

PEPSIS - Pemeriksaan Pergigian Sekurang-kurangnya Sekali Setahun. 🦷Tahukah anda? Pemeriksaan pergigian sekurang-kurangny...
16/01/2026

PEPSIS - Pemeriksaan Pergigian Sekurang-kurangnya Sekali Setahun. 🦷

Tahukah anda? Pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun sangat penting untuk mengesan masalah gigi dan mulut lebih awal, sebelum menjadi lebih serius.

Pencegahan itu lebih baik daripada rawatan.
Gigi sihat, senyuman yakin, hidup pun lebih berkualiti!

Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor gigi.
Jom buat pemeriksaan gigi secara berkala! 💙





🔊 MAKLUMAN OPERASI SEMULA KLINIK PERGIGIAN MERSING 🔊Dimaklumkan bahawa bermula 19 Januari 2026 (Isnin), Klinik Pergigian...
16/01/2026

🔊 MAKLUMAN OPERASI SEMULA KLINIK PERGIGIAN MERSING 🔊

Dimaklumkan bahawa bermula 19 Januari 2026 (Isnin), Klinik Pergigian Mersing akan dibuka dan beroperasi semula seperti biasa.

Waktu Operasi:
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang

Waktu Rehat:
♦️ Isnin – Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
♦️ Jumaat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat tempahan temu janji melalui aplikasi MySejahtera bagi sebarang pemeriksaan dan rawatan pergigian.

📞Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian : 011-6586 1671

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

🔊MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN MERSING🔊Dimaklumkan bahawa bermula 5 Januari 2026 (Isnin), Klinik Pergigi...
22/12/2025

🔊MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN MERSING🔊

Dimaklumkan bahawa bermula 5 Januari 2026 (Isnin), Klinik Pergigian Mersing akan ditutup sementara bagi tujuan proses perpindahan masuk semula ke Hospital Mersing.

Sehubungan itu, tiada sebarang rawatan pergigian dapat dijalankan dari
🗓 5 Januari 2026 sehingga 16 Januari 2026
bagi memberi ruang kepada kerja-kerja perpindahan serta penyusunan barang dan peralatan pergigian dari Kompleks Penghulu Mukim Tenglu ke Hospital Mersing.

Sepanjang tempoh tersebut, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pergigian di fasiliti alternatif berikut:
🏥 Klinik Pergigian Endau (Wellness Hub, KK Endau)
🏥 Klinik Pergigian Tenggaroh

Tarikh pembukaan semula Klinik Pergigian Mersing akan dimaklumkan setelah proses perpindahan dan penyusunan selesai.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

🔊MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN MERSING🔊Dimaklumkan bahawa bermula 5 Januari 2026 (Isnin), Klinik Pergigi...
22/12/2025

🔊MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KLINIK PERGIGIAN MERSING🔊

Dimaklumkan bahawa bermula 5 Januari 2026 (Isnin), Klinik Pergigian Mersing akan ditutup sementara bagi tujuan proses perpindahan masuk semula ke Hospital Mersing.

Sehubungan itu, tiada sebarang rawatan pergigian dapat dijalankan dari
🗓 5 Januari 2026 sehingga 16 Januari 2026,
bagi memberi ruang kepada kerja-kerja perpindahan serta penyusunan barang dan peralatan pergigian dari Kompleks Penghulu Mukim Tenglu ke Hospital Mersing.

Sepanjang tempoh tersebut, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pergigian di fasiliti alternatif berikut:
🏥 Klinik Pergigian Endau (Wellness Hub, KK Endau)
🏥 Klinik Pergigian Tenggaroh

Tarikh pembukaan semula Klinik Pergigian Mersing akan dimaklumkan setelah proses perpindahan dan penyusunan selesai.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Anda takut ke klinik gigi?Perasaan ini normal, dan ramai mengalaminya.Tips untuk elakkan dentophobia:✨Datang awal pada h...
10/12/2025

Anda takut ke klinik gigi?
Perasaan ini normal, dan ramai mengalaminya.
Tips untuk elakkan dentophobia:
✨Datang awal pada hari temujanji
✨Membawa teman untuk sokongan
✨Mengamalkan teknik pernafasan dan relaksasi
✨Beritahu doktor tentang ketakutan anda
✨Berjumpa doktor gigi secara berkala

Di Klinik Pergigian Mersing, kami memahami ketakutan anda dan sentiasa memberi rawatan yang selamat dan lembut. 🥰

Address

Mersing
86###

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 07:30 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 07:30 - 13:00
14:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Pergigian Daerah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkhidmatan Pergigian Daerah Mersing:

Shortcuts

Share